Thursday 12 March 2015

Berakhir Juangmu,bermula perjuanganku...



Bismillahirrahmanirrahim...

SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Segala puji bagi Allah swt, segala puji bagi Allah swt. Yang amat penyayang kepada setiap hamba-Nya.

Allahurabbi, tak terkata perasaan saya tika ini. Teringatkan kesemua nikmat yang Dia kurniakan semenjak tahun 2011, dimana bermulanya hijrah saya. Saya menyedari, betapa sayangnyaa Allah swt hingga segala kelengkapan dan kecukupan diberikan kepada hamba-Nya yang 'miskin' sepanjang penghijrahan.

Tahun ini, semakin banyak nikmat harus saya syukuri. Satu persatu impian dan harapan saya menjadi realiti. Satu persatu Dia memimpin saya membahagiakan diri dan ibu ayah tercinta. Saya bahagia apabila dapat membahagiakan ibu ayah dengan kejayaan dan nikmat itu. Biarpun, banyak juga kepedihan dan kesakitan ujian bersilih ganti. Namun, apabila dikenang segala nikmat dan ujian, terasa ia mengukirkan keindahan dalam kehidupan saya.. Entah bagaimana lagi mahu disampaikan pada-Nya rasa kesyukuran ini. Allahuakbar.

Saat tinta ini ditulis, Subuh baru sahaja menyinggah pagi hari. Saat ini, saya baru sahaja selesai mengemaskini fail-fail di dalam laptop. Saat ini juga, saya menulis tinta ini ditemani video tribute arwah Ahmad Ammar. Saya terjumpa video-video yang pernah saya muat turun, kebanyakkannya video tentang Ammar.

Bukanlah saya taksub dengannya, tetapi saya amat terinspirasi dengan kisah hidup dan perjuangannya. Menambahkan lagi kekaguman saya adalah kerana kami sebaya. biarpun tidak pernah mengenali sosok tubuh itu, namun Allah swt memimpin saya mencintai jalan juangnya. Ammar,semoga dikau sedang berbahagia disana tika ini. aamiin. Mudahan aku akan menyusulimu. aamiin.

Kini, saya perlu siapkan diri untuk menghadapi kematian. Tapi, saya amat mengharapkan dalam masa terdekat ini tidak Allah swt memanggil saya 'pulang', kerana terasa masih belum cukup amal sebagai bekalan di sana. ='(  Risaunya Ya Allah ... Harap Allah swt mengizinkan saya mengumpulkan pahala sebanyak-banyaknya sebelum ajal menjemput. Andai Allah swt mentakdirkan kematian lebih awal, saya mengharapkan kalian ( keluarga, para sahabat dan sekalian kenalan ) tolong sebarkan segala penulisan saya. Penulisan yang bermanfaat. Bantulah saya supaya pahala itu berterusan mengalir buat saya kelak. ='( Saya merayu... Itu sahaja 'harta peninggalan' saya...


~ ~ ~ ~ ~


Pagi ini, mahu saya berkongsi berita gembira. Alhamdulillah hasil inspirasi dalam diri, saya berjaya melakukan satu aktiviti yang tidak pernah dilakukan selama ini. Yakni mendaki bukit. Pendakian itu bukan sekadar satu pendakian biasa. Namun ia terselit 1001 harapan. Bermula tahun ini alhamdulillah, satu persatu harapan mula menjadi kenyataan. Allah swt membawa saya bermula dari tangga paling bawah. Terima kasih Allah swt atas bimbingan dan pimpinan-Mu.

Suka saya kongsikan. Awal tahun 2015, berazam mahu lakukan perubahan dalam diri. Mahu menggapai syurga. Mahu lakukan sesuatu yang baru. Mahu impian menjadi penulis DICAPAI tahun ini.
Makanya, langkah pertama saya mencuba dan beranikan diri menyertai pertandingan menulis cerpen pendek anjuran Majalah Sinergi. Berbelas tahun menulis, inilah kali pertama saya menyertai pertandingan sedemikian.

