Tuesday, 17 July 2012

Kerana Kasihkan Kucing~





Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan, wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

WallahuA'lam

~ Kisah Hati Siti Rohani - KHSR ~
 

Friday, 22 June 2012

Cerpen "HIJRAH" (nukilan pertama buat tatapan umum)





Dahulu aku hanyalah remaja lelaki biasa. Bukanlah remaja yang berakhlak mulia, tinggi ilmu agamanya,
Sempurna pengamatan agama dalam kehidupan sehariannya dan bukan juga yang bergiat aktif di jalan dakwah
agamaNya. Ya, memang aku dilahirkan dalam keluarga yang beragama dan belajar di sekolah agama namun diriku
ini tidak seperti remaja aliran sekolah agama.

Masih segar di kotak ingatan ku ini kenangan zaman sekolah. Aku dan tiga sahabatku akan menghadapi exam
SMU (sijil menengah ugama) ketika tingkatan 4. Aku melihat calendar yang ditampal pada dinding menghadap
meja belajarku. Tiga hari lagi exam bermula, tetapi aku belum mula menghafal walau sebaris ayat bagi semua
maddah. Exam SMU ini memang lebih ke arah menghafal walaupun soalannya subjektif. Berbelas-belas maddah
kot!

Aku menghantar meseg kepada Faruq. Hati gelisah tetapi malas. “Wei faruq, kau tengah buat apa? Dah hafal
Untuk smu?” butang send ditekan. Tidak sampai 5 minit, masuk mesej daripada Faruq. “ Haha.ya. aku tengah
Hafal mesej makwe aku.” Aku mengeluh. Tidak serius betul kawan aku ni. Langsung tidak terbit kerisauan ke dia ni?

“Wei, seriuslah.kau tak risau ke nak exam ni? Lagi 3hari je.” Dibalasnya lagi. “ Relakslah.lagi 3jam nak exam
Kita hafal lah.macam plan biasa lah.kau ni.sejak bila fikir bab risau?? Dah buang tabiat eh??” Sejurus membaca
Mesejnya,tidak ingin lagi untuk membalas, Delete terus. Aku amat memahami maksud ‘plan’ itu. Huh! Aku menongkat
Dagu dengan kedua-dua tanganku sambil memandang buku-buku teks dan nota-nota yang diberikan oleh ustaz dan
Ustazah. Tingginya ilmu dihadapan mata aku ni, tetapi setinggi ini jugs kah ilmu itu tertanam dalam diriku?

Sedang termenung jauh mula memikirkan hala tuju ku selepas SPM nanti, tiba-tiba masuk satu mesej.
“Akak,ana redha dengan takdir Tuhan. Mungkin ini ujian untuk menguji tahap keimanan ana setelah berhijrah. Doakan
Ana kuat dalam mujahadah ini ya,akak.” Nombor yang tidak dikenali menghantarnya. Mesti perempuan ni. Nak kenl lah.
Hehe.syaitan mula menghasut. “ya abang doakan ana kuat. Ni abang bukan kakak.hehe” tiada balasan. Aku tetap
menghantar lagi. “ Maaf awak, saya gurau saja tadi.awak ada masalah ke? Sabar ya,kata ustaz saya, kalau Allah swt
berikan kita ujian,itu bermakna dia sayangkan kita.ni nama ape ya?=)”

Ku terima balasan mesej daripadanya. “ Maaf,ana betul-betul terslah hantar tadi. Wassalam.”

Semenjak hari itu, aku tidak mengenal erti putus asa untuk mengacau gadis itu. Aku sendiri tidak
 mengerti mengapa hati ini amat ingin mengenalinya. Igin mengetahui maksud perkataan ‘hijrah’ dalam mesejnya 
kerana seolah-olah punya tarikan dengan perkataan ‘hjrah’ kepada diriku.

