Friday 28 March 2014

CINTA ! Cinta! CiNta !



Assalamualaikum cinta… hehe.

Apa khabar wahai insan yang ku cintai?

Moga dirimu baik-baik sahaja…

Wink~wink… bercinta cintun la pulak kan…

*selingan saja* hehe

  Assalamualaikum sahabat-sahabat yang saya sayangi…Allahurobbi. Sudah berbulan-bulan kan saya tidak mengirimkan berita sebelum saya update post yang bertajuk “Seandainya bisa ku mencintai-Mu”. Hampir 3 bulan kot… Jujur, dalam tempoh 3 bulan itu, rindu saya membuak-buak untuk menulis dalam blog usang ini. Harapnya kalian dalam keadaan baik-baik sentiasa ya.

  Sebenarnya, bukan saya sengaja mahu menyepikan diri selama 3 bulan itu. Masa dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya harus saya aulakan tika itu. Iyalah, saya kan berada di semester dan tahun akhir pada waktu itu. Justeru, beberapa amanah perlu dilaksanakan terutamanya amanah saya untuk menghabiskan hafalan Al-Quran. Itu merupakan tanggungjawab utama setiap pelajar Darul Quran sebelum tamat pengajian. Kini, saya sudah mampu melafazkan ‘Alhamdulillah’ kerana diizinkan-Nya untuk menghabiskan hafalan saya. Allahurobbi. Begitu banyak sekali kenangan sepanjang ‘menghafal kalam suci-Nya. Pahit dan manis, semuanya ada.

  Andai ia telah sebati dalam diri, pasti sukar untuk disingkirkan dari diri.

  Begitulah dengan minat terhadap penulisan ini… Hati telah lama meronta-ronta mahu menulis di blog ini, namun saya terpaksa memujuk hati dan diri agar ‘bersabar’ dahulu. Hee. Lepas tamat belajar, barulah boleh fokus kepada penulisan. Pada tarikh 18/3/2014, secara rasminya saya telah berjaya menghabiskan pengajian saya di Darul Quran. Alhamdulillah. Bersyukur pada-Nya walaupun terasa begitu cepat masa berlalu dan terpaksa meninggalkan ‘kampus ketenangan’ itu…

  Hm, intro post kali ini dimulai dengan ‘assalamualaikum cinta’ kan? So… tak lain tak bukan, isu kali ini mestilah berkaitan cinta. Hoho…

Hmm… C.I.N.T.A...


  Bila berada di sem akhir dan selepas tamat pengajian, pasti banyak saja ujian dari CINTA… Tidak dapat dinafikan lagi! cinta cinta cinta!!! Kalian akui tak perkara ini? Mesti ada yang jawab ‘Ya!!’ dengan penuh semangat dan mungkin juga ada jawab ‘Tidak’ sambil mencebikkan muka. hee. Relaks.. jangan marah-marah andai ada yang tak suka berbicara soal cinta. Jika tak suka, jangan diteruskan membaca artikel ini. Hee.

  Sahabat sayang… berapa umur kalian sekarang? 13 tahun? 17 tahun? 20 tahun? Atau 12 tahun macam saya? ( errr 12 tahun ke 21 tahun? ) hehe… atau 30 tahun?

  Secara jujurnya, saya tak menolak pengakuan sahabat sekiranya ada yang mengatakan tidak pernah kenal cinta selama ini. Ya! Sebab memang ada insan yang tidak pernah bercinta sesama manusia. Wahh… beruntunglah sahabat-sahabat itu sebab sangat dijaga Allah swt sehingga hatinya langsung tidak pernah dicuit oleh cinta manusia. Bersyukurlah dirimu…

  Walau bagaimanapun, terdapat juga sahabat kita yang ANTI dengan CINTA dan lelaki tau. Saya pernah temuinya tetapi… hmmm, bila dia terkena ‘bius cinta’ mak aiii dia pula terlebih cinta dari orang yang pernah mengenali cinta! Tak caya? Percaya je la… sebab saya tak tipu pun tau… J
         

  Lain ceritanya pula bagi sahabat yang pernah ‘TERjatuh cinta’ .hee. jangan la sedih… sahabat yang bercinta, itu tidak bermakna Allah swt tak menjaga kita tau. Allah tu kan sebaik-baik perancang. Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk kehidupan kita. Kebiasaannya yang saya temui, sahabat yang bercinta tika zaman remaja, mereka tidak berterusan hanyut dengan cinta itu tau… Ya! Memang masa usia remaja dia dibuai cinta manusia, tetapi siapa sangka disebalik kehanyutannya itu terselit hikmah yang sangat indah!

