Monday 26 December 2016

LETS HIJRAH 2017!



Bismillahirrahmanirrahim…

Dengan kasih dan sayang saya menulis kembali di lama kesayangan.

Dah lama tak update blog saya ni. Iya, saya memang sayang blog ni sebab disinilah bermula saya menulis dengan konsisten satu masa dahulu. Bayangkanlah dari zaman sekolah menengah hingga sekarang usia 20-an, blog inilah medan saya menulis dan berkongsi.

Sangka saya dah setahun tak update rupanya tak sampai setahun lagi, sebab rasa macam dah lama sangat tak buka blog. Nasib baik rindu kepada blog datang bertandang, kalau tak, rasanya sampai tahun depan lah terbengkalai blog ni. Hehe. Bukan saya tak menulis dah, menulis aje tapi di Facebook dan Instagram.
Hari ni saya nak share pasal persiapan membuat azam baru. Iyalah, lagi seminggu kan kita nak masuk 2017. Cepatnya alahai, tahun depan umur saya dah 2… tet tet. Biarlah rahsia hee.
Okay straight to the point ya. Siapa kat sini ada berhasrat 2017 adalah tahun untuk aku ubah diri aku jadi LEBIH BAIK dari 2016? Haa, angkat jari telunjuk cepat. Ngeh3.

Saya tahu ramai antara kita nak sangat berubah kan, tambah-tambah kalau kita mula sedar kesilapan diri kita selama ini, apabila kita dah sedar kita hanya ‘hidup’ sekadar memenuhi keperluan hidup di dunia semata. Kita hidup dengan sibuk mencari harta, kekayaan dan kebahagiaan dunia. Akhirat tak FIKIR langsung. Astaghfirullah.
Baguslah dan tahniah kalau ada hasrat macamtu, tahniah sebab dah mula fikir tentang akhirat. Itu tandanya apa?

Tanda Allah sayang kita, yeah betul! Tanda Dia masih pedulikan kita walaupun kita pernah abaikan Dia. See, Dia Maha Penyayang kan? Lafaz syukur hamdalah kerana Allah telah sedarkan kita kepentingan akhirat sebelum tiba ajal kita. Alhamdulillah.
Jom kita reset azam baru sekarang juga.

Untuk uji adakah kita sekarang berada di landasan betul ke tak, cer tanya kat diri hangpa sat.

“Apa yang penting dalam hidup kita setiap hari dan setiap saat? Hari-hari apa yang selalu kita fikirkan atau risaukan?”

Kalau setiap saat kita fikir soal dunia macam harta, wang ringgit, bisnes yang lingkup, berfoya-foya, bermakna fokus kita adalah dunia sahaja. Bersedihlah kalau kita ada ciri-ciri itu.
Kalau jawapan awak, Allah, risau dosa dan hari kiamat, haa proud with you!Tahniah, awak di landasan yang betul sekarang ni.

1. NIAT

Hadis pertama dalam 40 hadis Imam Nawawi menyebutkan soal niat, disitu kita dapat tahulah kan betapa pentingnya niat sebelum melakukan apa-apa perkara. Sebabnya apa yang kita lakukan tu nanti, bergantung pada niat kita. Kalau niat baik, jadi pahala yang kita dapat nanti. Kalau niat dah buruk, alahai rugi sajalah jawabnya. Lagi parah kalau dapat azab di akhirat nanti. Minta jauh.

Jadi tanamlah NIAT buat sesuatu kerana Allah swt. Sekarang kita nak berubah kan, so pasang dalam hati aku nak berubah ni kerana Mu wahai Allah. Aku serius, aku bersungguh nak ubah hidup aku. Cukuplah ya Allah aku hidup dalam kelalaian selama ini, aku nak dekat dengan-Mu. Itu contohnya la, nanti awak luahlah sepenuh hati awak kat Dia kenapa awak nak berubah sebenarnya ni.

Bila rasa niat kita macam dah terpesong tu, cepat-cepat ‘renew’ niat kita. Dalam Islam juga memang menyarankan kita perbaharui niat sebelum, semasa dan selepas. J
Pasaipa?

Supaya tak sia-sialah apa yang kita lakukan tu. Kalau niat terpesong, kita dapat pahala lagi ke? Hmm..


2. JELAS MATLAMAT

Haa, sebelum letak matlamat make sure kita faham tau kenapa kita nak berubah?
Sebab kalau ada kefahaman, barulah kita tahu apa langkah kena buat nak mengikis sifat buruk kita itu.

Selepas itu, barulah kita set SEJELAS-JELASNYA matlamat kita apa di pengakhiran semua ni.

Opkos lah syurga kan? Ke nak masuk neraka nanti? Tak kan. Tapi sebelum nak dapat syurga tu mestilah kita kena kutip banyak benda lain lagi di dunia ni.
Apakah tu?!

Itulah dia keampunan Allah, rahmat Allah swt dan redha-Nya. Iya dak. Kalau Allah tak ampunkan kita lagi, acane kita nak masuk syurga Dia nanti?

Opkos Allah tak kasi kita masuk tempat terlajak indah tu kalau masih ada dosa bertenggek dekat jasad kita. Allah. :’(

Macamtu juga dengan rahmat Allah, kalau Allah kasih kat kita, barulah kita dapat masuk syurga tau. Kalau tak, memang nampak api membara la nanti. Ya Rabbi, minta jauhhh. Takut!


