Sunday 15 March 2015

Jodoh...



Bismillahirrahmanirrahim...

Sedang aku merehatkan diri di Jumaat barakah.

Terima mesej Whatsapp dari seorang ukhti.

" Salam qis, akak ada di Ukm ni, kat kafe."

Sebenarnya saya sudah dapat mengagak sebelum membaca mesej itu. Mungkin sebab ternampak ayat terakhir, 'kafe'.

Saya pantas membalas kerana terasa teruja untuk bertemu dengannya. Ukhti yang saya panggil, Kak Wanis, atau nama penanya Hikmatul Islam.

Alhamdulillah, berpeluang bertemu lagi selepas pertemuan semasa di pesta buku Shah Alam baru-baru ini.

Beliau adalah penulis buku 'Wanita Solehah, Awak kat mana?' terbitan Must Read. Beliau juga senior sekolah saya. Kami bertemu bermula di laman Facebook, selepas itulah baru tahu, rupanya kami satu sekolah suatu masa dahulu. Tahun ini, impian beliau telah dicapai menjadi penulis...Alhamdulillah.

Beliau sangat saya sayangi kerana sentiasa memberi semangat kepada saya, terutama dalam bidang penulisan. Bidang itu menjadi kecintaan kami berdua.


~ ~ ~ ~ ~

Pertemuan terjadi di Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) pada jam 2.15 petang.

MasyaAllah, terasa sungguh rindu kepada kakak ini. Tambahan pula saya tidak mempunyai kakak. Alhamdulillah, saya menyedari Allah swt mentakdirkan, saya banyak mengenali insan lebih usia dari saya dan saya akrab dengan insan digelar kakak. Nikmat indah dalam perhubungan.

Dalam pertemuan itu, pelbagai kami berkongsi cerita. Kak Wanis banyak berkongsi cerita berkaitan pemuda yang hadir menyunting dirinya. Kini, dia tersepit di pertengahan jalan.

Saat mendengarkan cerita Kak Wanis, saya dapat merasakan kerisauan dan kehendak dirinya akan perihal jodoh. Masakan tidak, usia kian menginjak sepastinya setiap kita mula serius memikirkannya.

Pernah sesekali saya termenung sendiri, saya risaukan saya juga diuji sedemikian kelak. Suatu masa nanti, andai usia saya kian menginjak 25 tahun, jodoh belum ditemui. Sedangkan teman-teman makin ramai mendirikan rumah tangga dan tidak kurang juga sedang berbahagia dengan cahaya mata. Moga, saya tidak diuji sedemikian. :'(

Itulah yang dirasa oleh Ukhti Wanis... Pasti saya juga merasa sedih dan risau apabila berada di tempat itu. Allahurabbi...

Sungguh, semenjak kenal rapat dengan Kak Wanis. Saya menjadi lebih berfikir ke hadapan. Sungguh, soal jodoh itu amatlah sulit. Rahsia Allah swt yang tiada seorang manusia pun mengetahui jawapannya. Rahsia Allah swt yang tidak siapa bisa bocorkan ia. Terbit juga rasa takut, namun bisa dibendung lagi kerana keyakinan dipasakkan!

Allah swt tahu bila waktu setepatnya untuk kita bertemu si dia. Allah swt tahu...

Dalam penantian jodoh, pastinya ada sesuatu mahu Allah swt ajari kepada kita. Pasti.



Pasti soal sabar. Sabar menanti supaya di alam rumah tangga, sabar itu semakin menebal hingga bisa menempuh apa sahaja onak diri di 'dunia' itu kelak.

Boleh jadi Dia mahu kita lebih merapati-Nya. Supaya di alam rumah tangga kelak, kita sudah terbiasa BERPEGANG pada-Nya setiap kali mengharapkan sesuatu.

Sesungguhnya, sesuatu perkara itu berlaku bukanlah sia-sia.

Ada sesuatu kita akan mempelajari melaluinya. Allah swt mahu mendidik jiwa kita. Mentarbiyah kita.
Menjadi hamba lebih hebat sebelum berumahtangga.


