Sunday, 8 May 2016

Buku Wake Up!




Assalamualaikum wrm wbt.

Apa khabar kengkawan dan pembaca sekalian?

Diharapkan kita semua sentiasa dalam keadaan sihat walfiat. Jap, harap sihat jasmani dan juga rohani ye! :)

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt kita masih bernafas sehingga hari ini kan, hingga bulan Mei ini.
MasyaAllah, dalam kesibukan kita dengan urusan dunia, harap kita tak lupa yang sebulan sahaja lagi 'tetamu mulia' bakal tiba.

Tetamu mulia yang saya maksudkan adalah Ramadhan Mubarak. Allahu. Mudah-mudahan bermula sekarang kita sudah merancang ibadah apa yang kita mahu tingkatkan sempena kehadiran Ramadhan.

Kalau tetamu nak datang rumah kita, punyalah kita hidang makanan sedap-sedap kan. Kemas rumah bukan main lagi. Ketibaan Hari Raya pun macam tu tetapi kehadiran Ramadhan tak pula kita sambut sebegitu.

Kenapa ek?

Jom recheck balik sebenarnya kita happy tak dengan bulan Ramadhan mulia dalam hidup kita selama ni? Kita menghargainya tak? Sedangkan kita dah tahu bulan itu hanya sekali setahun.... :)

Opss! Terlari topik dah ni. Maaf, maaf. hee.

Sebenarnya posting saya hari ini saya nak share dengan sekalian pengunjung blog saya ni. (Macam ramai jer pengunjung dia) hee.

Saya nak bagitahu, alhamdulillah dengan izin dan takdir Allah swt semalam buku WAKE UP! keluaran Nur El Hikmah Publisher telah dilancarkan di PBAKL 2016.

Alhamdulillah, syukur tak terhingga, dalam buku tersebut terdapat tulisan dhaif saya yang bertajuk 'Grab Pahala, Jom!'

Alhamdulillah, takdir Allah swt, PBAKL 2015 tahun lepas saya dijemput menghadiri pelancaran buku arwah Ammar iaitu buku Setelah Ammar Tinggalkan Kita' terbitan Karya Bestari, Karangkraf.

Tahun ini PBAKL 2016 ke pelancaran buku WAKE UP! pula. Kedua-dua buku tersebut ada sikit tulisan saya. Alhamdulillah. Mudahan para pembaca dapat manfaat darinya ya. aamiin.

Sedikit pengenalan tentang buku WAKE UP!, ini adalah buku genre motivasi kehidupan. Buku ini menggabungkan 7 orang penulis muda, antaranya adalah Aizuddin Hamid (penulis buku TAMAK PAHALA), Hazwani Helmi (adik Heliza Helmi) dan rakan-rakan penulis dari USIM dan UKM.



Haaa... nak tahu apa yang saya nukilkan dalam buku tersebut.

Jom baca petikannya!


Petikan tulisan saya, "Grab Pahala, Jom!"

📍📍📍📍📍

"Itu namanya ujian. Ujian nak beramal. Macam mana kita nak tambah amalan sunat lain kalau al-Quran pun masih rasa berat nak membacanya. Betul tak?"😊

📍📍📍📍📍

"Orang yang pandai ialah mereka yang telah terjaga sebelum meninggal dunia serta telah menyiapkan bekalan yang cukup sebelum melanjutkan perjalanan panjang di akhirat"

📍📍📍📍📍

"Bayangkan satu hari nanti, orang lain mengucapkan lafaz ini kepada kita.
Innalillahi wainna ilaihirojiun
Bersediakah kita?!😱"

📍📍📍📍📍

"Wake up lah! Sebelum kita wake up, jasad kita sudah berada dlm kubur!"


Haa tu antaranya. Saya menghasilkan tulisan diselitkan bersama kata-kata hikmah untuk mengindahkan lagi bahan bacaan insan dhaif ini.

Saya lebih memfokuskan kematian dan motivasi untuk kita 'terjah' jauh-jauh rasa malas dalam beramal dan beribadah.

Allah, saya pun bukanlah rajin tapi sekadar berkongsi mana yang boleh dikongsi. Pendek kata, dalam memotivasikan diri kita motivasikan orang lain jugak.
Haa gitulah lebih kurang ye.

