Saturday 14 March 2015

Tinta





Bismillahirrahmanirrahim...


Bukan senang untuk menulis.


Perlu ditulis dengan penuh perasaan dan dari hati.


Kadang kala, tak mampu diri ini mahu meneruskan tinta
menukilkan suatu cerita.


Terasa sebak yang teramat, di dalam dada.


Kadang terpaksa tunda sambungannya demi mencari kekuatan diri.


Mengharap, Jangan mengalir lagi airmata saat kembali menulisnya.


Kadang tak rasa mampu sambungnya... kerana kesedihan yang menguasai diri. Allahurabbi.


Tidak semua pengalaman mudah ditulis, dikongsi...
Biarpun orang kata pengalaman itu sangat berharga dan bermanfaat untuk insan lain...


~ ~ ~ ~ ~

Sebenarnya saya sedang menulis kumpulan cerpen.

Masuk cerpen ketiga, terasa tak mampu meneruskannya lagi.

Teringat akan kehadiran seseorang yang pernah menyunting diri. Hujung tahun lalu...

Tidak pernah diuji sehebat itu... Selama hidup ini.

Paling saya kagumi, disaat dia sakit, kembarnya khabarkan, dia berusaha dalam kesakitan ke tempat saya bagi menyampaikan sesuatu.

Namun, dipertengahan jalan, dia tak bisa teruskan perjalanan itu. Terpaksa kembarnya mengambilnya pulang ke rumah...

Allahuakbar...

Dalam diam dia berusaha sesungguhnya, kerana matlamatnya sangat jelas.

Kini, dia ditakdirkan bersama wanita lain. Sudah Allah swt tentukan, pertemuan kami hanya beberapa minggu. Akhirnya, tidak bersama.

Walau bagaimanapun, saya telah mempelajari sesuatu melalui kehadirannya. =)

Bagai dalam drama andai diingatinya semula...


~ ~ ~ ~ ~


Di atas perih kau menari,

di atas tangis kau bernyanyi,

kau sayat hatiku,

dengan cintamu...


Biar Dia berikan cinta yang setulusnya...
bila tiba detiknya... :)




~ Umie Balqis ~

Ukm Bangi
140315
1053pm

No comments:

Post a Comment