Hari ini exam bagi maddah Tauhid. Memang sah aku tidak dapat menjawabnya tanpa bantuan plan 
aku dan geng. Setengah jam berada di dalam dewan exam, sepatah perkataan pun belum ditulis oleh 
ku. Putih bersih lagi kertas dihadapan ku ini.Dahsyat! Aku mula memberi isyarat pertama kepada Faruq 
iaitu dengan berdehem. Dia terus menoleh ke belakang. Nasib baik meja Faruq berada tidak jauh 
dengan meja ku. Aku berada dibarisan kedua,meja ke lima dari hadapan dan Faruq pula berada 
dibarisan pertama,meja ke empat. Dia tersenyum setelah mendapati line clear untuk melaksanakan 
plan kami. Ketika pengawan exam sedang meninjau para pelajar di bahagian belakang, Faruq melontarkan 
nota kecil kepadaku dari bawah. Mujurlah lontarannya berhenti di tempat ku. Lantas aku berpura-pura 
menggaru kaki dan pantas menyambar nota itu! Itulah plan kami tetapi itu salah satunya lah.haha.

Selesai menjawab, sesekali aku menoleh kearah pelajar perempuan disebelah ku yang sedang khusyuk 
menjawab soalan exam. Sesekali tingkah lakunya seperti sedang mengingati semula yang dihafalnya, 
begitu bersungguh. Lansung tidak berbicara. Kebosanan mula melanda diri, so aku memerhatikan saja 
pelajr itu. 
“ lemah lembutnya, putih melepak dan pendiam pula tu, tetapi kenapa aku tidak pernah melihat di 
sekolah sebelum ini ya?”

Hmm.. lagi empat puluh lima minit akan tamat exam maddah ini. Syaitan datang menghasut lagi. 
Disebabkan terlalu bosan, aku telah mengganggu pelajar di hadapan dan di belakangku menjawab exam. 
Kini tiba giliran pelajar disebelah ku pula!
Sepantas kilat aku melontarkan nota kecil itu ke arahnya dan nota itu tergolek bersebelahan mejanya. 
Lima minit berlalu, aku tidak menyangka seorang pengawas exam yang garang akan mengambilnya.

“Nurul hidayah! Keluar dari dewan sekarang! “ Arah pengawas exam itu dengan nada yang tinggi.
“Tetapi kenapa,puan?” Hidayah pantas mengangkat wajahnya memandang wajah bengis pengawas exam itu.
“Jangan banyak soal! Nampak saja alim. Tapi kaki penipu! Keluar sekarang juga! Saya akan mengoyak 
kertas jawapan kamu ! “

Terpancar riak terkejut, sedih dan takut pada wajahnya. Dia tidak berganjak dari tempat duduknya sehinggalah..

“Paaannnggg!” satu tamparan hinggap dipipi, menyebabkan pipinya yang putih melepak itu menjadi merah. 
Dia melangkah keluar dari dewan bersama linangan airmata.

aku benar-benar tersentak dengan kejadian itu. hati tidak lagi tenang setelah melihat Hidayah berlalu pergi. 
so, aku pantas keluar dari dewan juga. ku cuba tnjau di kawasan kantin dan kelas-kelas 
kosong yang berdekatan. namun tiada kelihatan dirinya. lalu ku teringat akan surau. laju langkah 
kaki ku dihayun ke sana. benar! tepat firasat ku! kelihatan sepasang kasut di atas rak di luar 
surau muslimat. niatku memang ingin bertemu dengannya tetapi kesempatan itu juga ku isi dengan 
solat sunat dhuha. ya! aku memang tidak sealim orang lain, tetapi aku ada juga lah buat solat sunat 
dhuha tu.  hm, aku sengaja memilih tempat solat berdekatan penghadang antara tempat 
solat muslimin dengan muslimat.J

“Eish boleh pula aku suka-suka. hidayah tu aku perlu jumpa sekarang!” getus hati ku sendiri.

Seusai menunaikan solat dhuha, telingaku menangkap satu esakan di selangi doa dari sebelah.

