Thursday 5 March 2015

Mendaki Impian !

                                                 Kenangan Mendaki Broga 2014 !
                                   

Bismillahirrahmanirrahim...

Tak tahu nak cakap apa...

Tadi, sebelum makan malam, tetiba teringat satu barang yang pernah disimpan. :D

Saya membuka laci dan mula mencarinya. Disebabkan sibuk sejak minggu lepas, maka hari ini baru teringatkan barang tu. Barang biasa saja, tak sampai RM 10.

" Eh, tak ada?! Kemana pula perginya? Tak kan hilang kot."

Cuba mengerahkan ingatan samada saya menyimpannya di tempat lain atau tidak.

Cuba dan cuba sampai ingat !

Duduk termenung di meja belajar. Terfikir dan terimbas segala pemberian Allah swt selama hayat saya. Sepanjang penghijrahan saya...

Satu persatu nikmat yang Dia berikan, berputar-putar di kotak ingatan.

" Dah banyak Allah bagi kat aku. Dah banyak Allah permudahkan urusan aku. Dah banyak Allah berikan apa yang tak ku sangka selama ini... kalau betul, barang tu ada orang ambil, tak apalah. Mungkin bukan rezeki aku. Rezeki dia... Allah kan dah banyak bagi kat aku. Mungkin sekarang Allah nak uji dengan mengambilnya dari aku..."

hinggalah azan Isyak kedengaran di surau kolej.

Maka, di sujud akhir solat, meminta pada Yang Maha Berkuasa, pertemukan saya dengan barang itu dan kuatkan ingatan saya untuk mengingati kedudukan barang itu.

Sekali lagi cuba dicari.

Cari dan cari.

Alhamdulillah. Jumpa !

simpan di tempat lain rupanya... :D


~ ~ ~ ~ ~

Buka sahaja laptop,saya terus membuka emel.

Ada 4 emel baru belum dibaca.

Emel pertama menjadi tatapan mata dari seorang penghantar.

" Amal Hayati ni siapa? Pensyarah aku ke? Macam tak je..."

Terus dibaca hujung namanya ,

" editor Karangkraf ???!"

Pantas jari membuka emel itu. Mula membaca emel ringkas itu, dihantar pada pukul 6.33 petang tadi.

Beliau memperkenalkan diri sebagai editor buku Karya Bestari, Karangkraf.

Meminta saya memberikan beberapa cadangan tajuk artikel yang pernah dihantar sebelum ini dan nombor telefon untuk menghubungi saya.

Iya, saya pernah menghantar artikel tentang arwah Ammad Ammar untuk dimasukkan dalam buku kedua kisah Ammar, terbitan Karangkraf.

Itu pun sebenarnya saya dah terlepas tarikh menghantarnya kerana lambat ditemukan 'jodoh' dengan status penghantaran artikel dari Fb ibu arwah Ammar. :D Artikel terpilih sahaja akan dimuatkan dalam buku itu kelak.

Sekadar nak mencuba dan berkongsi. Bak kata Ustaz Anwar Puteh,
 " Kena sahut cabaran! Lakukan yang luar biasa ! " hee.

~ ~ ~ ~  ~

Err, mesti tertanya kan, apa kaitan dua cerita ini?!

saya nak kaitkan, cerita pertama, 'kehilangan sementara'.

Allah swt sengaja sedang menduga saya dengan menghilangkan sementara barang simpanan saya.

Walaupun berkali cuba mencari, tak juga ditemui. Barangkali Allah swt merencanakan sedemikian kerana Allah swt mahu saya bermuhasabah diri.

Muhasabah dan renung balik segala pemberian-Nya kepada kita selama ini.

Jangan cepat merungut dan terlalu bersedih atas kehilangan sesuatu di dunia ini. Kerana dunia ini hanyalah satu permainan buat manusia.
Jangan ditangisi kehilangan harta dunia, tapi tangisilah andai akhirat tidak menjadi tumpuan kita !

Cerita kedua, Allahuakbar...

Saya merasakan, mungkin ia ganjaran atas usaha kecil sebelum ini dan boleh jadi juga sebagai ujian.

Kadang terfkir juga, kenapa Allah swt bagi semua ini? Sesuatu yang tidak pernah terjangka dan mimpikan akan milikinya.

Itulah tanda Dia Maha Penyayang...

Dia Maha Melihat apa yang kita usahakan. Dia Maha Tahu segala bisikan hati kita. Dia tahu suara hati kita sebelum, semasa dan selepas melakukan sesuatu. Hajat sebenar kita apa. Dia tahu semua !

Mungkin apa-apa yang kita miliki hari ini, atas usaha kita dan kasih sayang-Nya. Allah swt tengok kita bersungguh-sungguh nak capai sesuatu, maka Dia tunaikan.


" Jika ada seseorang yang memiliki bakat dan menekuninya dengan sepenuh hati, 
maka keperluan hidupnya tidak perlu dibimbangkan lagi kerana dengan bakatnya
itulah dapat mencapai apa yang mereka inginkan. "

Maka, jangan sia-siakan bakat dalam diri kita.

Mulakan langkah untuk manfaatkan ia untuk diri dan Islam ! :)

Allah swt berikan kelebihan kepada kita supaya manfaatkan ia untuk agama. Allah swt tidak akan berikan kelebihan itu dengan sia-sia. Pasti bersebab.

Fikirkanlah.

Mulakan dari bawah, kelak kejayaan kita redah ! aamiin.

Jangan malu untuk mencuba. Cabarlah diri demi kejayaan dan impian ! :)


InsyaAllah, sekiranya artikel saya terpilih dimasukkan dalam buku tersebut, akan saya kongsikan di sini. Mohon doakan sama. :)







Kenangan mendaki Broga hujung tahun lepas. Mendaki bersama harapan dalam kehidupan. Kini, saya mahu ia semakin menjadi realiti. aamiin. * Saya bertudung labuh pink, berdekatan batu besar.hee*






Ukm
0012 am
050315

No comments:

Post a Comment