3. START!

Mulakan sekarang! Tak perlu nak dengar wisel baru nak berlari macam pelumba lari. Tapi kita terus je ‘berlari’ sambil tanggalkan dan lontarkan jejauh segala keburukan dan kesilapan diri kita. Biar semua tu tercampak dan tertinggal di belakang sana. Yang penting kita semakin maju ke depan dengan diri yang baru, diri yang lebih baik. insyaallah.

REMINDER! Jangan pernah toleh belakang lagi bila dah berlari ke depan. Ingat, kalau tak saya cubit dan tarik telinga hang sampai merah. Haha.

Kalau masih teragak-agak, ingat satu jela, orang yang teragak-agak mesti lambat sampai ke destinasi. Orang yang berani mesti laju dan cepat sampai sebab dia yakin dah apa dia nak! Orang yang teragak-agak ni, lari sikit duk toleh-toleh belakang. Asyik toleh belakang, kang jatuh longkang busuk baru tau. So just straight forward okay. Berlari tanpa henti.

Tapi jangan terlalu mendesak diri sampai dalam satu masa semua kita nak ubah. Nak berubah atau proses pemulihan ni memang perlu slow-slow dan beransur-ansur.
Allah swt sendiri nak ubah masyarakat Jahiliah, menurunkan ayat al-Quran pasal arak secara beransur-ansur kepada diorang. Allah turunkan ayat untuk bagi kefahaman dulu kat depa pasal kenapa arak ni haram dan kenapa bahaya arak ni. Sebab pa?
Sebab kalau Allah turunkan secara drastik arak tu haram, rasa ada yang nak ikut? Mesti tak kan.  

Macam tu juga la kita nak berubah, mula secara berperingkat. Bila dah berjaya ubah satu benda kecil dalam hidup, baru ubah yang lain pula ya. J



4. EVERYTHING NEW

Yup, bila kita dah tinggal benda lama, of course lah semua akan jadi baru. Wah, awak dalam dunia baru nanti. Tahniahhh, dunia baru penuh kebaikan tuu. Siapa tak mau kan, hanya orang yang jelas matlamat dia aje akan suka giler dengan dunia baru dia, dunia yang Allah cintai dan sukai. Tahniah awak pilih jalan ni.

Saya yakin awak akan tenang dan rasa bahagia je bila berada dalam situasi ni nanti. Sebab apa? Sebab awak akan banyak ingat Allah swt. J

Firman Allah dalam surah Ar-Ra’d ayat 28 :

Maksudnya : “Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenteram.”

Masa tu, janganlah janggal bergaul dengan rakan-rakan baru dan suasana baru. Takpa segan awal-awal tu, biasalah kan. Awak redah aje, usah peduli apa orang belakang awak duk mengata. Kalau depa sibuk-sibuk jugak, cakap cenggini kat depa.

“Meh nak stepler mulut hang, tak habis-habis duk mengutuk orang.” Hihi, gurau saja.

Kalau ada orang sekeliling kita tengah berubah nak jadi baik, kita support lah dia, awak-awak. Jangan jatuhkan dia, dia kan nak buat benda baik. Dan nanti mana tau awak pula ikut jejak dia. Aamin. J


5. SADO

Okay, sekarang seriuslah saya bangga dengan awak kalau dah berjaya duk dalam dunia baru ni. Dunia penuh keimanan, ketaqwaan, kebaikan dan kasih sayang Allah swt.

Haa, masa ni saya nak pesan ni awak kena SADO tau, sado iman dan hati. Awak faham dah kan, mesti akan ada aje ‘sekelompok makhluk’ yang tak suka bila kita berubah ni. So tak mustahil akan ada yang cuba nak jatuhkan kita tapi jangan risau. Kalau awak kuat berpegang dengan Allah, kuat hubungan dengan Dia, gerenti awak tak mudah ter’peleot’ dengan semua ujian macam tu.  Selalu jugaklah duduk dengan orang baik-baik. Mudahan mereka boleh bantu kita juga.

Sabar dan kuat tau. Jangan mudah terpengaruh, ingat satu ja aku ada Allah, aku nak redha Allah, aku nak syurga Allah, aku tak nak jadi bahan bakar dalam neraka, aku nak mati dalam kebaikan, jadi aku kena istiqamah di landasan ni. Aku tak boleh goyah! 

Doa selalu dengan Allah swt tau, sekecil apapun masalah awak, doa dan doa kat Dia. Ikat hati supaya sentiasa connect dengan Dia. Manusia tanpa pertolongan Allah memang tak mampu nak melawan segala godaan dan dugaan. Jadi mohon kepada-Nya ya.

Firman Allah swt dalam surah Fussilat ayat 36 :

Maksudnya : “Dan jika syaitan mengganggumu dengan sesuatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah..”

Orang yang benar-benar insaf, dia akan bersungguh-sungguh untuk baiki dirinya. InsyaAllah.

Okay, saya akan mendoakan awak kekal dan istiqamah di jalan ni. Tahniah dan syabas berjaya berusaha untuk perbaiki diri. Ingatlah Allah swt sentiasa bersama kita, so tak mau lemah dan berputus asa. Semoga kuat selalu. Didoakan 2017 banyak memberi kebaikan dalam hidup dan kita semua dapat bertemu lagi di syurga kelak. Aamiin. J

“Manusia jika diberi peluang untuk berubah, mereka akan berubah. Naluri kebaikan sudah ada dalam diri.” Dr Fariza Md Sham, pensyarah Psikologi Dakwah.


Sekian coretan kasih sayang dari CikRose. =)


Assalamualaikum!


2601216
Bangi
1049 am

No comments:

Post a Comment