PART 2 : CERPEN HIJRAH
Hmm..
tika aku menaip cerita ini telinga ku sedang dimanjakan dengan lagu Permata
Yang Dicari nyanyian Dehearty. Aku suka sangat mendengar lagu ini semenjak
akhir-akhir ini. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Kadang kala semasa aku pulang
dari kampus, secara spontan saja lagu ini aku dendangkan walaupun ada tikanya
aku terlupa lirik. Hehe. Memalukan saja aku ini kan? Macam perempuan saja
lagaknya. Ah.. apa aku kisahkan. Ini diriku, lantaklah aku mahu menyanyi lagu
apa sekalipun. Huh! Merepek saja aku ini. Baiklah, jujurlah aku cakap,
sebenarnya aku ada cerita disebalik lagu ini. Sengaja main sorok-sorok tadi.
Hehe.
Ceritaku
kali ini tentang seorang permata yang baru aku temui baru-baru ini. Kisah
pertemuan aku dan dirinya, indah. Namun tidak aku ketahui adakah ia turut indah
bagi kalian yang membaca cerita ini. Kisahnya begini, hari Sabtu lalu aku dan
bersama Taufiq telah menghadiri satu majlis ilmu di sebuah masjid kawasan ibu
kota ini. Tidak perlulah aku memberitahu nama masjid itu, cukuplah Tuhanku,aku,sahabatku
dan permata itu yang mengetahuinya. Aku tiba di sana pada pukul lapan pagi dan
majlis itu bermula pada jam 8.30 pagi. Pagi itu, aku keluar dari rumah tanpa
mengambil sarapan terlebih dahulu, jadi apabila telah tiba di sana perutku mula
merengek minta diisi.
“Taufiq,
enta dah sarapan ke?” Soalku kepada Taufiq yang ketika itu sedang menanggalkan
kasutnya untuk masuk dalam masjid.
“Ya,
ana dah sarapan. Enta belum sarapan ke?” Dia pula bertanya padaku sambil
memandang aku yang berada di sebelahnya.
“Lebih
kurang macam itu lah.”Jawabku sambil tersengih kambing padanya.
“Kenapa
tak beritahu awal-awal? Kalau tak, ana boleh belikan makanan untuk enta. Enta kan
ada gastrik.”
“Enta
jangan risau sangat. Ana dah biasa.”
Taufiq
tidak menghiraukan kata ku, dia terus mengajak aku mengikutnya ke sebuah
restoran berdekatan untuk bersarapan. Itulah Taufiq yang aku kenali semenjak
aku menuntut di sini. Dia amat prihatin pada ku dan juga sahabat-sahabat yang
lain, walaupun sesibuk mana sekalipun dengan tanggungjawab yang dipikulnya.
Jam
8.20 pagi, aku dan Taufiq kembali semula ke masjid. Ketika aku ingin melangkah
ke tangga pertama, telinga ku telah menangkap suara seorang perempuan. Pantas
ku menoleh ke arah suara itu di sebelah kananku. Tidak aku hiraukan Taufiq yang
telah berjalan meninggalkan aku.
“Adik,
kenapa tidur sini?” Wanita itu bertanya kepada seorang kanak-kanak perempuan
yang tidak terurus pakaiannya. Tangannya menggosok pipi kanak-kanak itu.
“Saya
tidak ada rumah,akak.”Balas kanak-kanak itu sambil menundukkan wajahnya.
“Ya
Allah, betul ke?”
Kanak-kanak
itu mengangguk dan bersuara. “Akak, saya lapar.”
“Okey,
jom ikut akak ke restoran di luar sana.”Dia menghulurkan tangannya untuk di
pegang oleh kanak-kanak itu. Terukir senyuman pada wajahnya apabila melihat
kanak-kanak itu tersenyum setelah mendengar ajakannya.
‘Subhana-Allah..
betapa penyayangnya wanita yang bertudung labuh itu. Moga dirimu di sayangi
Tuhan, duhai Muslimah’ Detik hatiku setelah melihat peristiwa itu. Beberapa
minit selepas itu, keduanya telah hilang di pandanganku, lalu aku terus
melangkah ke ruang majlis ilmu.
Tamatlah
sudah majlis ilmu itu pada jam 10.30 pagi. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi yang
mengizinkan aku menimba ilmu-Nya dan memberiku kefahaman yang baik.
Subhana-Allah, taalim tadi berkisarkan kehidupan muslim sebagai hamba Allah swt
di muka Bumi ini, bertajuk Hamba yang di cintai Tuhan. Allahuakbar, bukan
senang untuk mendapat gelaran hamba yang di cinta Pencipta kita, namun teramat
beruntung bagi siapa yang berjaya mendapatkannya. Siapa tidak mahu di cintai
Allah swt Yang Maha Agung, kan? Taalim tadi turut membangkitkan semangat dan
rohani ku untuk terus berlari mendapat kenikmatan di cintai Tuhan, bukan
merangkak dan berjalan lagi. Curahan cinta Tuhan tiada henti untuk setiap hamba
yang menginginkannya.
Sebelum
pulang, tidak dilepaskan peluang untuk menunaikan solat sunat Hajat dan Dhuha
berjemaah bersama jemaah di sana. Tenang hatiku tatkala melihat para jemaah
lelaki bersalaman mesra seusai menunaikan solat, tidak mengira tua dan muda.
