Friday 25 March 2011

BERSYUKUR DENGAN APA YANG SAYA MILIKI

ASsalamualaikum..
Beberapa hari lalu saya telah mendapat kputusan sPM2010. saya kecewa kerana impaian saya untuk menggembirakan hati kedua ibu bapa saya tidak tercapai.. sebelum result keluar saya telah berniat saya nak sangat ulangi kejayaan saya masa di tingakatan dua,saya telah mencapai 9A 1B dlm PENILAIAN MENENGAH RENDAH UGAMA[PMRU].Alhamdulilah tika itu saya turut mendapat A bg matapelajaran BAHASA INGGERIS. nmun impian saya itu tidak tercapai pada tahun ini.Namun saya tetap bersyukur kerna memperolehi A+ bg BAHASA MELAYU,dan gred B bg BAHASA INGGERIS.
 
Walaupun cuma itu yang mampu saya capai saya tetap berpuas hati.Selain itu,saya turut bersyukur kerna pada pagi sebelum result keluar,saya telah mendengar kata kata motivasi DATO' FADZILAH KAMSAH.Katanya" Jgn bersedih dengan keputusan yang kita dapat,kerana itu adalah keputusan yang TERbaik untuk kehidupan kita,yg telah di tenTUkan oleh ALLAH SWT." Mungkin kata kata inulah yang membuat saya tidak terlalu banyak menangis,menbuat saya lebih tabah dan paling penting membuat saya dapat menerima suratan takdir buat saya.

Hari ini,saya cuba merenung segalanya yang saya lalui sepanjang tahun lepas.Ya,saya akui begitu banyak dugaan yang melanda dalam kehidupan saya.Banyak juga perkara yang membuat saya kecewa pada hari ini,kerana saya tidak mengikut langkah rakan saya seratus peratus. Lihatlah hari ini,dia mampu tersenyum bahagia di samping kedua ibu bapanay kerna dia telah mencapai 8A 1B dlm SPM 2010.

Tahun lepas dia tidak pernah kedekut ilmu terhadap kawan kawan2,dia juga sentiasa memberi semangat kat saya atau membetulkan mana yang salah.saya amat menyesal kini kerana tidak mengikut langkahnya 100%.mungkin selepas ini dia akan terus melanjutkan pelajaran di IPTA.namun saya?? mungkin akan teruskan dengan SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA[STAM].

INsyaALLAH..pada tahun ini saya akan cuba ubah diri saya.Saya akan cuba agar saya akan memliki apa yang ingin saya capai,iaitu ingin membuat ibu bapa saya tersenyum dengan kejayaan saya.Saya ingin menjadi seperti sahabat saya yang tidak pernah luntur semangat di sanubarinya,NOORLINI.Saya juga akan cuba kikis segala sikap atau perkara yang tidak patut ada dalam diri seornag yang ingin berjaya!!

Saya juga tidak akan miss untuk terus jadikan iMOTIVASI sebagai panduan,pembantu dan pemulih semangat saya.DOakan saya dalam mengharungi kehidupan yang seterusnya.

sekian sahaja kalam untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment