Saturday 31 December 2016

Padamu Ku Luah, ayah.



Bismillahirrahmanirrahim...

Ada kawan cakap "bestnya dapat share cerita pasal hati dengan ayah."

"Berani ek kongsi cerita macam tu kat ayah."

Ni antara respon dari kawan apabila saya bagitau saya akan share berkenaan apa-apa masalah, termasuk bab hati & perasaan kat ayah saya.
Bila kawan respon macamtu saya mesti tersenyum. ๐Ÿ˜Š

Sebenarnya dulu saya tak macamtu pun. Mana beranii nak share masalah macamtu dekat ayah melainkan mak.

Tapi atas satu takdir Allah, sesuatu terjadi dalam hidup saya zaman dulu
,disitulah saya mula menangis di bahu ayah.๐Ÿ˜๐Ÿ˜Š

Dan sampailah sekarang masalah besar especially soal masa hadapan saya akan kongsi dengan ayah.
Apabila down, rasa tak kuat, rasa nak nangis, rasa nak luahkan sesuatu, memang saya akan call ayah.

Pernah la satu masa tu, memang 'tak betul' dah rasa. Serba tak kena, rasa nak nangis entah apa-apa malam tu.

Dan saya nampak ayah je tempat nak luah. Saya call banyak kali tak berjawab malam tu. Last sekali termenangis dekat kawan. Masa tu rasanya sebaab stress. Pertengahan sem kan.

Tapi tapi... saya tetap tak rasa puas. Saya tahu sebabnya adalah sebab saya tak luah kat ayah lagi.๐Ÿ˜ข
Selepas dapat luahkan segala perasaan yang mengganggu kat ayah barulah lega.

Ujian dulu buat saya lebih rapat dengan ayah, akan meluah & menangis padanya.๐Ÿ˜Š

Sejak tu saya bersyukur sangat ujian tu Allah timpakan kat saya sebab saya dah nampak hikmahnya dalam hidup saya di masa sekarang.

See, baik kan Allah. Masa dulu memang pahit tapi manis di masa sekarang.๐Ÿ’Husnu zhon selalu pada Allah.

Sebenarnya anak perempuan elok rapat ayah sebab bila dewasa dia akan jadi wanita yang mudah berdikari, berani.

Dan bila banyak kongsi dengan ayah jugak, kita dapat dengar special advice dari seorang lelaki yang telah matang.

Tambah-tambah ayah kita kan dah banyak pengalaman. Mestii banyak sangat nasihat berguna untuk kita yang baru nak kenaii dunia ni haa๐Ÿ˜Š

Lastly saya nak share satu statement ni.

"Keprihatinan ayah apabila melibatkan keselamatan dan keselesaan anak perempuannya memang boleh dikatakan agak 'keterlaluan' tetapi sebenarnya dia hanya ingin anak perempuannya sentiasa dalam keadaan selamat dan selesa"

"Ayah adalah lelaki pertama yang bertakhta di hati setiap anak perempuan. Anak mengenali karektor dan sikap seorang lelaki daripada ayah sebab itu seorang ayah seboleh mungkin cuba menonjolkan dirinya sebagai lelaki yang gentlemen, pelindung, prihatin, penyayang dan tegas.

Bahkan sebagai ayah, anda perlulah menerapkan aspek ketegasan kepada anak-anak dalam membantu pembentukan keperibadian anak. Walaupun kadang kala ada anak yang kurang suka dengan ketegasan namun lama-kelamaan mereka terbiasa dengan karektor ayah dan membantu mereka menjadi anak perempuan yang lebih yakin dan pandai menjaga diri.

Tetapi percayalah, seorang ayah akan lebih mudah berasa kasihan jika anak perempuannya ditimpa masalah. Malah dialah yang lebih memberi keyakinan dan semangat kepada anak dengan caranya yang tersendiri.

Walaupun secara fizikal, ayah lebih garang dan tegas namun kasih sayangnya tidak pernah berkurangan untuk si anak gadis. Hanya ayah sahaja akan menjadi lelaki yang boleh dipercayai oleh anak perempuan sampai akhir hayat mereka."

Sangat sayang ayah. Hati saya benar-benar cinta pada ayah. Ayahlah lelaki teragung saya.  Apabila saya lemah, ayah beri nasihat. Walau nasihatnya tegas tetapi saya terimanya kerana saya yakin ayah nasihat sebegitu sebab dia sayangkan saya.... :'( Ayah nasihat sebegitu sebab ayah nak saya kuat. Terima kasih buat yang pernah datang dengan penuh beradab dengan ayah saya.

Terima kasih buat yang pernah melukakan, saya bersyukur segalanya hari ini. :)

Selepas Allah, dengan adanya ayah, aku kuat!

Pesanan saya hargai ayah, tegasnya dia sebab terlalu sayangkan kita. Sabar dengan ujian di hujungnya ada hikmah yang sangat indah.๐Ÿ˜Š


Kasih Selamanya๐ŸŒน๐Ÿ’





Assalamualaikum.

CikRose~


311216
0748 am
Bangi

No comments:

Post a Comment