‘Mudahan
suatu tika nanti, Islam akan kembali bangkit di bawah naungan para jemaah
sebegini.’
Sempat
aku berkenalan dengan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun setelah bersalaman
dengannya.
“Abang
datang dari mana?”
“Abang
datang dari Gombak, belajar kat sana. Adik pula?”
“Oh..
saya dari rumah.”
“Datang
sendirian saja ke? Belajar kat mana?”
“Tak,
datang dengan keluarga. Ayah baru saja keluar tadi. Saya masih menunggu
keputusan UPU. Abang doakan saya dapat sambung belajar di tempat terbaik.” Katanya dengan penuh harapan.
Aku
tersenyum. “Insya-Allah. Adik, abang kena pulang sekarang. Kawan abang sedang
menunggu kat luar. Ini kad abang. Kalau adik ada masa, boleh hubungi abang pada
bila-bila masa saja.” Aku mengeluarkan kad aku dari dompet dan memberikan
kepada remaja lelaki itu yang bernama Haiqal.
“Okay,
syukran abang. Insya-Allah, nanti saya hubungi abang.” Dia menyalami tanganku
sekali lagi sebelum kami berpisah. Perpisahan itu aku akhiri dengan seuntai doa
agar kami akan di pertemukan lagi di tempat barakah seperti ini.
~ DI ASRAMA ~
Malam
itu aku sedang menyiapkan tugasan yang di berikan pensyarah Bahasa Arab di
ruang bilik ku, tiba-tiba saja rakan sebilik ku pulang dengan keadaan marah..
Dia meluahkan kemarahannya dengan menumbuk meja belajarnya berulang kali. Aku
tidak berdiam diri, Faruq mesti di tegur.
“Faruq,
kenapa dengan kau? Muka kau pun lebam, kenapa?” Aku cuba bertanya dengan baik,
kerana itu juga salah satu metod dalam berdakwah atau menasihati mad’u. Ya, aku
memang telah menganggap Faruq sebagai mad’u aku semenjak dia di takdirkan
sebilik denganku di semester baru. Sebelum ini aku cuba juga mendekatinya,
tetapi ada saja halangan. Namun kini, tidak lagi. Dia sentiasa akan berada di
hadapan mataku.
“Kau
jangan busy body pasal aku, boleh tak? Tak payah nak berlagak baik dengan aku!”
Aku
beristighfar berulang kali, agar syaitan tidak akan menguasai emosi ku tika
ini. Lewat malam sebegini sesiapa sahaja boleh naik darah. Namun aku tidak mahu
sebegitu, biarlah setiap situasi yang di hadapi itu di kawal oleh iman.
“Faruq,
aku bukan nak busy body pasal kau, tetapi aku ambil berat saja. Salahkah aku
mengambil berat tentang sahabat aku? Lagipun aku mengenali kau semenjak di
zaman sekolah lagi. Rasa tanggungjawab itu hadir dalam diri aku terhadap kau.”
“Huh!
Menyampah aku! Dah alim sikit, dah nak bagi ceramah kat orang. Sedarlah diri
kau tu sikit. Pernah jahil juga!”
Allah!
Kuatkanku. Tajamnya kata-katanya.
“Ya,
memang aku pernah menjadi seorang yang jahil dulu. Namun hari ini aku dah berubah.
Salahkah aku yang pernah menjadi jahil ini ingin menasihati sahabat? Faruq,
disebabkan aku pernah melalui kehidupan itu lah, aku ingin kau turut berubah,
kembali ke jalan yang benar. Menjadi lelaki yang soleh.”
“Hoi,
pergi tidurlah! Merepek je malam-malam macam ni. Nak berceramah pun, tunggu
esok pagi. Nanti nak ceramah dekat padang bola pun boleh. Kau jangan ganggu aku
lagi! Jangan sibuk nak siasat apa aku buat kat luar lagi! Kau ingat aku tidak
tahu kau punya perancangan? Aku dah baca semuanya! Jangan bermimpi nak ‘sucikan’
aku ini!” Tengking Faruq. Ketika dia mengungkapkannya, matanya tajam melihat
wajahku dan sejurus itu dia terus menolak tubuhku ini jatuh menyembah bumi.
Ya
Ghaffar.. ampunilah sahabatku ini. Dia masih belum mengenali secara syumul betapa
indahnya agama Mu ini. Dia masih belum mengetahui betapa nikmatnya menjalani
kehidupan berlandaskan agama Mu ini. Sayangilah dia Ya Allah.
Hmm,
aku dapat mengagak. Mesti Faruq telah membaca nota yang aku tulis di dalam
sebuah buku. Buku itu aku sering membawanya ke mana sahaja aku pergi, tetapi
semalam aku terlupa. Takdir Tuhan, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Makin
hebat cabaranku untuk membawa Faruq ke jalan yang lurus. Insya-Allah, jika aku
terus berpegang pada tali-Nya, Dia pasti menghulurkan bantuan buat hamba-Nya
yang ingin melakukan kebaikan, kerana Dia Tuhanku Yang Maha Penyayang.
< Nantikan sambungan seterusnya..>
created by : Umie Balqis a.k.a Permata Alwalidaini
No comments:
Post a Comment