Mengapa saya memilih untuk menulis tentang tu?

Sebab saya rasa tertarik nak ajak kita semua cepat-cepat grab pahala sebelum ajal menjemput!

Takut nanti dah meninggal dunia, emm tak sempat dah nak buat amalan soleh dan kumpul pahala. Sahabat-sahabat sayang, masa tu takda guna dah kita nak menyesal. Em.

Pendek kata, mula dari sekarang! Kumpul pahala! Jangan tangguh lagi!

Sesuai dengan tagline buku ini 'Kalau bukan sekarang, bila lagi?'

Jap, jap. Emm..
Jangan anggap apabila saya dan penulis lain menulis yang baik-baik, maka kami ni orang baik ya. Allahu. Kami tetap seorang manusia yang tak lepas dari melakukan dosa dan juga alpa. Kadang apa yang kami tulis adalah pengalaman hidup sendiri yang dirasakan baik untuk dikongsi dengan pembaca, Juga sebagai peringatan bersama.

Mana yang baik, kutiplah dan beramal. Mana yang buruk, lontar dan campak jejauh na. :)

Haa korang, siapa nak dapatkan buku ni cepat-cepat pi booth NUR EL HIKMAH, di dewan C booth no C1136. Esok last PBAKL tau.

Haa, sahabat-sahabat UKM nak order dengan saya pun boleh. InsyaAllah dalam masa terdekat stok sampai pada saya. :)
Boleh pm Facebook saya Umie Balqis Sanusi, atau whatsapp 019-3263293. InsyaAllah, kalau yang jauh-jauh, saya boleh poskan tapi ada cas postage ye kawan-kawan. Ngee.
InsyaAllah yang order dengan saya, akan saya selitkan kata-kata buat sekalian pembaca yang dikasihi Allah swt.

Jangan lupa dapatkan buku WAKE UP! 'Kalau bukan sekarang, bila lagi?'

Kutiplah sebanyak mungkin semangat baru dalam buku ini untuk memotivasikan diri kita yang sering dilanda taufan kemalasan dalam beramal. Bacalah. Mudahan dengan membaca buku ini Allah swt nilai sebagai salah satu usaha kita dalam memperbaiki diri menjadi hamba-Nya yang beriman. aamiin.

Mudahan selepas membaca buku ini akan 'wake up' lah jiwa-jiwa yang sedang dilanda kesedihan, kemurungan, kemalasan dan sebagainya lagi. Sama-sama kita bangkit dan mulakan langkah memperbaiki diri serta meningkatkan ibadah sunat kita ya. :)

Alhamdulillah, semua ini dari Allah swt. Saya harus malu untuk mendongak tinggi kerana saya siapa? Saya menulis dengan apa?
Dengan tangan dan jemari pemberian Allah swt.
Dengan laptop yang dibeli dari wang pemberian Allah swt.
Saya melihat pula dengan mata pemberian Allah swt.
Dan paling penting, saya dapat idea menulis kerana ILHAM kurniaan Tuhan Yang Maha Pemberi.

Maka, doakan saya supaya semakin tunduk kepada Rabb. Doakan saya. Doakan saya ya sahabat-sahabat dan saudara-saudara sekalian. Doakan juga buku kedua ini diterima Allah swt sebagai saham akhirat saya. aamiin.

"Moga semakin kau ke hadapan, semakin kau sujud pada Tuhan" -Umie Balqis Sanusi-

Hadza min fadli rabbi. Saya hanya wasilah menyampaikan dakwah peninggalan Rasulullah saw. allahumm solli ala Muhammad ya Rasulullah.

Baik, rasa sampai disini sahaja coretan saya kali ini. Jangan lupa hubungi saya untuk dapatkan buku WAKE UP! :)

Moga kalian sentiasa disayangi Allah swt. aamiin.


Assalamualaikum wrm wbt.





Ukm Bangi
080516
1232pm





Friday, 11 March 2016

Kunci ke Syurga



Bismillahirrahmanirrahim...

Kerna Dia Permataku 🌹

Beberapa hari sebelum majlis akad nikah berlangsung, seorang bapa memanggil bakal menantunya. Mereka berborak santai di petang hari.

Bapa : Betul kamu sayang anak pak cik?