~ ~ ~ ~ ~

Percayalah, alam rumah tangga kelak lebih banyak perkara perlu difikirkan. Perlu dititikberatkan, perlu diutamakan dari diri sendiri. Banyak perkara perlu bersedia dikorbankan demi kebahagiaan. Perjalanan itu pasti lebih mencabar dari kehidupan zaman dara dan bujang.

Bagi lelaki, kalian harus bersedia untuk menjadi bidan terjun dalam memasak. Ini kerana pasti akan tiba satu masa, kalian terpaksa memasak untuk isteri atau anak, di kala isteri sedang sarat mengandung atau baru bersalin. Percayalah. Kalian kena bersedia melayan karenah anak-anak disaat ketiadaan sang isteri. Kalian kena bersedia menjadi orang gaji seperti membasuh pakaian yang banyak.
Saya mengutip ilmu ini dari buku 'Suami bukan malaikat, isteri bukan bidadari'. Lelaki harus membacanya !

Bagi kaum hawa pula, bersedialah kita untuk mengambil hati sang suami kelak. Bersedialah untuk menyantuninya dan menghormatinya sebagaimana kita menghormati ayahanda tercinta. Bersedialah untuk menjaga segala keperluannya. Pasti sukar juga apabila sudah terbiasa menjaga keperluan diri sendiri sahaja selama ini. Kena bersedia memikul tanggungjawab yang lebih banyak.

# selingan #
Semasa cuti semester lepas, saya telah mencabar diri agar belajar memasak ! Hee. ( sebelum ni pernah masak, cuma tak ambil serius sangat. ngehngehngeh ) Alhamdulillah, beberapa masakan telah dicuba. Saya jenis suka memasak sendirian, jadi saya akan memasak apabila ibu ayah tiada di rumah. Kadangkala saya bagi mak ayah merasakan masakan saya setelah mereka pulang. Mereka komen, masakan saya sedikit manis. Hee. Okay, jadi komen itu menjadi peringatan buat saya supaya kurangkan manis dalam masakan seterusnya. Tak kurang juga, saya hidangkan masakan saya kepada adik beradik.

Pernah satu hari, saya mengikuti satu page masakan di Fb. Mereka berkongsi cara membuat kelainan pada telur rebus. Telur itu menjadi bentuk love. MasyaAllah, jiwa terasa teruja mahu mencubanya. Tetapi tak menjadi bentuk love 100% hee. Kena banyak latihan lagi nampaknya.
Ketika itu saya telah belajar sesuatu, saya perlu lebih kreatif kelak dalam rumahtangga. Terutamanya kreatif dalam hidangan masakan untuk menambat hati suami tercinta. Sentiasa membuat suatu kelainan untuk mencuri hatinya supaya sentiasa sayangkan kita. =)

Ya ! Kreatif dalam mempamerkan cinta ! Demi meraih kasih sayang si dia (suami ). wutwutwut.

Dalam proses belajar terselit pembelajaran.

Makanya, ketika masih bujang dara ini, marilah kita tanamkan kesabaran dan keteguhan iman dalam merentasi apa sahaja ujian kehidupan. Sebelum beralih ke gerbang perkahwinan.

Berlatihlah sesuatu pekerjaan atau aktiviti yang tidak pernah kita buat terutamanya yang melibatkan alam rumahtangga. Supaya apabila berada dalam keadaan itu kelak, kita tidak lagi kekok mengharunginya.

Peringatan buat saya juga. :)


~ ~ ~ ~ ~

Berbalik kisah Kak Wanis tadi, berat sungguh apabila tersepit antara dua keadaan. Perlu difikirkan banyak perasaan dan insan. Saya mendoakan beliau tetap bersabar sehingga Allah swt bukakan jalan untuk memilih imam agama yang setepatnya. Aamiin.


Yakin itu paling utama dalam menempuh segala cabaran kehidupan kita. :)





Ukm Bangi
0152 pm
150315


No comments:

Post a Comment