Wednesday 22 February 2012


IKATAN PERTUNANGAN



Malam itu sedang aku asyik menikmati keindahan malam ciptaan Tuhan.tetiba sahaja bibirku ini mengukir senyuman. Kenapa ya? Hati berbunga riang. Perlahan-lahan aku mengucap lafaz syukur pada Ilahi.
                                                             ~~~
Pulang dari kuliah pada petang itu.aku disambut oleh ummi tersayang dengan senyumannya yang manis. Tangannya ku salami tanda hormat.
“ Ummi, kenapa senyum semacam je ni?”
“Kenapa? Tak boleh ke ummi nak sambut kepulangan anak ummi dengan senyuman macam ni?” Soalan ku berbalas soalan.
“Boleh sangat ummi ku saying,tapi Alia rasa senyuman ummi hari ni penuh dengan makna yang tersirat. Betul kan?” Balasku dan tangan ummi ku genggam erat.
“Pandai pun. Kalau nak tahu makna yang tersirat tu,meh masuk dulu.”
Aku hanya menuruti kata Ummi dang mengikut langkah kakinya menuju ke ruang tamu rumah. Lalu aku mengambil tempat di atas sofa bersebelahan dengan Ummi,untuk melepaskan sedikit kepenatan yang ku rasai tika itu.
Sejurus sahaja aku duduk di atas sofa itu,mataku ternampak sesuatu yang dibalut dengan pembalut hadiah berwarna merah,yang diletakkan di atas meja.
“Ummi,hadiah untuk siapa ni?” Soalku dengan penuh perasaan ingin tahu dan tanganku ini pantas sahaja mencapai hadiah itu.
“Hadiah untuk siapa lagi kalau bukan untuk anak dara ummi yang seorang ni.”
Aku terkejut dan terus memandang wajah ummi.
“Tetapi daripada siapa,ummi?”
“Someone special.’ Balas ummi.
“Ummi,please..serius! Alia rasa macam ada something ni. Tolong terus terang,ummi. Please,please.” Aku membuat mimic muka sedih kononnya untuk meraih simpati ummi.hehe.
“Okay,okay.Ummi beritahu tetapi bukalah dahulu hadiah tu,saying.”
Perlahan-lahan balutan hadiah itu ku buka.Jeng!Jeng!Jeng!Amat suspend an jantungku berdegup kencang sekencang hembusan angin di tepian pantai.
“Ummi! Cantiknya cincin ni!” Bulat mataku melihat sebentuk cincin bertakhta permata kecil dengan bentuk hati.Berkilauan sinar permata itu.Ku kira mesti harganya amat mahal.
“Suka ke?” Tanya Ummi sambil memandang ku yang sedang membelek-belek cincin itu.
Aku pantas mengangguk dan ku sarungkan cincin itu di jari manis ku.Senyuman terukir lagi.
“Ummi,daripada siapa ni? Ummi ke Abi? Kan birthday Alia lambat lagi.” Ku ubah kedudukan badanku menghadap ummi.
“Bukan,tapi daripada tuning Alia.”
“Hah?? Siapa,Ummi??” Terlopong mulutku mendengarkan perkataan ‘tunang’.Siapa pula tunangku yang dimaksudkan oleh Ummi? Tidak!
“Dengar dulu,sayang.Tadi ada tetamu datang kemari,hajat mereka ingin bertemu dengan Alia,tapi Alia ada kuliah jadi mereka sampaikanlah hajat mereka pada ummi dengan abi.”Terang ummi kepadaku,tetapi aku masih belum jawapan bagi persoalan yang bermain di fikiranku.
“Siapa tetamu yang ummi maksudkan?”
“Muhammad Asyraf Hakimi dan ibunya,Puan Aminah.Mereka kemari untuk mengikat tali pertunangan antara Alia dengan Asyraf.”
“Hah? Serius ke ni,ummi?” Aku sengaja bertanya lagi walaupun ku tahu ummi tidak mungkin berbohong. Hatiku telah berbunga riang. Rasa macam di ruang tamu itu dah bertukar menjadi taman yang dipenuhi dengan mawar merah.:)
“ Bahagia Nampak anak ummi.”Ummi sengaja mengusik ku.
“Alhamdulillah ummi.Jika benar Asyraf dah datang bertemu ummi dan abi.Sekurang-kurangnya keluarga kita dah mengenali keluarganya yang selalu Alia ceritakan kat ummi.Namun semua ini masih tidak menghalalkan kami sepenuhnya lagi.Alia masih tetap perlu menjaga sehingga kami selamat diijabkabulkan.”Ujarku disusuli dengan senyuman pada ummi.
“Baguslah macam itu.Ummi juga harap kamu berdua dapat jaga ikatan yang telah terjalin ini sebaik-baiknya berlandaskan syariat Islam dan ummi doakan kamu berdua berkekalan dalam membina mahligai syurga di dunai dan akhirat sana.” Doa ummi buat ku dan Adam yang bakal menemaniku menjalani kehidupan rumahtangga.
“SubhanaAllah.amin Ya Allah.Mudah-mudahan doa ummi dimakbulkan Tuhan.Sayang ummi sangat!” Pantas aku memeluk dan mencium pipi Ummi dengan penuh rasa kasih sayang.Airmata ku turut mengalir tanda syukur dengan nikmat kasih sayang yang teramat ini pada bonda ku.
                                                                       ~~~
                                               Kisah ku dengan Asyraf Hakimi..
C:\Documents and Settings\Guest\My Documents\My Pictures\kawanimut\ff.jpeg
Ku mengenali insan yang bernama Asyraf Hakimi ini semenjak di bangku sekolah menengah lagi. Aku dan dirinya sama-sama bersekolah agama. Dahulu aku hanya mengenalinya hanya sebagai kawan satu sekolah namun pergaulan kami tetap terjaga atas didikan agama yang dicurahkan kepada kami. Pabila result SPM telah keluar,aku mendapati dia menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Mesir dalam bidang perubatan dan aku hanya melanjutkan pelajaran dalam negara.Sungguh tidak ku sangka,ukhuwwah yang terjalin antaraku dan dirinya di alam persekolahan dulu  berkekalan walaupun masing-,masing telah membawa halauan sendiri.Dia pernah menghubungiku melalui laman sosial.Tika itu bagiku kami masih bersahabat seperti dahulu.Namun paling tidak ku sangka,di tahun akhir dia melanjutkan pelajarannya disana,dia telah meluahkan hasrat hatinya yang telah lama terbuku semenjak perpisahan keluarnya result SPM. Dia telah menyuarakan hajatnya bahawa dia mahu mengikat tali pertunangan denganku dan seterusnya mengahwiniku sejurus dia pulang ke Malaysia,dan hari ini..dia telah pun berada disini….

