Friday 24 August 2012

Ujian Pertama tika menuju SOLEHAH

           Assalamualaikum wrm wbt.. denga lafaz suci, ana memulakan sedikit coretan pada malam ini sebelum ana kembali berangkat ke kampus yang telah dirindui.

Petang tadi, ana dan beberapa teman telah menziarahi dua pendidik ana di Maahad Muhammadi Pasir Mas dulu, iaitu Ustazah Ruznida dan Cikgu Norizan. Cikgu Norizan merupakan guru kesayangan ana dan ana juga telah menganggapnya sebagai ummi ana yang kedua. InsyaALLAH akan kekal selamanya. Lama sudah ana tidak menatap wajah ummi kedua ana, dan tadi ana tidak puas bertemu dengannya kerana ummi perlu ke kenduri saudara. Jujur, ana belum puas berbual mesra dengannya. Namun tidak mengapalah, tiada rezeki untuk berlama-lama dengan ummi. Ana cuma berdoa moga ummi akan sentiasa sihat bersama keluarga. Moga raya akan datang, rezeki lebih murah untuk bersama ummi. Ameen~

Namun bukan ini yang ana ingin kongsikan tetapi ia adalah sebuah cerpen pendek buat peringatan  bersama. Insya-Allah.

:: Nurul Rifqah adalah seorang gadis biasa-biasa sahaja tika dahulu kala, dan kini tidak lagi. Setelah dikurniakan hidayah terindah, dia bernekad untuk berubah. Dia mahu menggapai solehah, redha Allah swt. Semenjak itu dia amat berharap Allah swt akan mengurniakannya sebuah tempat yang terbaik buatnya agar dia bisa lebih membina peribadi wanita solehah yang diimpinya.

:: Masih segar dimindanya tika menghadiri satu program membina jati diri. Dalam salah satu slot, penceramah jemputan telah bertanya kepada peserta-peserta yang hadir, apakah yang ingin dicapai dalam kehidupan ini.

:: Ramai peserta menjawab ingin menggapai redha Allah swt dan akhirnya tiba gilirannya untuk menjawab pertanyaan itu. Dia berdiri. Mulanya dia ragu mahu menjawab apa, namun secara spontan dia menjawab..

" Saya mahu menggapai syurga ALLAH swt."

Lalu penceramah itu bertanya lagi. " Kalau di dunia ini?"

" Saya mahu menjadi wanita solehah."

Dia sendiri tidak menyangka perkataan itu yang akan terkeluar dari bibirnya. Semenjak itu, fasilitator-fasilitator yang terlibat dengan program itu sering melabelkan dirinya sebagai wanita solehah. Masih diingati ketika slot seterusnya, permainan rebut tiang namun di setiap tiang itu ditampal kertas yang ditulis apakah yang ingin kita jadi, samada khalifah, penghafal quran dan sebagainya lagi. Fasi yang handle slot tersebut ada berkata..

" Sesiapa yang nak jadi wanita solehah, ada ditampal kertas tu kat hujung sana."

Rifqah amat memahami maksud fasi itu. Pantas dia berlari ke arah yang ditunjukkan setelah semua peserta diminta memilih tiang masing-masing. 

Lagi satu kenangannya dalam menuju solehah, semenjak itu juga seorang ukht yang turut terlibat dalam program tersebut selalu menghantarkan sms berkaitan wanita solehah padanya. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada juga nasihat yang menghiasi hari-harinya. Moga ALLAH SWT sentiasa bersamanya dalam menuju jalan itu. Ameen.

Berbulan-bulan berlalu. Dia nekad lagi sekali untuk mematikan laman sosialnya yang lama. Baginya, apabila dirinya telah 'berhijrah' maka dia mahu laman sosialnya itu juga berhijrah seperti tuan empunya. Dia mahu segalanya berhijrah demi Allah swt. Moga Allah swt sentiasa bersamanya tika jatuh sakitnya di jalan ini. Ameen~

Sudah menjadi lumrah insan yang sedang berjuang di jalan Allah swt, pasti akan di uji. Pasti.

Ujian menghampirinya. Laman sosialnya telah berubah wajah. Laman sosialnya juga cuba dijadikan laman sosial yang solehah.:) Namun, ada sahaja kumbang yang mula datang menyinggah!

Allah~

Satu hari itu, Rifqah membuka laman sosialnya. Matanya terpandang pada ruangan inbox. 

"Oh.. ada message. Siapa pula yang mesage? " Dia bertanya pada diri.

Dibacanya nama si penghantar di dalam hatinya. Panjang juga message yang dihantar itu.

" Oh.. Sedang mencari puteri agama."

Pada mulanya dia agak risau juga, belum pernah hadir orang macam itu. Tambahan pula dah punya perancangan segalanya kerana lelaki itu akan tamat pengajian tidak lama lagi. Dia bingung, mahu jawab apa dan dia juga amat menyedari bahawa dirinya AMAT tidak layak dengan lelaki itu. Lelaki itu seorang yang soleh, berbanding dengan dirinya yang masih belum mencapai solehah dan insan yang baru berhijrah. Tidak layak.

Memang cara lelaki itu baik,dan minta secara baik. Message kepadanya kerana ingin mengenali wali Rifqah. Dia mahu mendapatkan nombor telefon ayah Rifqah, untuk meminta persetujuan ayah Rifqah jika Rifqah telah bersetuju dengannya. Namun, dia tidak dapat menerima lelaki itu. Langsung tidak mengenali lelaki itu walaupun dia juga berasal dari negeri serambi Mekah. Dia khuatir juga untuk menerima lelaki yang LANGSUNG tidak dikenali sebegitu, memang lah perkenalan itu boleh dilakukan kemudiannya tetapi dia takut. Belum bersedia untuk semua itu dan perancangan yang telah dirangka.

Apabila dia mengatakan dia tidak dapat menerima lelaki itu.. Bicara lelaki itu berubah menjadi sedikit kasar ~

Allahuakbar!

Terkejut Rifqah . Nasib baik.

" Ya Allah, syukur pada Mu. Sedari awal telah Kau tunjukkanku sikapnya yang sebenar. Nasib baik aku tak terimanya, kalau tak nanti macam mana lah ye. " Getus hati kecilnya.

Selepas itu, dia menjadi sedikit TAKUT apabila melihat ada message yang masuk dalam inbox. Bimbang~ Dia berfikir, tidak patut TERUS menilai seseorang itu apabila melihatnya hanya dengan sebelah mata, tetapi nilai lah dia setelah melihatnya dengan KEDUA-DUA mata. Mungkin dengan melihat sebelah mata, Allah swt tunjukkan luarannya sahaja belum lagi dalamannya.





p/s: Kekadang kita memang nak bersuamikan atau beristerikan insan yang belum pernah kita kenali kan? Tetapi berhati-hati lah juga ye. :) At least ada insan yang boleh kita percayai untuk mengetahui peribadinya yang sebenar~

< wsalam wrm wbt >

1 comment:

  1. menjadi yang solehah untuk mendapatkan insan yang soleh....

    ReplyDelete