“Ya Allah, hamba ini bersujud di hadapan Mu dengan penuh rasa kehinaan.diri ku ini dikotori dosa silam. 
namun daku ingin kembali suci seperti muslimah lain. daku mengetahui,mungkin ini cuma 
satu ujian daripadaMu dalam aku menuju hijrah demi menggapai redhaMu. Ya Muhaimin, daku tahu Engkau amat memahami situasi ku tika ini,kerna itu ku merayu padaMu, kurniakan ku kekuatan,ketabahan dan 
kesabaran dalam mengharungi tiap ujian. pinjamkan ku kekuatanMu. jangan biar 
ku tersungkur di pertengahan jalan hijrah ya Rahman. kasihanilah daku. 
daku hanya damba belas kasihan dari Mu.. daku hanya ingin belaian Mu. daku dahagakan 
kasih sayang Mu,Ya Rahim.perkenankan doaku. Allahumma amin.”

Terdiam aku disitu. tiada kata ingin dilafazkan hanya rasa bersalah yang teramat 
kian mengurungi diri. 
Apa harus ku lakukan? aku amat jahat kah sehingga membuat seorang wanita 
menitiskan airmata? Apa maksudnya dengan ‘hijrah’ tadi ya? Ya, aku memang jahat!

Tiga tahun berlalu. kini aku menuntut di sebuah IPTA. kenangan itu tidak bias ku lupakan 
sampai detik ini kerna aku masih belum meminta maaf dengan Nurul Hidayah. Bagaimana 
kau ingin bertemu dengannya kerana setelah kejadian itu dia telah kembali ke sekolah asalnya. 
dia dan batch nya hanya menumpang exam di sekolah ku.

Walaupun masih memikirkannya dan berdoa agar aku kan bertemu dengannya, 
semenjak itu aku tekad untuk merubah diriku! Bermulanya episod hijrah ku.

Ya! siapa bilang tiada cabaran di institut ini? Amat berlambak cabarannya. Namun, kerana 
sebuah tekad dan hijrah, aku cuba menguatkan prinsip ku. walau jua ramai kawan 
mula menjauhkan diri, tidak aku ambil peduli. asalkan aku kan merasai nikmat sebuah hijrah menuju redha Ilahi. 
ya! itu yang ku impi.

Sejak itu jua, walau sesekali terasa janggal untuk mendekati sahabat-sahabat baru 
yang alim, tetap jua ditebalkan muka setebalnya. kenapa? Kerna pernah ku baca 
satu kata Imam Hassan Al-Banna tika aku busy mencari majlis ilmu yang boleh 
diikuti, iaitu “ kenalkan dirimu kepada saudara-saudaramu seiman dan seperjuangan,
walaupun engkau tidak diminta,sebab asas dakwah kita adalah kecintaan dan 
saling mengenal.” inilah kata perangsang ku. syukran buat Imam Hassan al-Banna kerna telah 
meninggalkan kata yang bermakna untukku. moga rohnya dicucuri rahmat Tuhan. Al-fatihah.

Okay, berbalik pada kisah hijrahku. Antara langkah yang aku lakukan dalam hijrah ini, aku 
berkenalan dengan 
sahabat yang beriman. kadang-kadang aku suka curi-curi pandang apa dia buat di maktabah,
di taman,di pondok dan biliknya juga. Aish, jangan salah faham. maksud aku ada tikanya aku 
sengaja pergi singgah bilik dia, boleh lah mataku curi-curi tengok juga buku-bukunya di rak. Hm, 
dia memang mantop. ilmunya pun tinggi. kekadang ada juga rasa segan nak berdepan dengannya, 
tetapi demi hijrah, ku melontarkan rasa segan tu dalam kolam! hehe.