~DISIPLIN PERTUNANGAN~
E:\Pictures\att2.gif
1: Saudari diizinkan untuk menjemput si pemuda ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua ibubapa.Dengan kewujudan ibubapa atau wali lain dimajlis itu,saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu(dengan lengkap menutup aurat) dan tidak perlulah bersembunyi didalam bilik.
2: Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama,kerana ia amat mudah membawa kepada yang haram.
3: Jangan menghebahkan kepada awam sebelum diijabkabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh membawa fitnah dengan mudah.
4: Jangan bertemu berdua-duaan di luar,sama ada di tempat terbuka atau tertutup kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam.
5: Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat.Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti emel,surat dan sms lebih baik daripda bercakap dalam banyak keadaan(kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat).
6: PERKARA YANG PERLU DIJAGA(semuanya menurut dalil al Quran DAN al Hadith)
·        HARAM bersentuh,menyentuh satu sama lain
·        HARAM berdating tanpa disertai mahram yang thiqah(yang boleh dipercayai/diharapkan)
·        HARAM berbicara dan bersembang dengan syahwat(sms,telefon,chat,messenger)
·        AWAS fitnah masyarakat sekeliling
·        AWAS fitnah dalam diri anda dan pasangan
·        HARAM melihat aurat masing-masing
·        AWAS bertukar-tukar gambar
·        AWAS daripada hebahan umum sebelum diijabkabulkan.
(Petikan buku UNTUKMU WANITA tulisan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman)

 C:\Documents and Settings\Guest\My Documents\My Pictures\kawanimut\rr.jpeg

YA ALLAH,andai benarlah dia jodohku maka Kau kuatkanlah ikatan ini antaraku dan dirinya.Ku berharap dialah bakal imam yang ku nantikan selama ini untuk mengimami solat jemaah kami dalam bahtera rumahtangga.Dialah lelaki soleh yang akan menggalas gelaran suami soleh buat diriku ini.Dialah lelaki soleh yang bisa membimbingku untuk lebih mencintaiMU dan Rasul MU.Dialah lelaki soleh yang bakal melindungiku dengan kudratnya.Dialah lelaki soleh yang akan mengesat arimata ku dikala aku dalam kdukaan dan dialah lelaki soleh yang ku dambakan selama ini,yang selalu ku pinta pada MU dalam doaku. Mudah-mudahan dialah Adam soleh itu,YA RABBUL IZZATI.”

Sekian .. wsalam wrm wbt.
(created by PERMATA ALWALIDAINI)

2 comments:

  1. wah... adk bwt ke ni? mabruk2,, best2'

    ReplyDelete
  2. ya adik buat tp point2 penting tu ambil dr buku, jalan cerita ja adik buat. syukran ateh :)

    ReplyDelete