Pemuda : Ya pak cik. Saya sayangkan dia.

Bapa : Kamu boleh janji dengan pak cik kamu akan jaga dia dengan baik?

Pemuda : InsyaAllah pak cik. Apabila terlafaz ijab dan qabul, Dia adalah amanah saya. Saya akan jaga dia sebaiknya.

Bapa menepuk bahu pemuda itu sambil tersenyum.

Bapa : Alhamdulillah, mudahan. Dia permata dalam hidup pak cik dan maknya. Maka jagalah dia seperti pak cik jaganya sebagai permata.

Moga dengan kamu nanti kilauan permatanya lebih terserlah. Agamanya, imannya, akhlaknya.
Terima kasih sudi terima dirinya. Terima kasih juga sudi bantu dan meneruskan penjagaan pak cik ke atasnya.

Jika pak cik dah takda, jaga dia elok-elok naa.. kerna dia permata pak cik. Berharga dalam hidup pak cik.

Pak cik percayakan kamu.

Selepas ini, kamu adalah kunci untuknya ke Syurga Allah.

Didiklah dia, sayanginya dan tuntunilah dia dengan mencontohi Rasulullah.😥


 Nukilan Jumaat Barakah :
Umie Balqis 🌹

110316

Thursday, 7 January 2016

Jom Kaya Akhirat !



Bismillahirrahmanirrahim...

Sebelum tidur, biasa memang akan tulis sesuatu di sini. (Instagram)

Sebelum berhenti mengulang kaji tadi, tetiba terfikir.

Orang takkan tahu kenapa kita begitu ketagih membuat pekerjaan atau kebaikan.

Namun Saya yakin setiap orang ada sebab dan matlamat mengapa dia berbuat sesuatu itu.

Kalau saya, mesti orang akan fikir itu memang minat saya sebab itu saya selalu menulis.

Iya tepat.

Tetapi antara sebab utama lain ialah sebab saya takut saya takde tinggalkan satu benda yang bermanfaat utk insan, selepas saya meninggal.

Hanya tulisan yang ada di Ig, Fb dan Blog menjadi harapan saya ia boleh mengalirkan pahala berterusan buat saya.

Tetapi masih rasa tak puas hati dan cukup dengan itu.

Tak cukup.

Hingga rasa benar-benar nak usaha terbitkan sesuatu tahun 2016. Nak tinggalkan sesuatu juga buat masyarakat.
Nak buat juga walau terbitkan Zine cuma.
Doakan saya. Doakan Allah bukakan jalan.

Tidaklah semua ini dilakukan melainkan memikirkan bekalan akhirat kita.

Marilah sama-sama kita fikir dan plan kerja atau kebaikan apa kita nak buat yg menghasilkan pahala kepada kita dan orang lain.

Fikirlah.

Janganlah kita jadi manusia yang miskin di akhirat kelak.
Tapi tanamlah azam nak jadi makhluk Allah swt yang KAYA disana.

Allahumma aamiin.

Letaklah ingatan tentang KEMATIAN ATAU MAUT dihadapan mata kita selalu. Baru kita rasa terkejar-kejar nak buat kebaikan.

Kadang terinspirasi juga dengan sebab saya nak buat BIDADARI SYURGA CEMBURU DENGAN SAYA.

Apapun moga Allah sentiasa dorong diri kita membuat kebaikan. Aamiin.

Moga setiap tulisan saya yang dibaca kalian, kalian dapat kutip sedikit kebaikan darinya.

Doakan saya dan kita husnul khatimah.

P/s : Tulisan ini adalah post beberapa hari lalu di Instagram.
Mudahan bermanfaat. Moleklah permulaan tahun baru ini kita merancang sesuatu. Moga dalam minda kita sentiasa plan nak buat kebaikan apa yang boleh memberi manfaat yang berterusan. Sebelum meninggal, harap kita tinggalkan sesuatu yang bernilai untuk kita di alam sana.


Ukm
070116

Monday, 28 December 2015

Hikmah Jatuh

Bismillahirrahmanirrahim...

Kadang Allah swt sengaja' jatuhkan' kita,
supaya kita pandai mengasihani orang yang pernah jatuh seperti kita.
supaya kita tak pandang hina apabila dia datang kepada kita.
supaya kita KASIHKAN mereka.
kerana kita akan sedar, kita dan mereka SAMA.
supaya kita akan doakan dia DISAYANGI ALLAH SWT JUGA.