Siapakah dia yang ku maksudkan itu? Dialah sahabatku kini, Taufiq Aiman. memang dia memberi taufiq 
lah kat aku sebagai wasilah daripada Allah swt. Dia ketahui cerita silamku, dan disebabkan 
itu kami kian akrab. Dia sering mengajak ku ke taman-taman syurga, solat berjemaah 
di surau,masjid dan menasihati time aku ditimpa ujian yang bertalu-talu. Namun, aku paling suka 
bersahabat dengannya kerna dirinya memang dihiasi rasa penghambaan yang tinggi pada 
Tuhan! so kira aku dah temui sahabat yang mengingatkan ku pada Pencipta alam semesta ini 
sebagaimana kata-kata : sahabat yang bertakhta dihatiku bukanlah yang ku khaskan ciri-cirinya,
agar ideal segalanya di mata,tetapi sahabat yang ku hargai dan ku sayangi yang bertakhta 
dihatiku adalah yang dirinya berjiwa hamba,kerana sifat kehambaannya itu 
hatiku tidak upaya untuk melupakannya”  Alhamdulillah.



Selama aku bersahabat dengannya, sering jua dia membawa ku bertemu murobbi 
andai ada kekeliruan tentang sesuatu perkara. Itu juga ku kagumi dengan dirinya, lebih 
suka direct pada yang lebih mengetahui bersesuaian  dengan ayat  43   dari 
surah An-Nahl,  “ fas alu ahla zikri in kuntum la ta’lamun” yang bermaksud bertanyalah 
kepada yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui.

Kini aku dalam medan mujahadah fi nafsi kerana untuk istiqamah dengan segala amalan 
baru dalam hijrah ini memerlukan mujahadah yang kuat! kalau tidak, nanti syaitan ketawa 
kemenangan lagi, Eish, aku tidak akan membiarkannya berulang atau peribahasa melayu 
pisang berbuah dua kali. Doakan ku.

“Tidak usahlah kita sibuk duk cari puteri agama, tetapi sibukkanlah diri kita ni untuk 
menjadi putera agama.” Kata Taufiq tika aku bertanya tentang seorang sahabatku 
yang tengah usha seorang muslimah. Aku tersenyum mendengar bicara itu kerana 
memang benar pun. Baik aku jadi putera agama dulu, nanti dapatlah puteri agama. InsyaALLAH J

So, rasanya sampai di sini sajalah cerita hijrahku yang bernama Muhammad Aiman. 
Doakan aku teguh dalam hijrah ini. Akan ku mantopkan jasad ini dengan semangat 
perjuangan dakwah bersama Taufiq demi membela Islam kembali. Kami ingin 
menjulang tinggi panji Islam di bumi ini. InsyaAllah, aku dan Taufiq akan semakin 
aktif di medan dakwah seterusnya jihad, kerana cita-cita tertinggi kami adalah mati 
syahid di jalan Ilahi. Allahuakbar!

Moga diizinkan Tuhan dan dikurniakan kami kudrat yang kuat,teguh,gigih dan 
sebagainya lagi demi meneruskan perjuangan 
Rasulullah saw.

p/s : Cerpen pertama buat tatapan umum. Harap sudi memberi komen. Ia berguna untuk 
ana. selama ini hanya menulis
kamar,tidak pernah di menulis cerpen dalam mana2 laman sosial. kali ini ana cuba 
memberanikan diri menyiarkan 
cerpen terbaru ana. syukran kathyra sudi membaca.

Monday, 11 June 2012

BERJUANG BERKORBAN DEMI CINTA YANG DI REDHAI ILAHI ~






Dari Raja` bin ‘Umar an-Nakha’iy, dia berkata, 
“Di Kufah ada seorang pemuda berparas tampan, sangat rajin beribadah dan sungguh-sungguh. Dia juga termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu ketika, dia singgah beberapa waktu di perkampungan kaum Nukha’ lalu –tanpa sengaja- matanya melihat seorang wanita muda mereka yang berparas elok nan rupawan. Ia pun tertarik dengannya dan akalnya melayang-layang kerananya. Rupanya, hal yang sama dialami si wanita tersebut. Pemuda ini kemudian mengirim utusan untuk melamar si wanita kepada ayahnya namun ayah wanita tersebut memberitahukannya bahawa dia telah dijodohkan dengan anak saudaranya (sepupunya). Keadaan ini membuat keduanya begitu tersiksa dan terhiris. 