  Hikmah indah?? Hikmah apa tu?? Kalau dah bercinta, masih ada ke Allah nak bagi hikmah??

  Haa… itulah persoalan yang mungkin timbul di benak fikiran kita kan?

  Sahabat sayang… Allah swt itu tidak kejam terhadap setiap hamba-Nya. Ingat tu ye. Kekadang manusia ini je suka cepat menghukum mereka yang melakukan kesalahan. Hm, Allah itu kan bersifat Ar-Rahman yakni Maha Penyayang. Lupakah kita?

  Sahabat sayang… atas nama cinta-Nya dan atas sifat-Nya yang Maha Peyayang itulah sahabat yang ‘TERjatuh cinta’ itu memperoleh HIKMAH TERINDAH dalam hidupnya…

  Bila dapat hikmah tu?? Hati dah dipenuhi cinta lain, boleh lagi ke nak dapat cinta Allah swt?

  Hm… relaks ye. Hee. Allah swt itu sangat mencintai kita. Dan sebagai mana kita tahu, manusia itu sejahat mana pun dia, pasti akan pernah terdetik dalam hatinya mahu berubah, walau SEKALI. Yang membezakan cuma tahap kesedaran dan kesungguhan seseorang itu untuk melakukan perubahan.

  Sahabat, bukankah Allah swt Maha Mengetahui segala yang tersirat dan tersurat?

  Begitulah jua dengan setiap  bisikan dan gerak hati kita.

  Sahabat yang saya sayangi kerana-Nya… Allah swt boleh mengubah sesuatu perkara dalam sekelip mata sahaja. Andai Allah swt berkata ‘kun fayakun!’ maka ia akan terus terjadi. Begitu jualah dengan mencuit hati manusia. Seandainya Allah swt Yang Maha Esa mahu membawa manusia yang pernah ternoda dengan cinta manusia ke arah cinta sebenar, ia pasti bisa terjadi! Tidak mustahil.

  Maka bermulalah episod menikmati hikmah terindah. Setelah dia mula menjinakkan diri dengan cinta Ilahi, maka makin terserlah ‘cahaya’ hikmah terindah itu… apa antara hikmahnya?

  Antaranya, sahabat kita itu akan LEBIH MERASAI, MENGHAYATI dan MENGHARGAI cinta Allah swt yang mula bertakhta di hatinya.

  Keduanya, sahabat itu LEBIH merasai kemanisan sebuah PENGHIJRAHAN menuju Allah swt.

  *Lagi?*

  Ketiga, sahabat itu LEBIH merasai kenikmatan rasa PENGHAMBAAN diri kepada Allah swt.

  Keempat, sahabat itu LEBIH merasai KEINSAFAN diri atas dosa-dosa yang pernah dilakukan dahulu kala. Atas rasa keinsafan ini lah yang membuatnya makin mendekati Allah swt.




  Kelima, sahabat itu LEBIH dijaga kehidupannya oleh Allah swt semasa dirinya menginjak ke alam dewasa! Allahu, beruntungnya insan ini!

  Ada suara yang bertanya… “Kenapa pulak??”

  Yelah, sebab dunia dewasa lah lebih mencabar ujiannya tau. Tambahan pula dengan keadaan di sekeliling kita sekarang ini. Banyak berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Hm, lihatlah sendiri di sekelilingmu…

  Allahurabbi… sebenarnya banyak lagi hikmah terindah itu. Sesiapa yang pernah berjalan di ‘highway Hijrah’ pasti lebih memahami dan merasainya, kan?

  Itulah hikmahnya sahabat-sahabatku.

  Justeru, janganlah dihukum dan dikeji sahabat kita yang pernah terjerumus dengan cinta monyet, cinta kera, cinta kambing ke dan apa-apa cinta lagi… hee. Sebaliknya, sayangilah dan bimbinglah mereka, moga mereka akan tetap di jalan cinta abadi yakni cinta Ilahi. Aamiin.

  Berbahagialah sahabat yang sedang menuju kecintaan dan keimanan kepada-Nya. Di bawah ini, saya sertakan keistimewaan yang kalian miliki tanpa disedari. Janji Allah swt terpatri dalam kitab suci-Nya.

  “ Malaikat-malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih 

dengan memuji Tuhannya dan mereka yang beriman kepada-Nya serta memohon ampunan untuk

 ORANG-ORANG BERIMAN, seraya berkata “Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu yang ada 

pada-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah AMPUNAN kepada 

ORANG-ORANG yang BERTAUBAT dan mengikut jalan agama-Mu dan PELIHARALAH 

mereka dari azab neraka.” – Surah Ghafir : ayat 7.

  Allahu… lihatlah dan bacalah doa dari malaikat buat kita hamba-Nya yang beriman dan bertaubat. subhanaAllah… istimewanya diri kalian kerana didoakan oleh malaikat… maka bersyukurlah… Alhamdulillah!!! Semoga kita akan sentiasa terpelihara dari azab neraka. Allahumma aamiin.

  Hmm… itulah kisah cinta… cinta ada pahit dan manisnya, cinta juga ada baik dan buruknya. Segalanya bergantung pada kita, bagaimana menguruskannya?

  Cinta yang manis adalah cinta yang ditaruk ‘gula keimanan dan ketaqwaan’ kepada Allah swt Yang Maha Agung.

  Cinta yang pahit pula adalah cinta yang TERSALAH ramuan dan acuannya. Hee.

*suara hatiku mencelah* Adoii. Pandai-pandai je Balqis ni buat ‘ramuan cinta’ ye… hehe.

Cinta! Cinta! Cinta!



   Huh, kekadang rumit mahu memikirkannya tetapi itulah, bila dah jatuh cinta, kena fikirlah. Kena hargailah orang yang kita cintai dan orang yang mencintai kita. Wink~wink! =)

*suara mengusik* Balqis ada mencintai seseorang ke? Dan ada ke seseorang mencintai kau, balqis oii?

  Tut tut tut… senyum kambing~ now playing lagu ‘Biarlah rahsia’ by Siti Nurhaliza. Kih3…

*Pandai ye sekarang buat lawak* =)

Well, balqis kan.. baru tahu ke?  Haha. (Perasan)

  Baik… itu sahaja kot perkongsian cinta pada kali ini… semoga ada juga manfaatnya kepada setiap pembaca… dapat kutip sikit manfaatnya pun takpe. At least ada juga ‘bekalan saham’ untuk saya di sana nanti. apa yang baik, ambillah sebagai bekalan dan apa yang buruk tak usahlah hiraukannya ye. Yelah, saya ni pun biasa-biasa saja, bukanlah pakar cinta seperti kak Ha = Fatimah Syarha dan abang Raf = Hilal Asyraf. Hee. Nak hurai lebih-lebih pasal cinta, memang tak layak lah. Hee.

  Akhir kata, doa saya, semoga kita semua ditemukan dengan pemuda atau pemudi yang sangat mencintai PENCINTA kita…yakni Tuhan Yang Maha Besar. Allahumma aamiin.



Jaga diri, jaga iman, jaga hati dan jaga mata ye sahabat sayang…



*ULANGAN PENGUMUMAN*


Jaga diri, jaga iman, jaga hati dan jaga mata tau awak tuuu… wink~wink… =)


Saya mengundur diri dulu…

Yang benar,

Insan yang sangat menyayangi kalian,

Permata Alwalidaini… ^^



No comments:

Post a Comment