Wednesday 22 August 2012

"Akak..Jangan Lupakan Adik"




Tadi ketika ana sedang menonton televisyen bersama keluarga dan saudara mara, satu mesej telah masuk dalam inbox handphone ana. Terpapar nama Ukhti Shakina. Ringkas sahaja mesej yang dihantar namun amat bermakna bagi ana kerana lagi berbaki tiga hari ukhti kesayangan ana itu akan menjadi bidadari buat  jejaka soleh, Insya-ALLAH.

     " Salam adikku, akak sayang adik."

Itulah isi mesej darinya. Terharu ana membacanya apatah lagi apabila mengenangkan kenangan sepanjang kami berdua bersama di bumi barakah, Darul Quran. Allahurobbi.. ana amat menyayangi Ukhti Shakina. Dia seorang muslimah berniqab, lemah lembut, putih melepak, penyayang, berjiwa hamba pada Tuhan, pemurah dan sebagainya lagi. Ana bukan memuji, tetapi itu semua realiti.

~Imbau kembali perkenalan pertama kami~

Ana masih ingat detik pertemuan ini.

Pada hujung tahun lepas, ana telah mengikuti "Jaulah Ulama' " di Kedah selama empat hari, anjuran Persatuan Anak Utara Darul Quran ( PAKSU ). Ketika ana dan rombongan tiba di sebuah pondok agama, ana mula bertemu dengan ukhti sewaktu sama-sama ingin mengambil wuduk untuk solat Zohor. Di situlah ana mula memerhatikan ukhti, terpegun dengan kelembutannya.

Semenjak lawatan itu, ana dah jarang bertemu dengannya. sehinggalah Allah swt mentakdirkan kami bertemu sewaktu ana ingin ke dewan makan ( di Darul Quran ). Ana terserempak dengannya, lalu tanpa mensia-siakan peluang itu, ana terus meminta nombor telefon ukhti. Hmm, walaupun ana tidak bawa handphone bersama tika itu, ana tetap cuba hafal nombor telefon ukhti.

Satu hari, ana dan dia mula contact. Tanpa segan silu juga ana melamar dia menjadi kakak angkat ana.. Alhamdulillah, dia terima lamaran itu.:)

Jujur, ana amat menyayangi ukhti walau belum mencecah setahun kami menjalinkan ukhuwah ini. Benar, belum sampai setahun pun tetapi keakraban berukhuwah di jalan Allah swt ini amat memberi kesan dalam hati ana.

Ukhti Shakina.. Banyak memberi nasihat dan memperingatkan ana tentang Allah swt dan juga Rasulullah saw. Ukhuwah kami bisa menjadi bertambah erat juga kerana kebetulan, ruangan yang sering menjadi pilihan kami untuk menghafal di masjid, sangat berdekatan. Jadi hampir setiap hari kami akan bertemu di masjid terutama sekali pada waktu malam, kerana telah menjadi kebiasaan bagi pelajar-pelajar DQ akan mencari modal ( hafalan baru ) di masjid. Semenjak itu, kami sering pulang dari masjid bersama.



Manakala kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama ukhti ialah sewaktu kami berdua di masjid. Pada malam itu, kami duduk di tangga dalam masjid bahagian muslimat setelah habis menghafal. Kami berborak berkaitan Rasulullah saw, kerana ana menceritakan pada ukhti bahawa ana ada menanyakan soalan pada Ustaz Muhadir Hj Joll tentang baginda. Apabila ana habis bercerita, kami berdua menangis..

Menangis kerana rindukan Rasulullah saw..

Allahuakbar !

Itulah antara peristiwa dalam kehidupan yang belum pernah ana lalui dengan mana-mana insan di dunia ini.

Ini pula sedikit coretan saat perpisahan kami, saat terakhir ana bertemu dengannya sebelum dia menggalas status sebagai zaujah buat seorang rajlu. Allah ~ :(

Sebelum ana dan sahabat-sahabat DQ pulang ke kampung sempena cuti raya, ukhti datang ke sana atas urusan pejabat dan pada masa yang sama dia mahu berjumpa dengan ana dan memberi kad jemputan ke walimatul urusnya. Ana telah menghantar ukhti hingga ke kereta. Sebelum dia melangkah masuk ke dalam perut kereta, ana berbual sebentar dengannya dan tidak melepaskan pun tangannya sambil berkata ..

        " Akak.. Janji dengan adik. Walaupun akak dah kahwin nanti akak jangan lupakan adik tau. JANJI jangan lupakan adik. "

Bergenang airmata ana tika itu. Amat takut rasanya untuk melalui detik perpisahan itu.. Hanya Allah swt yang mengerti perasaan ini. Hanya Allah yang tahu..

Walau apapun, harapnya ukhuwah fillah ini akan mekar hingga ke Jannah. Insya-ALLAH.
Allahumma Ameen.

Akhirul kalam.. walaupun singkat sahaja kami bersama menyemai benih ukhuwah fillah di DQ, namun kenangan yang tercipta amat bermakna buat ana dan mungkin juga buat Ukhti Shakina.


                                                     ~bertemu dan berpisah kerana Allah swt~

p/s : moga ukhti berbahagia bersama bakal suami solehnya. Alhamdulillah, ana dapat tahu dari Ust Dasuki yakni ustaz tasmi' ana, bahawa bakal suami ukhti juga seorang yang pernah khatam quran sebanyak lima kali tika semester akhir di bulan Ramadhan. Allahuakbar.

benarlah~ lelaki soleh untuk wanita solehah. :)

:: sekian coretan kali ini ::
> wsalam wrm wbt <








No comments:

Post a Comment