Renungan semalam. Syukur pada-Nya. :)

Pandang ke hadapan.

Salam sebarkan kasih sayang.
<3

Saturday, 19 December 2015

Satu Perjalanan



Bismillahirrahmanirrahim...

Menaiki KTM hari ini pulang ke Gombak.
Terlintas... Hidup ini satu perjalanan.

Seperti perjalanan aku di dalam Ktm ini.

Begitu banyak destinasi harus aku singgah dan lalui.
Walau bukan itu aku mahu, aku harus lalui juga sebelum tiba di destinasiku.

Begitu juga hidup ini.

Banyak kita harus lalui. Boleh jadi ujian, kesakitan, kesempitan hidup, kepayahan mendapatkan sesuatu, kelukaan, kehilangan, dan sebagainya.

Kita harus dan wajib tempuhi semua itu. Walau jiwa meronta tak mahu.

Berapa ramai insan hari ini lemah, tersungkur, rebah, tatkala terpaksa harungi semua itu?

Ramai.

Hingga memilih jalan 'short cut'. Untuk mendapatkan kesenangan dan kebahagiaan dengan segera.

Wahai teman dan insan, pasrahkan hati dan kuatkan diri menempuhi semua itu.
Ujian kehidupan.

Jika terasa benar-benar tak mampu. Kata pada diri, "AKU ADA ALLAH"

Rasakan kewujudan-Nya disisi kita. Kuatlah dengan-Nya.

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

(Al-Baqarah : 287)

Sabarlah. Allah menjanjikan kebaikan bagi mukmin yang bersabar. Perjalanan kita di dunia adalah satu perjalanan menggapai kebahagiaan abadi di akhirat.
Mudahan sepanjang perjalanan ini kita harungi dengan iman dan taqwa. Aamiin.

Setiap kali dalam ktm dan bersendiri, terasa nak berjalan jauh dan jauh lagi. Berjalan menaiki pengangkutan awam sebegitu sambil melihat segala ciptaan Tuhan. Kemudian, merungkai dan belajar erti kehidupan disebalik semua itu. Meneroka kehidupan penuh penghambaan.



Darul Quran Jakim,
Medan tarbiyah yang sangat dirindui.
Ini juga satu perjalanan.
Satu perjalanan tarbiyah.
Terima kasih Allah.

Mudahan Allah akan tarbiyah diri ini lagi. Islah diri. Menghitung hari.



191215
0112pm
Gombak

.

Tuesday, 15 December 2015

Bingkisan Rindu

Bismillahirrahmanirrahim...

Petang tadi menerima mesej Whatsapp dari sahabat sekolah lama. Dah bergelar puan dan bakal bergelar ummi. *cepat betul masa berlalu*

"Umie, blog awak kan menanti sinar ilahi."

"Ya. Blog saya. Kenapa wak?"

"Tadi search pasal umrah, keluar blog umie. Patut ada nama umie. Umie dah g umrah ek? Bestnye!"

MasyaAllah. Dalam hati 'kalau benar dah pergi, pasti lebih banyak saya kongsi.

Tidak semena-mena malam ini air mata mengalir. Mengalir kerana rindukan tanah suci. Mengalir kerana risau tak sempat bawa mak abah ke sana. Allahurabbi...
Usai doa, saya hanya tahu satu perkara saja saya boleh buat untuk leraikan rindu ini. Pantas dicapai buku Nota Madinah berdekatan katil  dan saya membelek secara rawak helaiannya.

"Jika dosa terhapus, masa yang tinggal sangat suntuk dan impian kita mahu ke Syurga Firdausi tentu tercapai, maka perlukah kita membuat dosa-dosa baharu?
Agak ironi melihat manusia tidak mahu berfikir betapa secara hakikatnya ibadah haji dan umrah merupakan anugerah Allah swt agar manusia tidak terhumban ke neraka. Ia seolah-olah jalan pintas ke Syurga."

