MENULIS DENGAN HATI YANG TUNDUK PADA-NYA "Dan sesiapa yang berserah diri kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, dan kepada Allah jualah kesudahan segala urusan." -Luqman : 22
Tuesday 27 October 2015
Merancang Mati Untuk 'Hidup'
Bismillahirrahmanirrahim...
Dalam Lrt, saya kagum melihat dua remaja di hadapan saya membaca buku nota SPM. Lantas teringat buku yang saya bawa dalam beg.
Saya membelek tajuk yang belum dibaca. " Merancang mati untuk 'hidup' "
Fuh! Tajuk itu kena betul dengan keadaan diri sering dihambat rasa takut akan kematian. "Perancangan untuk hidup perlu. Tetapi perancangan untuk mati LEBIH PERLU."
Membaca tulisan Us Pahrol itu berjaya membuat saya termenung sejenak.
Benar, kita sering merancang keperluan hidup kita di dunia ini tapi adakah kita juga merancang keperluan untuk mati?
Ibadah?
Amalan sunat?
Ilmu yang dimanfaatkan?
Amar maaruf?
Tamsilnya, Kita sibuk sekali membeli itu dan ini untuk melengkapkan keperluan rumah kita tetapi bagaimana 'perbelanjaan' kita untuk mendapatkan syurga yang sempurna?
Kita harus berbelanja dan melabur disini kerana PERSEDIAAN UNTUK HIDUP DISANA PERLU DIBUAT DISINI.
Hm.
Bayangkan diri sendiri menghadapi kematian, berbalut kain putih, boleh menginsafkan diri. 😢
Subscribe to:
Posts (Atom)