Sunday 23 June 2013

Cerpen : Hijrah Blogger Ukasyah :



Bismillahirramnirrahim…

: Bangun pagi terlupa gosok gigi,
pergi kelas dengan tak mandi,
seminggu sudah saya menyepi,
hari ini kembali untuk berkongsi lagi.

: cik kiah dan cik bedah satu negeri,
datang KL mencari rezeki,
cerpen pendek menjadi pilihan hati,
selamat menghayati dan menghijrahkan diri.=)

: Cerpen : Hijrah Blogger Ukasyah :

Malam ini aku hanya nak berkongsi sesuatu dengan pembaca blog yang aku kasihi. Namun aku harap kepada semua pembaca, sediakan tisu di tangan terutama bagi kaum hawa. Khuatir aku akan membuat kalian menangis.
            
   Hm, baiklah, sepertimana yang korang tahu, aku adalah seorang lelaki dan hamba Allah swt yang baru berhijrah. Hari ini 10.10.2010 genaplah setahun aku berhijrah menuju Allah swt. Masa awal penghijrahan diri, aku  menyedari kekurangan dalam diriku iaitu cetek ilmu agama, lalu aku telah bernekad mahu memaksa diri menghadiri majlis-majis ilmu. Jadinya, setiap hari hari Khamis aku pasti akan search kat pak cik Google majlis ilmu yang boleh dihadiri di tempat terdekat dengan kampus aku. Al-maklumlah aku pun tak cukup budget lagi nak bermusafir jauh-jauh. Walaubagaimanapun aku bersyukur pada Ilahi kerana sahabat baruku, Taufiq, selalu ‘belanja’ aku bermusafir luar negeri sekali sebulan. Alhamdulillah.


     Tetiba pula aku rasa mahu berkongsi kisah pertemuan aku dengan Taufiq sebelum aku berkongsi sesuatu yang aku katakan dalam pembukaan tadi. Harap korang sabar lah ya. Saja nak bagi suspen kat korang. Hehe. Begini al-kisahnya, pada tahun 2009, saban malam aku keluar dengan geng aku ke port kami iaitu sebuah kelab malam. Aktiviti biasalah tu bagi kami semua. Nak dijadikan cerita, malam tu aku tak dapat enjoy sangat la dengan geng aku, entahlah tiba-tiba rasa pening semacam. Jadi aku banyak duduk je dalam ‘sangkar syaitan’ tu. Ada jugak aku cuba ingat kembali apa yang aku dah makan sampai pening macam tu. Tapi tak jumpa juga puncanya.
            
Sejam duduk dalam ‘sangkar syaitan’ tu, aku membuat keputusan mahu pulang ke rumah sebab aku dah pening sangat. Terasa berat dah kepala ni. Ada je member aku nak hantarkan aku tapi aku tolak sebab tak mahu menyusahkan dia, kononnya' kerja baik' la yang member aku sedang lakukan ketika itu sampai fikir macam tu.


Makwe? Of course lah aku ada makwe time tu tapi entah malam tu, aku langsung tak layan dia. Aku jadi benci je tengok muka dia. Aku pun heran kenapa… Kekadang aku menampar-tampar pipi aku sebab aku takut aku ni mamai ke kena sampuk. Huhu. Jadi apa lagi, makwe cun ‘tak asli’ tu merajuklah. Lantak kau lah ya, aku pening giler ni.
            
   Kereta sport hitam aku membelah laju kepekatan malam itu. Aku cuba bertahan untuk drive walaupun kekadang aku terasa macam jalan raya tu berputar-putar. Traffic light. Jadi aku berhenti. Kereta aku je di situ. Sunyi giler kot. Masa tu dalam pukul 2 pagi, terasa seram juga. Aku buat selamba je. Disebabkan aku tengah pening, jadi aku tak langgar lampu isyarat kalau ikutkan kerja harianku, pasti langgar ja. Aku peduli apa. Pak cik polis nak saman, silakanlah, aku boleh bayar je. Kayalah sangat, padahal masa tu aku masih ‘buta’.

            
   10 minit menanti, lampu isyarat tidak bertukar warna juga. Apalagi, aku memang pelik sangatlah. Hai, lampu isyarat pun berhantu ke apa? Nak menakutkan aku pulak ye. Aku tunggu sajalah kat situ. Selepas itu, sebuah kereta berwarna putih berhenti disebelah kereta aku. Mulanya malas aku nak tengok siapa pemandunya. 

Tiba-tiba bulu roma meremang. Seram aku, takut ‘handsome’ sangat raut wajah pemandunya. Lagipun sudah banyak kali terjadi kemalangan di jalan itu. Tetapi disebabkan aku tercium bau sesuatu, jadi secara automatik kepala aku ni memandang ke arah kereta itu.


………………..

