Saturday 9 April 2011

ALHAMDULILLAH..

ASSALAMUALAIKUM w

sudah banyak hari tidak update blog ini.sebenarnya hari ini ana baru pulang dari WISMA MADU,kat MACHANG.ana berada di sana selama 4hari dan 3malam.ana bersyukur sangat kerana tahun ini di berpeluang menyertai KEM KENEGARAAN disana anjuran YAYAAN ISLAM KELANTAN.

Petang ini ana ingin kongsikan kegembiraan ana.pada 8.4.2011 ,semakan temuduga kemasukan ke Darul quran telah boleh dilakukan.Hari ini,semasa masih berada di Machang,seorang sahabat ana telah mengatakan yang dia telah terpilih untuk temuduga itu. hati ku turut bergembira dengan berita itu.harapan ana cuma satu tika itu,moga diri ini turut terpilih.

Sejurus tiba di rumah,dan berbual sedikit bersama ummi tercinta sambil melepaskan kepenatan.ana menghadap laptop kecil molek kesayangan.kawan ana telah bertanya tentang temuduga itu,dia turut menyuruh ana menyemaknya.tanpa berlengah masa,ana terus search darul quran di laman google.

Ana terus klik pada tempat yang di arahkan.kemudian ana perlu memasukkan ID anaketika itu ana ditemani ummi tersayang di sisi.ana sangat terkejut apabila terkeluar statement ini ''MAAF,ANDA TIDAK TERPILIH UNTUK TEMUDUGA DARUL QURAN".

Tanpa sedar mutiara mutiara mengalir di pipi ini.membasahi wajah ana .saat itu terbayang wajah kegembiraan sahabat ana semasa mengatakan bahawa dia terpilih untuk sesi temuduga.Laju sekali airmata ana ini mencurah ke Bumi.hanya TUHAN yang mengetahui perasaan kecewa dan sedih diri ana.

Tika itu juga berlegar legar di minda ana,mungkin di sebabkan kesilapan ana dalam mengisi borang permohonan Darul Quran yang menyebabkan ana tidak terpilih untuk sesi itu.tika itu Qalbi sangat kecewa.di hadapan ummi dan akhi(abang ana) ana menangis.ana tidak memikirkan mereka lagi.biarlah ia mengalir .

ana terus memberitahu kepada kawan yang bertanya ana di laman facebook.

Namun nasib baik ummi ana ada di sisi ketika itu.Ummi bertanya "bila pula boleh mohon lagi?"dalam kesedihan ana menjawab,dah tak ada dah".kemudian,ummi menyuruh ana semak lagi sekali.

Tanpa banyak soal ana terus menekan LOGIN PEMOHON.

Ana macam tidak percaya!! apakah benar apa yang ana lihat ini??benarkah YA RABBI?

Statement ini yang keluar."TAHNIAH,ANDA TERPILIH UNTUK MENGHADIRI TEMUDUGA DARUL QURAN 2011/2014."

YA ALLAH! ana benar benar tidak menduga semua itu kan terjadi.tidak percaya!namun apabila melihat telah terpampang nama penuh ana di hadapan mata kurniaan ILAHI ini, senyuman yang teramat manis telah terukir indah di bibir ciptaan NYA ini.

Ana terus menyuarakan keinginan ana ke sana kepada ummi.Ana benar benar gembira.Benarlah,ini baru sahaja berita tentang temuduga,tetapi ana amat berharap ana layak untuk menjejakkan kaki  dan menimba ilmu dunia wa akhirat di sana nanti.AMIN~doakan ana ya.

Di sebabkan itulah ana ingin melafazkan ucapan ini buat DIA YANG MAHA MENGETAHUI,
ALHAMDULILLAH YA TUHAN KU...

2 comments:

  1. tahniah enti..

    dq mmg bagus.. smga bjya di sana..

    jgn lupa follow ana balik ye. syukran.

    http://syamilahmawaddahazha.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. syukran ukhti..:) doakan ana smoga bjaya dlm intervw nt ye..khmis nt je lg...syukran2~

    ReplyDelete