Monday 11 February 2013

Analogi : Kupas bawang vs Dakwah



Analogi kupas bawang vs dakwah : :)

InsyaAllah hari ini nak kongsi sikit apa yang terlintas di fikiran ana.

Tadi ummi minta kupaskan bawang merah, banyak sangat, sebab untuk tempahan makan maulidur rasul.
jadi seperti selalu, ana pakai earphone then mulakan tugasan! ;D
mulanya pasang lagu balqis, then disusuli dengan zikir-zikir. banyak pula zikir berbanding nasyid. so ikut sama berzikir, dgn harapan bawang2 merah tu diberkati Allah swt. hehe.

Tapi... pada masa yg sama otak ligat berfikir.
apa yang boleh diambil daripada situasi kupas bawang ini?
jadi ana renung bawang tu .. ana tengok, step by step cara ana kupas bawang merah.

pertama : ada pisau, plastik utk diletakkan kulit bawang, ada bekas utk letakkan bawang yg siap dikupas.

kedua : badan bawang dihiris sedikit di tengah utk memudahkan lagi kerja mengupas kulitnya.

ketiga : kulit luaran dikupas,

keempat : barulah kulit lapisan kedua dikupas dan bawang kelihatan cantik. tiada serabut lagi.;)

                                        so sbenarnya ana nak kaitkan dgn dakwah!


pertama : pisau diganti dgn senjata kita nak berdakwah iaitu, persiapan ilmu, rohani dan akhlak atau peribadi kita.

kedua : apabila kita ready utk berdakwah, (hiris sedikit) bmaksud kita lihat pd mad'u itu apa yg dia suka dan tidak sukai. kita selami dirinya, sbb bila dah 'masuk' dgn dirinya barulah mudah nak beri bius dakwah. ;D

ketiga : (kulit luaran) bmaksud kita mulakan perbaiki luarannya dahulu, mcm pemakaian dirinya, cara makan dgn bismillah, atau apa2 lagi yg kita nampak pada dirinya harus diperbaiki.

keempat : barulah mula memperbaiki dalamannya seperti mendidik hatinya! :) supaya lebih mengenali Allah swt, Rasulullah saw, lebih memahami erti iman, taqwa dan sebagainya lagi.

then... insyaAllah mad'u itu akan kelihatan cantik, handsome, comel dan suci dgn basuhan murni ISLAM yang asli. bukan sekadar Islam pd nama lagi. tapi meliputi rohani dan hatinya! insyaAllah.

: harap maaf jika ada kesilapan, ini hanya pemikiran ana utk perkongsian bersama.:: :)

2 comments:

  1. Sepatutny harus baiki dalamnnya dulu..akidah dan pegangannya and than baru boleh baiki luaran contohnya pemakaian tudung..diye kene tahu dulu sebab dan musababnya pakai tudung...

    ReplyDelete
  2. syukran kathera atas pkongsian saudara/ri. ya. saya akui benar juga apa yang saudara/ri katakan. :) bagaimanapun, terdapat juga segelintir yang mula bertudung dahulu(disebabkan suatu kjdian), kmudin barulah dia mula menambah input akidah dalam dirinya. sy pernah menemuinya. apapun, sangat benar juga yg saudara/ri katakan. mabruk! :) syukran :) mana salah sama2 kita saling mbetulkannya :)

    ReplyDelete