~ ~ ~ ~ ~

            “ Ukasyah tengah buat apa tu? Dah masuk waktu solat Maghrib, jom kita solat berjemaah di masjid.” Taufiq menegur aku yang sedang menghadap laptop wakaf daripada seorang ustaz. Laptop wakaf, korang pernah dengar ke? Sebelum ni biasanya pernah dengan Al-Quran wakaf je kan? Rezeki aku lah tu. Hehe.
            “ Saja update blog usang ni. Okay, sekejap lagi aku turun.” Aku pun menekan punat ‘sleep’ sebab aku belum habis lagi bercerita kepada korang kisah perkenalan aku dengan Taufiq, jejaka soleh yang berkaca mata dan berwajah bersih. Ya! Memang berwajah bersih, sehinggakan kekadang tu aku rasa tenang sangat melihat wajahnya itu. Orang soleh kan. Aku ni baru 2% soleh kot. Low sangat lagi kesolehan aku… hmmm

            Alhamdulillah, aku benar-benar bersyukur kepada Allah swt kerana memurahkan rezeki kepada aku untuk solat berjemaah dengan seorang syeikh Mesir selaku imam mingguan dan pensyarah di kampus aku. Jujur, menitis airmata lelakiku masa mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh Syeikh Sulaiman. Sangat menyentuh kalbu. Acece. J

            Usai solat, aku bersalaman dengan beliau dan sempat menadah ilmu untuk pengisian jiwaku ini yang sentiasa meronta minta diisi setiap hari. Malam itu beliau memberi tazkirah ringkas tentang taubat dari kitab Al-Fath Ar-Rabbani ( Hakikat Pengabdian ) karya As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. Antara perkongsian Syeikh Sulaiman.

            “ Ayyuha syabab soleh, marilah kita selami sabda Rasulullah swt, yang bermaksud : “ Barang siapa telah dibukakan pintu kebaikan, maka hendaklah ia bergegas untuk memasukinya. Sebab, ia tidak tahu, bila pintu kebaikan itu ditutup.” Syabab soleh! Bersiap-siaplah! Masukilah pintu kehidupan ini, selagi masih terbuka. Sebentar lagi akan dikunci bagimu. Bersiaplah-siaplah dan bersegeralah masuk, selagi pintu taubat masih terbuka bagimu. Berlumba-lumbalah dengan suadaramu yang soleh.



            “ Ya syabab soleh! Bangunlah kembalikan apa yang selama ini kau rosakkan. Basuhlah apa yang telah kau kotori, perbaikilah apa yang telah kau hancurkan. Jernihkan apa yang selama ini kau keruhkan. Kembalikan apa yang telah kau ambil. Dan kembalilah kepada dakapan Allah swt jika selama ini kau telah lari dari lingkungan-Nya.”


            Serius kawan, masa aku mendengar ucapan kedua dari beliau, jatuh menitik airmata jernih ini sebab kata-kata itu amat terkena tepat pada diri aku yang pernah kotor dulu. Aku teramat kotor kerana sangat banyak dosa yang telah aku lakukan. Sekarang pun aku belum suci sepenuhnya. Aku akuinya. Jadi, apabila beliau berkata seperti itu membuatkan aku lebih sedar bahawa aku harus menjernihkan segalanya kembali dan yang paling utama, aku wajib kembali dalam dakapan Dia. Allahurabbi, aku terkesan dengan perkataan ‘dakapan’ kerana ia menggambarkan betapa Tuhan Semesta Alam ini amat penyayang sifatnya. Sememangnya itulah hakikat sifat Nya, Yang Maha Penyayang.

            “ Wahai saudaraku, persahabatanmu dengan orang-orang jahat, hanya akan menjadikanmu terjerumus dalam keburukan dari orang-orang soleh. Berjalanlah di bawah naungan kitab Allah swt dan sunnah Rasulullah saw, nescaya kamu akan beruntung.” Itulah pesanan terakhir Syeikh Sulaiman berdasarkan kitab tersebut.

            Mendengarkan pesanan itu, aku terasa seram sejuk je tangan kanan aku. Aku menoleh ke kanan. Rupanya Taufiq memegang erat tangan aku. Sungguh, aku merasai aliran kasih sayang Taufiq dalam persahabatan ini. Tanpa segan, aku turut mengeratkan lagi pegangan tangan itu dan membisikkan sesuatu kepadanya.

            “ Inni uhibbuka fi ukhuwah fillah hatta jannah. Allahumma amin.” Bermaksud ‘sesungguhnya saya menyayangi kamu dalam persahabatan kerana Allah ini hingga syurga.’

            Taufiq tersenyum bahagia kepada ku dan membalas, “ Ana aidhon ( saya juga ). Moga kita akan kekal begini bersama ke syurga.” =)


~ bersambung ~


p/s:  suspen tak ? hee. Saja nak praktik buat bab suspen. Boleh komen-komen ya.

Penulis : Permata Alwalidaini


No comments:

Post a Comment