Dua minggu kemudian, saya menerima emel dari majalah tersebut. Ucapan tahniah atas kemenangan cerpen mendapat tempat kedua. Nama-nama pemenang juga diumumkan di page Fb Majalah Sinergi. MasyaAllah. Betapa tidak menyangka, niat sekadar ingin mencuba, mengundang kemenangan rupanya. Segala puji bagi Allah swt yang mengilhamkan idea tersebut. Segala datang dari Allah swt. Saya hanya menuliskan ia agar bisa dibaca oleh sekalian hamba-Nya.

Pertengahan bulan Februari, sekali lagi Allah swt mengurniakan kebahagiaan. Debaran terasa untuk menyemak keputusan peperiksaan semester satu di peringkat ijazah. Masih segar diingatan, saya menyemak keputusan itu ketika sedang menonton upacara pengebumian arwah TGNA. Kesedihan bercampur kegembiraan tika itu. Tidaklah 4.0 flat, tidaklah dekan. Namun, cukup untuk melafazkan syukur kerana dapat membahagiakan ummi pa. Permulaan dunia ijazah. Semuanya untuk mereka berdua. Cukuplah saya dapat menggembirakan hati mereka, moga dapat mengubati sedikit kelelahan mereka selama ini.

Bulan Mac ini, sebagaimana saya kongsikan dalam post sebelum ini. Artikel saya terpilih untuk dimasukkan dalam buku kedua tentang Ammar. Dua hari lepas, saya mendapat panggilan dari nombor tidak dikenali. Begini perbualan kami.


Puan : Assalamualaikum, ini Umie Balqis ke?

Saya : Wsalam, iya saya.

Puan : Saya editor Karangkraf, awak ada hantar artikel kepada kami untuk buku Ammar kan?

Saya : Ya saya. # masa tu tak tahu nak cakap apa lagi dah. Banyak jawab 'Ya' saja. hee.#

Puan : Kami akan melancarkan buku ini di PWTC, pada 2 Mei nanti. Semasa pesta buku antarabangsa di pentas utama. Awak boleh hadir ke?

Saya : Oh... Boleh. ( yakin je jawab, tak tahu lagi hari apa tapi memang yakin takda apa-apa program tarikh           tu. hee.) 2 Mei itu hari apa ya? ( baru tanya )

Puan : Hari Sabtu, awak free ke?

Saya : Iya free. InsyaAllah saya boleh datang. (barulah lega, sebab bukan hari kuliah.)

Puan : Okay, awak boleh datang ya. Pada hari tersebut, kami juga akan berikan awak buku komplimen.

Saya : Oh, komplimen tu apa ya? #haha, tak tanya sesat jalan. Maka saya bertanyalah sebab memang tak                tahu apa itu buku komplimen. Budak baru belajar katakan.#

Puan : Buku komplimen ni buku percuma untuk awak. Buku Ammar ni. Awak ada dimana?

Saya : Saya di Ukm Bangi.

Puan : Oh okay. Awak confirm boleh datang ya. Okay, itu sahaja terima kasih ya. Assalamualaikum.


~ ~ ~ ~ ~

Senyuman saya sampai ke kepala masa tu. Eh? Ada ke? Terlebih dah saya ni. Hee. Tersenyum lebar nak bagitahu sebenarnya. Tersenyum sorang-sorang, nasib baik masa tu berada di kamar kolej. :)

Sedang melayan senyuman, saya mula teringatkan sesuatu. Satu gambar pernah saya post di Fb pada 9 Mac 2013.


kata-kata saya disebelah gambar ini. " Mudah-mudahan suatu masa nanti Dia izinkan. allahumma aamiin."

# tika ini novel saya Pelangi Cinta Ilahi tidak diterima oleh Galeri Ilmu. Hee. Tidak mengapa, nak mendaki bukit bukan senang.#

Pagi ini saya membacanya, terasa menusuk dihati. Ayat biasa, namun bermakna buat saya. Ayat itu tersembunyi impian moga suatu masa nanti, saya akan dijemput ke PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur). Masa tu memang mengharapkan buku saya berada di PBAKL.

