Thursday 31 March 2011

inikah balasan buat si kecil yg tidak berdosa..?

semalam..di saat daku sedang asyik mencari gambar gambar menarik,salah satu gambar yg ku temui adalah gambar seorang bayi ini.Daku benar benar terkejut tika melihat gambar ngeri ini.terus beristighfar di dlm hati.

YA ALLAH,apakah dosa anak kecil ini sehingga dirinya diperlakukan sebegini rupa.??sungguh kejam ! diman perginya kedua belah tangan si kecil ini?? mengapa mereka tidak di beri peluang untuk melihat dunia ini?? mengapa?apa salah mereka? bukan mereka yg patut menerima hukuman sebegini tetapi insan yang melahirkan mereka.seharusnya melalui kesakitan seperti ini.

Ya ALLAH, makin hari, makin meningkat jumlah anak luar nikah.benarlah kata ustazah, pemuda pemudi zaman kini makin TERUK! tidak pernahkah terlintas di fikiran mereka walau seminit cuma akan balasan yg sedang menanti mereka di akhirat kelak??

YA ALLAH, tahun ini pelbagai bencana melanda dunia,apakah ini juga petanda kiamat kian hampir dengan kami semua??satu demi satu bencana mhancurkan dunia..dan aku berharap bumi Malaysia tidak akan di turunkan bencana yg sungguh dahsyat seperti di Bumi Jepun.

YA ALLAH, hanya kepada Engkau tempatku meminta.justeru,aku merayu padamu,lindungilah aku,ahli ahli keluargaku,guru guru ku,teman temanku,dan seluruh umat ISLAM,dalam mengharungi segala godaan dunia yang hebat ini! lindungilah kami YA RABBI! hanya kepada Engkau tempat kami berlindung kerna ENgkaulah tuhan YANG MAHA BERKUASa di alam semesta ini.

semoga kami sentiasa di bawah payungan MU walau di mana kami berada..AMIN YA RABBAL ALAMIN..

No comments:

Post a Comment