Saturday 19 October 2013

Hati 'DEMAM' ?




Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wrm wbt...
salam sayang dihulurkan kepada sahabat-sahabat yang sudi menyinggah di blog ini. :) Mudah-mudahan sahabat sentiasa berada dalam rahmat Ilahi ya. allahumma aamiin.

Petang yang redup ini... saya tidak mahu berkongsi sesuatu yang panjang lebar. Ini kerana tidak mahu menimbulkan rasa malas untuk membaca dalam diri sahabat. Ini juga kerana saya tahu, jika panjang-panjang tetapi isinya sikit, buat apa juga kan? Lainlah, jika setiap butir perkataan itu ibarat mutiara, seperti kalam suci-Nya yang mempunyai 1001 pengajaran, kan?

Hm...
baik, sebelum saya mahu kita sama-sama memberi suapan kepada rohani kita pada petang ini, besar hati saya mahu kita tarik nafas sekejap. Boleh? :)

Okay jom...
Tarik nafas...

Then,
lepas...

Lakukannya tiga kali ya.

Baik, dah?
Alhamdulillah... Ucap dulu 'Alhamdulillah...' dan SENYUM... =)

Haa, macam tu lah sahabat yang soleh dan solehah saya... ;)

Baik, jom kita baca pengisian yang amat bermanfaat ini. Saya copy paste nya dari Facebook murobbi yang dihormati iaitu Rosdi Baharom.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

ADAKAH HATI KITA ‘DEMAM’?

Salah satu tanda badan kita demam atau kurang sihat adalah kita kurang berselera untuk makan. Malah bila kita dihidangkan makanan-makanan yang sangat sedap dan lazatpun bila dimakan kita tidak merasakan nikmat makanan itu. Mereka yang berpengetahuan tentang makanan telahpun menasihatkan kita nilai nutrisi makanan-makanan tersebut dan telah disediakan dengan lazat. Walaupun kita tahu makanan itu berkhasiat dan makanan itu juga lazat tetapi oleh kerana badan kita demam kita kurang berhajat kepadanya dan bila dimakan juga makanan itu tidak dirasai sedap dan lazatnya. Sebagaimana dengan jasad kita hati juga mengalami keadaan 'tidak sihat' atau saya menamakannya 'hati yang demam'. Marilah kita melakukan diagnosa sama ada hati kita kini sedang menghidapi demam atau hati kita sihat.

Bilakah kali terakhir kita merasai sangat ‘lazat’nya shalat yang kita lakukan? Ketika kita laksanakan shalat, adalah kita merasa sangat nikmat dan setelah usai menghadapi ‘hidangan’ itu kita merasakan ‘kenyang’ dan bertenaga? Ataupun kita menghadapi dan melaksanakan shalat kita sebagaimana orang yang sedang demam menghadapi makanan lazat yang kita sebutkan di atas tadi.

Begitu juga hidangan Allah SWT dalam bentuk Al-Qur’an. Bilakah kita rasa ‘berselesa’ dan rasa tidak pernah kenyang bila ‘menjamahnya’? Tiap-tiap muka surat Al-Qur’an dibaca sebagaimana suapan-suapan terpaksa, walaupun perlu disyukuri bahawa Allah SWT masih memberikan kekuatan untuk mendekati ‘hidangan yang sangat lazat dan bernutrisi itu’ walaupun Al-Qur’an itu tidak dirasai kelazatannya dan terasa tidak menyelerakan.

Ini adalah dua tanda ‘hati kita menghidapi demam’. Sekiranya hati yang ‘demam’ ini tidak dirawat dan dipulihkan, hati kita akan menjadi semakin parah dan terdedah kepada penyakit-penyakit hati lain yang akan menjangkitinya sehingga ianya menjadi semakin parah.


- Rosdi Baharom -


Haa... macam mana perasaan sahabat sekarang?
Hati kita tengah 'demam' tak tu?

Kalau jawapan ya, cepat-cepatlah rawat ya. Kasi 'panadol' yang paling mujarab tau. ;)

Apa 'panadol mujarabnya'?

Hmm, tepuk dada, tanyalah iman.

Biarkan iman mu bersuara. jangan sengaja ditulikan 'suara iman' kita semata-mata untuk mendengar suara 'nafsu' dan syaitan yang menggoda kita.

Ya, hati kita 'demam' juga kerana nafsu, syaitan dan iman di tahap weak !


So, bersegeralah berjumpa 'doktor iman dan hati' kita tau, yakni ALLAH SWT YANG MAHA BERKUASA !


Jom, tadabur kembali Al-Quran dan hayati Solat kita dengan penuh rasa Cinta.



~Salam sebarkan sinar Ilahi~




Permata Alwalidaini
Gombak
191013

















No comments:

Post a Comment