Lalu si wanita mengirim utusan kepada si pemuda ahli ibadah tersebut berisi pesan, ‘Sudah sampai ke telingaku perihal kecintaanmu yang teramat dalam kepadaku dan cobaan ini begitu berat bagiku disertai liputan perasaanku terhadapmu. Jika berkenan, aku akan mengunjungimu atau aku permudah jalan bagimu untuk datang ke rumahku.’ Lantas dia berkata kepada utusannya itu, ‘Dua-duanya tidak akan aku lakukan. Dia kemudian membacakan sepotong ayat dari Al-quran, firman-Nya, ‘Sesungguhnya aku takut siksaan pada hari yang agung jika berbuat maksiat kepada Rabbku.’ (Q.s.,az-Zumar:13) Aku takut api yang lidahnya tidak pernah padam dan jilatannya yang tak pernah diam.’ 


Tatkala si utusan kembali kepada wanita itu, dia lalu menyampaikan apa yang telah dikatakan pemuda tadi, lantas berkatalah si wanita, ‘Sekalipun yang aku lihat darinya dirinya demikian namun rupanya dia juga seorang yang amat zuhud, takut kepada Allah? Demi Allah, tidak ada seorang pun yang merasa dirinya lebih berhak dengan hal ini (rasa takut kepada Allah) dari orang lain. Sesungguhnya para hamba dalam hal ini adalah sama.’ 



Kemudian dia meninggalkan gemerlap dunia, membuang semua hal yang terkait dengannya, mengenakan pakaian yang terbuat dari bulu (untuk menampakkan kezuhudan) dan fokus dalam ibadah. Sekalipun demikian, dia masih hanyut dan menjadi kurus kering kerana cintanya terhadap si pemuda serta perasaan kasihan terhadapnya hingga akhirnya dia meninggal dunia kerana memendam rasa rindu yang teramat sangat kepadanya. 

Sang pemuda tampan pun sering berziarah ke kuburnya. Suatu malam, dia melihat si wanita dalam mimpi seolah dalam penampilan yang amat bagus, seraya berkata kepadanya, ‘Bagaimana khabarmu dan apa yang engkau temukan setelahku.?’ Si wanita menjawab, 
Sebaik-baik cinta, adalah cintamu wahai kekasih
Cinta yang menggiring kepada kebaikan dan berbuat baik 


Kemudian dia bertanya lagi, ‘Ke mana kamu akan berada.?’ Dia menjawab, 
Ke kenikmatan dan hidup yang tiada habisnya
Di syurga nan kekal, milik yang tak pernah punah 
Dia berkata lagi kepadanya, ‘Ingat-ingatlah aku di sana kerana aku tidak pernah melupakanmu.’ Dia menjawab, ‘Demi Allah, akupun demikian. Aku telah memohon Rabbku, Mawla -ku dan kamu, lantas Dia menolongku atas hal itu dengan kesungguhan.’ Kemudian wanita itupun berpaling. Lantas aku berkata kepadanya, ‘Bila aku akan dapat melihatmu.?’ Dia menjawab, ‘Engkau akan mendatangi kami dalam waktu dekat.’ 

Rupanya benar, pemuda itu tidak hidup lama lagi setelah mimpi itu, hanya tujuh malam. Dan, setelah itu, dia pun menyusul, berpulang ke rahmatullah. Semoga Allah merahmati keduanya.