Allahuakbar. Bait-bait ayat ini menjadi tatapan mata ketika itu. Ayat ini menimbulkan rasa cemburu dalam jiwa! :'(

Maka bersyukurlah sesiapa berpeluang ke sana. Maka hargailah peluang yang Allah swt bentangkan. Manfaatkan ia sebaik mungkin untuk menjadi ahli syurga. Teruslah menzahirkan akhlak baik bukan sahaja sepanjang berada di sana malah setelah pulang ke tanah air. Insyaallah mudahan kekal terpilih menjadi ahli syurga dengan mempertahankan hidup tanpa dosa sebagaimana di Makkah. Aamiin.

Perasaan rindu dan harapan yang bersisa di jiwa ini hanya Dia yang memahami. Mahu ke sana bukan semata mahu melepaskan kerinduan. Mahu ke sana bersama sebuah harapan terhadap ayahanda bonda. Harapan sebelum meninggal dunia. Mohon doakan Allah luaskan dan lapangkan rezeki buat saya dan kita semua untuk ke sana.

Beberapa minggu lalu saya chatting dengan Kak Wanis atau Hikmatul Islam. Dia bagitahu abangnya, Rusydee @ Abang Bikai akan pergi menunaikan ibadah umrah bersama mak ayahnya bulan ini. (Mungkin dah pergi). Yang mengagumkan saya beliau ke sana dengan rezeki Allah swt melalui jualan bukunya Tunangku Tidak Tampan.

SubhanaAllah. Rezeki dan kuasa Allah swt kan. Luar kemampuan kita. Terinspirasi sungguh. Teringin juga nak bawa mak ayah ke sana dengan hasil usaha sendiri. Insyaallah biiznillah. Aamiin. Buat kejutan untuk mak ayah. Pasti bahagianya jiwa. Allah.

Mak angkat juga pernah pesan "Kalau balqis nak ke sana, selalulah sebut nak pergi Makkah."

Mak pesan sebegitu sebab mak pernah melaluinya sendiri. Jika jiran tetangga tanya mak nak pergi bercuti ke mana setiap tahun, mak akan jawab nak ke Makkah. Tahun itu kerap kali mak sebut sebegitu.

Tak lama kemudian, mak benar-benar direzekikan ke sana. SubhanaAllah. Itulah kuasa kata-kata ia menjadi satu doa. Sebab itu kita disarankan berkata yang baik-baik saja. Allah swt Maha Berkuasa atas segala, maka kita juga harus doa. Minta dan minta sentiasa. Allah swt akan beri kalau kita bersungguh-sungguh mahukannya.

ما طلب لك شيئ مثل الضطرار ولا أسرع بالمواهب اليك مثل الذلة والافتقار

"Tidak  ada yang menyegerakan (terkabulnya doa) kecuali saat terdesak, dan tidak ada yang  dapat mempercepat tibanya pemberian Allah kepadamu kecuali rasa rendah diri serta sikap memerlukan."
(Kitab Hikam, 117)

Rasanya sampai disini sahaja coretan berisikan kerinduan pada Tanah Suci Makkah. Mudahan impian kita semua nak ke sana Allah kabulkan sebelum meninggal dunia. Allahumma aamiin.



Ukm
0950 pm
151215

Friday, 6 November 2015

Hebatnya Hidup Bertuhan!



Bismillahirrahmanirrahim...

Hati terasa mahu dibelai oleh ayat suci Al-Quran. Selesai membaca, saya membelek mana-mana muka surat dan membaca tafsirnya.  Hingga ditemukan dengan ayat yang boleh memujuk jiwa. Saya tahu, Allah akan bantu saya. Terus mencari dan membaca.

Halaman surah Al-An'am diselak. Tafsir ayat dibaca bermula dari ayat 133. Tiba di tafsir ayat ke 134, alhamdulillah terasa terpujuk akhirnya.

"Sesungguhnya apa pun yang dijanjikan kepadamu pasti datang dan kamu tidak mampu menolaknya."

MasyaAllah. Allahuakbar. Maha Suci Allah yang mengetahui segala di dalam hati hambanya. Mengetahui segala rasa di jiwa hambanya. Mengetahui hambanya sedang bersabar menempuh ujian dunia yang tidak pernah terduga. Mengetahui hambanya mahu dipujuk oleh ayat suciNya.

Sejurus membaca ayat itu, jiwa terasa lapang. Kekusutan terasa terlerai semua.