Tetapi dengan undangan ke majlis pelancaran buku Ammar, saya terasa impian itu tercapai. Paling tidak ada juga undangan ke PBAKL 2015 dan ulisan saya ada di dalam buku itu kelak. =) Doakan saya dipanjangkan umur untuk memenuhi jemputan itu.

Semalam menerima sekali lagi dari editor Karangkraf, memaklumkan majlis pelancaran buku " Setelah Ammar Tinggalkan Kita" akan dirasmikan oleh ayahanda dan bonda allahyarham Ahmad Ammar sendiri. :) Mudahan berkesempatan saya bertemu dengan kedua insan hebat ini. aamiin.

Haa, satu lagi nak kongsi, semalam semasa nak ke kafe, secara tak sengaja saya tersinggah ke booth GPTD. Ketika itu sedang berjalan dengan seorang kawan, toleh ke belakang, dia takda! Rupanya dia sedang berhenti di booth sempena Minggu Bahasa Arab. Saya tak perasan pun itu booth GPTD.
Apabila ternampak GPTD itu, apa lagi, terujalah saya. Terus teringatkan arwah Ammar dan artikel saya. MasyaAllah. Saya dan kawan itu terus mendaftarkan diri sebagai ahli selepas diberikan sedikit penerangan.Alhamdulillah. Mudahan Allah swt dorongkan saya dan kita semua ke jalan kebaikan. aamiin.

Tak sabar juga rasa mahu tengok tajuk artikel yang dipilih oleh editor, selepas saya memberikan beberapa cadangan tajuk untuk artikel saya. Semoga perkongsian saya itu kelak bermanfaat untuk semua.

Hm, rasa itu sahaja perkongsian saya. Perkongsian ini bukanlah untuk riak. Nauzubillahi min zalik. Sekadar mengharap ada jiwa berani mulakan langkah andai mahu menggapai impian. Harap akan ada jiwa bersemangat dan termotivasi. Tulisan saya biasa-biasa sahaja, sekadar perkongsian jiwa. Cuma mahu ditekankan disini, jangan malu untuk mencuba sesuatu yang baru. Hargai kelebihan kita. Manfaatkan untuk Islam. Manfaatkan untuk meraih pahala.
Ikatkan azam dalam diri ! Pasanglah tekad. Pasakkan matlamat yang jelas. Semoga kejayaan dan kebahagiaan milik kita semua, di dunia dan akhirat. aamiin.

" Allah merahsiakan masa depan untuk menguji kita agar berprasangka baik, MERENCANA DENGAN BAIK, BERUSAHA YANG TERBAIK, serta syukur dan sabar."

Bersama kita persiapkan diri menghadapi 'jemputan' kembali kepada Ilahi. Mati itu pasti namun tidak diketahui bilakah kita akan mati. Rencanakan kehidupan kita sebaiknya. Berbaktilah pada ibu bapa sebelum terlambat. Usahakanlah bahagiakan hati mereka walaubagaimana cara sekalipun. Walau dari sekecil-kecil usaha kita, moga dapat tenangkan jiwa mereka. Doakan saya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi kematian. Doakan amalan saya dan kita cukup sebelum 'pulang'. Moga kita semua bertemu Tuhan dalam kebahagiaan dan kesyukuran. Lantaran telah menanam benih yang baik selama hayat di dunia. Maka berbahagialah di syurga kelak. aamiin.

Janji-Nya kepada mereka yang membuat kebaikan.


" Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhannya. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang berbuat baik. Agar Sllah menghapus perbuatan mereka yang paling buruk yang pernah mereka lakukan dan memberi pahala kepada mereka dengan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan."
Surah Az-Zumar, ayat 34-35.

Semoga kita menjadi hamba yang mencintai amalan mulia. allahumma aamiin.

# Jemput datang ke PBAKL 2015 tidak lama lagi dan juga pada 2 Mei nanti. Dapatkanlah buku terbaru itu nanti, " Setelah Ammar Tinggalkan Kita." #
^^,



Assalamualaikum wrm wbt.




0755pagi
120315
Ukm Bangi

No comments:

Post a Comment