{  Walau sejauh ini jarak yang memisahkan, doa tetap di utuskan buat mu.
walau sesukar ini perjuangan FITRAH cinta, tetap diteruskan demi Tuhanku..
walau tidak ditemui sinarnya tika ini, tetap dinanti disamping dirimu dan diriku meng'awlakan( mengutamakan) cinta ILAHI. }

Friday, 11 May 2012

.. DARI HATI ..




Puteri ~ puteri Islam yang kan menghiasi syurga firdausi..
kuat kan dirimu menempuh onak yang berduri d khdupan ini..
alam remaja sebegini nafsu bisa menguasai diri..
binasa lah empunya diri andai Iman tidak teguh dihati..
kerna itu hanya duhai puteri ~ puteri yg ku sayangi..
kita sama~sama mujahadah fi nafsi..
demi maruah diri dan redha ILAHI..

putera~ putera Islam.
.jangan di usik puteri~ puteri ini..
kerna kami ingin pelihara peribadi muslimah sejati..
serta menjadi MAWAR YG BERDURI..
Puteri ~ puteri Islam..
andai hadir putera ingin menyunting diri ..
katakan pdanya utamakan wali..
atau jangan di ganggu MAWAR YG BERDURI ini..
untuk tika ini sebelum tiba detiknya nanti..

[dalam bermujahadah..pelbagai ujian kan menghampiri demi menguji tahap keIMANAN pd ILAHI.
kuatkan kami YA RABBUL IZZATI.. ]

NUKILAN DR HATI PERMATA ALWALIDAINI~


Tuesday, 8 May 2012

~ Istimewanya SYAHID di jalan ALLAH swt~





Mati syahid dibahagikan kepada tiga, pertama syahid dunia iaitu individu yang syahid berpandukan hukum dunia tetapi tidak mendapat pahala syuhada di jalan ALLAH disebabkan terdapat unsur ketidakikhlasan dalam berjuang serta mempunyai kepentingan duniawi dalam melakukannya. Golongan ini tidak wajib disembahyangkan dan tidak dikapankan, sebaliknya disemadikan dengan pakaian dan darah yang masih melekat pada tubuh badan mereka.




Syahid dunia dan akhirat pula bermaksud individu berperang dalam serangan hendap memerangi musuh dan terbunuh untuk menegakkan kalimah ALLAH dengan niat ikhlas. Golongan ini tidak wajib disembahyangkan, tidak dikapankan dan jenazahnya disemadikan dengan pakaian serta darah masih melekat pada tubuh badan mereka.





Manakala yang syahid akhirat pula, mereka mati kerana bencana alam, dibunuh secara zalim, mempertahankan hak, mati kerana sakit pada bahagian perut, wanita mati ketika melahirkan anak, mati lemas, mati ketika menuntut ilmu dan sebagainya. Jenazah mereka diuruskan seperti biasa.





Bagi syahid dunia, si mati sangat bertuah kerana dia berpeluang masuk ke syurga tanpa perlu dihisab dan terlepas daripada seksaan kubur, cuma yang melambatkan proses itu adalah jika dia tidak menyelesaikan hutangnya.





Ganjaran sama menanti orang meninggal akibat syahid dunia dan akhirat walaupun mereka tidak berperang contohnya tentera Israel menembak mati rakyat Palestin, dia terus masuk syurga tanpa sebarang hisab. Dan ia berbeza dengan syahid akhirat. Syahid akhirat akan dihisab dan tidak terlepas seksaan kubur.





Nabi Muhammad SAW bersabda orang mati syahid terdapat enam keistimewaan kepadanya, diampuni dosa sejak mulai pertama darahnya keluar, dapat melihat tempatnya di syurga, terlindung daripada azab kubur, terjamin keamanan daripada malapetaka besar, dapat merasakan kemanisan Iman, dikahwinkan dengan bidadari dan diperkenankan memberi syafaat bagi 70 kerabatnya. (Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)





Firman ALLAH: “Sesungguhnya ALLAH membeli daripada orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan ALLAH (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga demikian ialah) sebagai janji benar, ditetapkan ALLAH dalam Taurat dan Injil serta al-Quran: dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada ALLAH?, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah ayat 111)









!! BANGKIT MUSLIMAH !!