Iya. Allah swt sendiri sudah berkata, apapun yang telah dijanjikan kepada kita pasti akan datang kepada kita. Dan ketika itu kita tiada kuasa menolaknya. Melainkan harus menerimanya dengan redha. Harunginya!

Sesukar, seperit, seberat dan sesedih manapun cabaran kehidupan yang terpaksa kita depani, sabarkan hati. Redhakan diri. Pasakkan keyakinan semuanya akan berakhir jua. Semuanya akan berlalu pergi selepas ini. Yang penting kita beranikan diri melaluinya. Jangan pula kita melarikan diri. Ini kerana setiap kita telah dijanjikan ujian tersendiri. Yakin pada Allah swt.

Teringat antara nasihat  pensyarah saya beberapa minggu lepas, Ust Salasiah dalam kuliah Pembangunan Islam dan Perubahan Sosiobudaya.

 "Satu masa nanti kamu sendiri tidak akan percaya kamu dah berjaya lalui pelbagai ujian dan masalah. Padahal semasa dapat ujian tu kamu rasa ujian tu beratnya bagi kamu. Tetapi kamu dah berjaya laluinya hingga hari ini kamu dah bahagia dengan kehidupan baru."

Setuju sangat dengan ustazah. Suatu masa nanti kita akan bersyukur kerana kita dah berjaya harungi banyak masalah besar dalam kehidupan kita. Hebatkan. Yakin pada Allah swt. Selagi kita beriman padaNya, yakin akan kekuasaan serta janjiNya, pasti kita akan tabah dan sabar sentiasa. Kita tahu Allah akan bantu!

Sapulah airmatamu duhai sekalian teman yang sedang diuji. Jika terasa amat berat bebanan ujian itu, bangkitlah di sepertiga malam.

Di sujudmu, mengadu dan cerita satu persatu apa yang ada dikalbumu. Ceritalah dan luahlah pada Allah swt sehingga diri menangis teresak-esak. Rendahkan diri dan akui kelemahan diri kita. Bahawa kita tak kuat mengharungi ujian berat tanpa bantuanNya.

"Sedarilah akan sifat-sifat (kekurangan mu) nescaya Allah akan membantumu dengan kesempurnaan sifatNya. Akuilah kehinaan dirimu di hadapan Allah, nescaya Allah akan membantumu dengan kemuliaan-Nya.

Akuilah semua ketidakberdayaan mu, nescaya Allah akan membantumu dengan kekuasaan-Nya. Dan akuilah kelemahanmu, nescaya Allah akan membantumu dengan kekuatan-Nya."
(Kitab Al-Hikam 154 : Akuilah Kelemahan dan Kehinaan Dirimu, Nescaya Allah akan Membantumu)

Kemudian bangkitlah. Jika masih belum puas meluah, sambungnya lagi dalam doa pula. Lepaskan semua! Ketika itu tiada siapa tahu kita sedang menangis melainkan hanya kita dan Dia Yang Maha Mendengar dan Tuhan yang tidak pernah tidur.

Dia sedang melihat kita bersujud mengadu padaNya. Dan tahukah apa yang membuatkan Allah terasa malu pada kita?

Allah akan malu pada kita apabila Dia melihat kita berdoa dan meminta tetapi Dia tidak mengabulkannya, maka senyumlah sayang! :) Lambat cepat saja bezanya.
subhanaAllah.

Maka sabarkan diri dan jiwa ya. Semua akan berlalu. Mudahan kesabaran kita menempuhi ujian kehidupan menjadi asbab kita semakin dekat dan bertaqwa pada Allah swt. Berpeganglah selalu dengan Al-Quran kerana ia penuh dengan rahmat Allah swt.

"Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman." Yunus-57.

Saya mendoakan kita semua dikurniakan jiwa yang tabah dan sabar.  Allahumma aamiin.

~ ~ ~

Sedikit perkongsian kisah saya dan dia. Antara salah satu kehebatan hidup bertuhan.

Usai solat, saya membuka Whatsapp. Menunggu seketika hingga kesemua mesej baru Whatsapp masuk. Bertalu-talu mesej dari pelbagai Group Whatsapp masuk disusuli mesej persendirian. Antaranya mesej dari sahabat kesayangan di bumi Anbiya' sana, Sue (bukan nama sebenar).

