Wednesday 4 June 2014

Suapan Cinta



Bismillah. Assalamualaikum wrm wbt...

Salam sayang ditiupkan kepada sekalian pengunjung teratak pena saya ...

Selama sebulan lebih tidak saya mengirim kiriman baru di sini. Allahu.

Terasa begitu cepat masa berlalu...

Apapun, saya doakan semoga sekalian pembaca sentiasa dalam jagaan dan kasih sayang-Nya . Allahumma aamiin.

Pagi tadi, saya terlewat ke 'tempat kerja' kerana ummi menyuruh menggoreng 20 ekor ikan terlebih dahulu di rumah.

Risau juga dimarahi ummi kerana lambat pi gerai. Tetapi kelegaan menyapa hati tatkala melihat tidak ramai pelanggan sedang menunggu giliran.

Seperti selalu, mesti saya melangkah ke gerai itu dengan senyuman.

Kali ini senyuman kerana tidak mahu dimarahi! hee.

Pabila ummi melihat anak gadisnya ini, ummi bersuara.

"Hai, lambatnya ikan sampai. Nasi kerabu dah nak habis dah pun."

Ngee... seperti biasalah, saya hanya mampu SENYUM! =)

Lalu saya menghulurkan tapaware yang berisi ikan goreng. Ikan goreng itu sebagai pengganti ayam goreng selepas habis dijual.

Seorang sahabat ummi turut berada di gerai, membantu ummi. Alhamdulillah.

Mengapa saya bersyukur?

Kerana, selama sebulan saya berjauhan dari keluarga, Allah swt telah mengirimkan hamba-Nya untuk membantu ummi di gerai.

Benarlah, Allah swt Maha Mengetahui segala isi hati hamba-Nya... dan seolah Dia memahami kerisauan hati hamba dhaif ini.

Masakan saya tidak risau, kerana setelah ayah dan abang berniaga di kedai baru, tinggallah ummi keseorangan di gerai lama.

Masakan juga tidak diri ini risaukan ummi, kerana saya telah merasai dan mengetahui kekalutan saat para pelanggan datang ke gerai pada satu masa yang sama.

Bayangkanlah, ummi harus membungkus nasi-nasi sendirian sedangkan pelanggan yang datang kekadang tiga hingga empat orang sekaligus. Setiap mereka pula bukannya membeli sebungkus nasi seorang.

Alhamdulillah.

Benar merasa syukur akan bantuan Ilahi ini.

Dia telah menggerakkan hati sahabat ummi untuk membantu ummi walaupun dia datang ke gerai untuk membeli nasi juga.

Namun, barangkali disebabkan rasa simpatinya tinggi, maka dia meringankan tulang untuk membantu ummi.

Allahuakbar!

Semoga Alah swt merahmati sahabat ummi tersebut dan seisi keluarganya.

Allahumma aamiin.

Disetiap kelelahan, Allah menilainya.

Pagi tadi juga, Allah swt mentakdirkan mata saya 'dihidangkan' dengan sesuatu.

'Suapan ainun!' *ainun = mata ( Bahasa Arab )

Masih segar diingatan, tika itu sedang free kerana tiada pelanggan.

Entah mengapa saat itu kepala ini terasa mahu dipalingkan ke belakang.

Setelah itu, mata ini terus menangkap sekujur tubuh berbaju kuning di bawah pokok seberang jalan.

Melihatkan itu membuatkan saya mahu melihatnya buat kali keduanya.

Pandangan kedua ini saya manfaatkan untuk mengamati pemilik tubuh itu.

Allahurobbi...

Terasa kalbu ini diusap lembut tatkala mendapati pemilik jasad itu adalah seorang lelaki tua dan bekerja sebagai penyapu sampah.

Sanubari ini sangat tersentuh melihatkan 'atuk' sedang berehat di bawah pokok dan menyandarkan diri di dinding batu.

Barangkali atuk mahu merehatkan dirinya buat seketika sebelum menyambung amanahnya.

Allahu...

Hati mana tidak terusik melihatkan situasi itu...

Seorang lelaki tua masih gigih bekerja...

Lalu diri ini merasa rindu pada atuk( Che Abdul Rahman) di kampung halaman...

Terlalu banyak jasa dan pertolongan yang atuk berikan selama ini...

Atuklah satu-satunya atuk dan nenek yang masih saya miliki hari ini...

Allahuakbar... Moga akan dapat memberikan kebahagiaan kepada atuk sebelum saya mengecapi kebahagiaan diri dan sebelum atuk atau saya 'pulang pada-Nya'.

allahumma aamiin.

Doakan saya. Itulah juga harapan dan doa saya terhadap ibu bapa. Mahu berikan mereka kebahagiaan sebelum saya mencapai kebahagiaan buat diri saya. Serta mengharapkan saya bisa berikan mereka bahagia sebelum saya atau mereka 'pergi'.