Rasulullah SAW bersabda:
“sesungguhnya berpagi hari atau berpetang hari di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan segala isinya.”
Sebahagian ahlul ‘ilmi ada yang mengertikan bahawa: Barangsiapa yang berangkat pagi hari ke masjid, maka dia berada di jalan Allah; barangsiapa yang berangkat petang hari ke masjid maka dia berada di jalan Allah; barangsiapa yang mempersiapkan seorang yang akan berperang, maka dia berada di jalan Allah; dan barangsiapa yang mengucapkan kalimat yang berguna bagi kaum mujahidin, maka dia berada di jalan Allah.
Barangsiapa yang tidak mampu berjihad dengan dirinya hendaklah ia berjihad dengan hartanya. Barangsiapa yang tidak mampu berjihad dengan hartanya, hendaklah ia berjihad dengan lisannya, iaitu dengan memuji jihad dan menyebarkan pujian mati syahid di berbagai majlis pertemuan dan mencela kekafiran dan para pelakunya serta orang-orang komunis dan kaum atheis.
Barangsiapa yang tidak mampu berjihad dengan lisannya, hendaklah ia berjihad dengan hatinya, iaitu dengan melakukan niat yang baik dalam hal tersebut seraya berjihad melawan hawa nafsunya.
Pernah ditanyakan kepada Ibnu Taimiyah saat ia mendaki gunung di Damaskus: “Mengapa engkau mendaki gunung dan menuruninya?” Ia menjawab kurang lebih seperti berikut: “Aku membayangkan seakan-akan musuh menyerang kami, lalu aku bermaksud untuk mempersiapkan diri guna menghadapinya.”
Inilah yang disebut dengan bisikan hati untuk melakukan jihad.
Mereka bertanya kepada Khalid bin Walid: “Kesenangan apakah yang paling besar menurutmu?” Khalid bin Walid menjawab: 
“Demi Allah, sesungguhnya kesenangan paling besar yang aku alami adalah pada suatu malam yang kualami dalam perang Yarmuk. Saat itu aku terbangun pada malam hari dan ternyata semua pasukan tertidur dengan lelapnya kerana penat dan lelah yang mereka alami. Aku membangunkan isteriku dan kukatakan kepadanya, “Mahukah engkau menjalani suatu malam dari malam-malam syurgawi di jalan Allah?’ Isteriku menjawab, “Ya”. Kukatakan kepadanya, “Kalau begitu, bangunlah marilah kita jaga pasukan ini.” Ia pun bangun dan kami mengambil air wudhu pada malam yang dingin itu. Tiada yang mengetahui betapa dinginnya malam itu, kecuali hanya Allah, sedangkan seluruh pasukan saat itu menyelimuti diri mereka dengan kain selimutnya masing-masing. Selanjutnya aku bangkit menjaga pasukan dan langit menurunkan air hujannya kepada kami, maka aku sibuk menyelimuti tubuh sebahagian teman-temanku dengan kain selimut dan kain penutupnya masing-masing. Demi Allah, menurut penilaianku, tiada suatu malam pun yang lebih indah dan lebih menyenangkan bagiku di dunia ini, selain malam itu.” Ini sebahagian liputan yang telah dihimpun oleh Bukhari dalam kitab shahihnya.
Rasulullah SAW bersabda:
“Adakah orang-orang berjaga-jaga untuk syurga, kerana sesungguhnya syurga itu, demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman kekuasaanNya, adalah gedung yang putih, cahaya yang bertaburan, air yang mengalir dan bunga yang putih”

Sunday, 6 May 2012

:: TEGUH kan NIAT yang MURNI ::


Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .
Untuk kebaikan bersama-----> 1 SHARE utk 1 ORANG