"Eh, Sue mesejlah. Sue mesej apa ya?" Kata hati saya dan berasa teruja mahu membaca mesej dari dia.

Dia hanya menghantar icon berbentuk love merah. Semestinya kalian tahu, sebesar manakah icon itu. Hee.

Dengan terujanya saya membalas mesej itu dengan icon yang sama juga bunga mawar merah.

Saya teruja menerima mesej darinya kerana sememangnya diri ini ada mengingati dirinya semalam. Cuma saya tidak memberi mesej padanya.

Hari ini selesai bertemu pensyarah di fakulti, saya sekali lagi membuka Whatspp. Dia membalas mesej saya sebelum ini. "Doakan kita terus sabar dan senyum kat sini." Bersama emoticon love.

SubhanaAllah. Membaca sebaris ayat itu terasa ia menyentak masuk di jiwa saya. Kebetulan sama dengan dirinya.

SubhanaAllah! Hebatnya Ya Rabbi tautan hati kami ini.

Walhal saya cuma teringatkan dia sepintas lalu. Tetapi Allah gerakkan hatinya untuk menghantar mesej sedemikian kepada saya.

Entah sudah ke berapa kali seperti ini. Sungguh kuat tautan hati kami walaupun terpisah dua negara. Jika kita kasih dan menyayangi dengan ikhlas, jarak jauh bukan alasan untuk terus mengasihi. :) Juga mentautkan hati. Terima kasih Rabbi.

Pendek kata satu hati disana berduka, hati disini turut merasainya. Biarpun tak pernah saling berkongsi kedukaan itu secara depan dan terangan. Sense dua jiwa itu amat kuat.

Membaca ayat itu sudah saya ketahui pasti dia sedang diuji Allah swt dan dalam kesedihan. Lalu saya menghubunginya. Kali pertama, tak berangkat. Begitu jua kali kedua.

Akhirnya dia menghubungi saya semula.

MasyaAllah. Di hujung talian kedengaran suaranya serak-serak basah. Sepertinya dia sedang menahan sebak.

Perasaan ketika itu, usah dikata. Pastilah membuatkan  jiwa ini mahu memeluk dirinya! Namun, mustahil. Dia tiada di depan mata. Dia amat jauh disana! :'(

Lama kami saling memberi nasihat dan kongsi apa yang pernah terlintas di minda. Biarpun tidak berkongsi masalah masing-masing.

"SUE, nak tahu tak. Macam semalam kan, kita tetiba terfikir dunia ini menyakitkan, kan? Teringat Rasulullah saw yang selalu diuji. Ujian baginda lagi berat dan hebat kot dari kita ni. Mesti baginda terasa tak sabar dan rindu nak masuk syurga kan apabila diuji begini di dunia."

"Eh samalah kita! Kita pun ada terfikir sebegitu. Nasib baik juga kita hidup ni bertuhan kan. Inilah kekuatan kita untuk menempuh ujian. Kalau mereka yang tidak percayakan tuhan kan mesti dah bunuh diri dan lemah."

"Sue. Ish, sama lagi kita ni. Hee. Betul. Mereka yang tidak percayakan Tuhan mesti dah ambil jalan mudah apabila ditimpa ujian hingga memilih jalan membunuh diri."

SubhanaAllah. Rindu! Sungguh rindu nak berdua dengannya dan saling berkongsi nasihat mengagungkan dan mengingatkan tentang Allah swt. Seperti itu!

"Ni buat kita tak sabar ni." Luah dia di hujung talian.

Saya gelak kecil. "Haa tahu tak apa. Cepatlah balik. Tak sabar nak jumpa!"

Ya. Apabila kita serahkan Allah jagakan sahabat atau insan kesayangan kita nun jauh disana, setiap detikan hati kita atau dia, samada sedang mengingati, merindui atau sedang berduka, pasti jiwa satu lagi turut merasa. Hebatkan kuasa Allah. Jauh macam mana pun, saling dapat merasa. Malah semakin kasih dan cinta. SubhanaAllah. :)

Marilah kita sama-sama merasai kehebatan hidup bertuhankan Allah Yang Maha Agung.

Salam Sayang :)

Ukm
Jumaat Barakah
061115