Hmm...

Ini pula al kisahnya dua pemuda yang menjadi pelanggan ummi.

Seperti kebiasaan, sekiranya ummi sedang membungkus nasi untuk pelanggan pertama, maka saya pula akan membungkus nasi untuk pelanggan seterusnya.

Semalam, ummi sedang membungkus nasi, saya pula menanti pelanggan.

Sebenarnya saya telah menyedari sebuah kereta parking di seberang jalan. Sangka saya pemilik rumah banglo di tepi jalan itu.

Rupanya salah sangkaan saya. Dua pemuda keluar dari perut kereta dan menuju ke gerai ummi.

Saya terus bertanya "Mahu nasi apa?"

Salah seorang menjawab. "Nasi kerabu satu." Saya menyedari lelaki itu (A) asyik tersenyum saja. Tapi tidak diendahkan.

Ingatkan nasi untuk dia, rupanya dia tolong cakap jeee untuk kawan sebelahnya.

sebabnya...

semasa saya mahu mencedukkan nasi kerabu ke dalam kertas bungkus nasi, pemuda (B) bersuara.

"Nasi lebih ya."

Ummi terus menegur saya selepas melihat nasi di dalam pembungkus nasi itu.

"Eh banyaknya."

"Dia nak nasi lebih."

A bersuara. " Ma dio, bekengnya. Dio hok nak nasi lebih. Kito baru nak tanya nama ma, takut dohla. Ma janganlah bekeng sangat." Sambil tersengih.

Aii..buat lawak pula mamat nii. Memandai je dia bahasakan diri ummi dengan panggilan ma.

Tapi tidak mengapalah, saya maniskan je muka sebab fikir mungkin dia dah biasa panggil ummi macam tu.
Di Kelantan, saya juga dah biasa dengan pelanggan-pelanggan ummi seperti pelajar sekolah menengah yang memanggil ''ma''.

Ummi tanya, "adik beradik ko ni?"

A menjawab. " Taklah ma, muka tak sama pun kan. Sepupu."

Semasa sedang membungkus nasi untuk B, si A tu asyik bercakap je. Nak mengusik la tu.

"Ma, ma nama gapo?" Err, dia tanya nama ummi pula. Macam pelikk je. sengihan dia tu tak pernah 'mati.'

Ummi layan sahaja, iyelah pelanggan kan tapi tidak pula ummi memberitahu nama ummi.

"Ma, kito hajat nak minta no dio."

HAHAHAHA...
Buat lawak bodoh pula...

Dah siap bungkus nasi, sempat ummi mengusik.

"Nanti mandikan sepupu ni ye." Kata ummi ditujukan kepada B.
B turut tersenyum...

Hai..memang sengaja buat lawak la mamat tuu.

Dua pemuda itu pergi makan di kedai makan berhadapan gerai ummi.

sejam kemudian kot.

Dua pemuda itu melintasi gerai ummi sebelum ke keretanya. Sempat lagi dia berkata sesuatu.

"Ma, esok nak mari plop deh." Sengih itu wajib ada! haha.

Sabor je...

* * * * *

Tika itu, saya sedang mengemaskan barang-barang. Manakala ummi sedang berbual dengan dua sahabat ummi yang turut berada di gerai.

" Banyak cakap budak tu. Sebelum ni tak pernah datang pun, dah banyak cakap. Nak adjust balqis lagi, minta no telefon tadi." Cerita ummi kepada kedua-dua sahabat ummi. Ummi pun terhibur dengan celoteh pemuda tu.

"Minta no telefon? Amboi, tapi tak boleh lah kan. Balqis dah ado ore." Kata Kak Nor, iaitu sahabat ummi yang membekalkan kuih muihnya di gerai ummi.

EKK??

Saya terkejut okay!

Hai... !!

Tapi saya buat tak dengar je. Diteruskan mengemaskan barang barang jualan.

Huhu.

Begitulah al-kisahnya semalam...

3 Suapan cinta Ilahi...

Mengapa diberi tajuk suapan cinta?

Kerana bagi saya apa yang hati saya rasa semalam (SYUKUR)  dan pandangan mata hati (melihat orang tua)  adalah suapan darinya buat hati saya. Untuk lebih mensyukuri akan bantuan dan nikmatNya yang tiada di duga.

Err..kisah ke3 tu pula barangkali suapan untuk menceriakan hari. He..

Baik, itu sahaja perkongsian kali ini

Insya-Allah , jika dipanjangkan umur, akan dikongsikan kisah ibrah seterusnya. aamiin.

SELAMAT PAGI... :)

Salam Cinta seindah mawar... =)



No comments:

Post a Comment