Friday 29 March 2013

Cinta dari Kemboja


  Terhempas frame gambar itu di lantai... Berkecai seribu serpihan kaca. Begitu jualah hatinya. Retak dan hancur. Terduduk dia dipenjuru lemari antik.
Ya Allah...

  " Tiada daya ku untuk mengatasi segala kuasa Mu. Ku pasrah Ya Tuhan..." Rintihnya dalam tangisan yang teresak-esak. Cincin dijari manis direnung, kosong...

  " Mengapa begini?? Apa salahku?" Dia menyoal diri untuk kesekian kalinya. Airmatanya kian lebat membasahi pipi halusnya...

                                                                  ~ ~ ~ ~ ~

  Tut tut tut...

  Satu mesej diterima.

  " Gadis yang aku kasihi, adalah pencinta Tuhannya, yang mengalirkan cinta, takut dan harap, yang menguasai perjalanan hidupnya setiap masa sehingga DIA memanggilnya.
Gadis yang aku kasihi, adalah gadis yang diwajahnya, terpancar sinar nur Ilahi, lidahnya dibasahkan dengan zikrullah, disudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah.
Gadis yang aku sukai, adalah gadis yang sejuk mata memandangnya, dek terlihat keluhuran akhlaknya, menjadi sumber ketenangan jiwa.
Uhibbuki fillah."

Dia menarik nafas panjang tatkala usai membaca mesej itu. Apa ertinya? Mengapa dia menghantar ucapan sebegini?

" Salam awak, maafkan saya. Saya mengetahui mesti awak sangat terkejut kan membaca mesej saya yg tadi. Maafkan saya. Setelah berfikir panjang dan berbincang dengan ibu ayah, akhirnya sy mengambil keputusan ini. Sesungguhnya, saya Muhammad Qushairi Hisyam bin Mohd Zaid, ingin melamar diri awak untuk menjadi permaisuri hati saya. sudikah awak, Nur Qaisara?"

Allah, Allah, Allah... Nama Tuhan Yang Maha Hebat meniti dibibirnya. Apakah benar semua ini? Aku tidak bermimpi?

Dia berasa kelu!! Apa yang harus dijawab?
Debaran kian hebat, lantas dia mengalunkan zikir-zikir yang bisa menenangkan jiwanya.
Dengan lafaz suci dia mula menaip mesej balasan untuk Syam, iaitu sahabat lamanya di alam sekolah rendah.

" Waalaikumussalam wrm wbt. Allahuakbar. Sejujurnya, saya amat terkejut dengan mesej2 Syam. Saya belum bisa memberikan jawapan sekarang.  Jika benar, awak serius, saya sarankan awak datanglah menemui ibu ayah saya. Itu yang sebaiknya."

Ya, masakan dia tidak terkejut dengan lamaran itu kerana dia menganggap Syam sebagai kawan biasa sahaja. Sebenarnya sudah bertahun-tahun mereka tidak berhubung semenjak tamat sekolah rendah. Entah bagaimana Syam mendapat nombornya kerana dia tidak pernah memberi kepada sahabat-sahabat lelaki.. Qaisara bersangka baik, barangkali dia meminta dengan sahabat2 lain.

Dua minggu kemudian, setelah dia juga mendapat petunjuk Ilahi... Rombongan merisik akhirnya berkunjung ke teratak keluarga Qaisara.

Tersimpullah satu ikatan pertunangan antara Syam dan Qaisara... Ikatan yang menjanjikan mereka untuk ke mahligai bahagia.

" Ma, Qaisara rasa sangat sedih..."
" Kenapa? Sepatutnya Sara gembira dan bahagia hari ini."  Mama menggusap-usap pipinya.
" Tidakkah mama merasakan terlalu cepat untuk semua ini?" Dia merenung wajah mama penuh rasa kasih.
" Sayang... untuk kebaikan Sara dan Syam juga kan? Dia mahu mengikat tali pertunangan pun kerana dia akan sambung pengajian ke luar negara bulan hadapan."

Dia membisu... Sebenarnya ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

" Ya Allah, mengapa aku merasa sangat sedih hari ini? Aku tidak mengerti perasaan ini. Tolong aku Ya Rabb..." Dia bermunajat kepada Ilahi di kala insan-insan lain diulit mimpi.

Sudah dua tahun Syam merantau di bumi asing. Dua tahun itu jugalah mereka tidak bertemu dan banyak berhubung melalui email.

Dalam kejauhan itu, siapa tidak merasa risau dan bimbang? Begitu jualah Sara,, namun dia hanya mampu berdoa moga Syam sentiasa setia dengan ikatan janji mereka.

                                                                        ~ ~ ~ ~ ~
Petang damai itu dia membuka email. Senyuman terukir tatkala melihat ada pesanan daripada insan yang bakal mendampingi hidupnya itu.

" Salam Sara, apa khabar? Syam harap Sara baik-baik saja di Malaysia ya.
Alhamdulillah Syam sihat sejahtera di sini.
Sara... sebenarnya Syam mahu sampaikan satu berita kepada Sara. Harapnya berita ini mampu menggembirakan Sara setelah dua tahun kita tidak bersua.
InsyaAllah, bulan hadapan Syam akan pulang ke Malaysia dan kepulangan Syam juga adalah untuk melangsungkan pernikahan kita.
Maafkan Syam, nanti apa-apa hal Sara boleh bertanya kepada Ibu ya. Syam telah maklumkan segalanya kepada Ibu dan abah.
Harap segalanya berjalan dengan baik nanti."

Mengapa Qushairi suka membuat keputusan secara mengejut ya?

" Sara,  awak dah ready ke nak nikah nanti?" Soal Dania, sahabat baiknya di alam persekolahan dulu dan Dania lah yang memberikan nombor telefonnya kepada Syam.

" Entahlah Nia. Doakan untuk saya ya. Moga saya mampu menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri dengan sebaiknya . "

" InsyaAllah saya doakan awak. Bagaimana dengan Fizul? Dia masih menghubungi awak ke?"

Dia merenung wajah Nia. Teringat kembali akan Fizul, insan yang pernah meluahkan perasaan kepada Sara sewaktu mereka sama-sama belajar di kampus.

" Saya sudah maklumkan kepadanya saya akan menikah. Semenjak hari itu, dia tidak lagi menghubungi saya. Namun mesej terakhirnya, membuat sy berasa bersalah." Sara tunduk sayu. Bait-bait mesej terakhir masih berbekas dihatinya.

" Sara, awak tidak boleh begini. Awak harus menepis segala rasa itu sebab tidak lama lagi awak akan menjadi milik Syam. Kasihan kat Syam nanti."

Dia mengangguk lemah. Entah, entah, entah.... dia masih tidak mengerti perasaan sedih ini. Mengapa amat jarang sekali kebahagiaan singgah dalam ruang hatinya meskipun impiannya kian tercapai untuk dimiliki oleh sang adam.

Mengapa?

                                                                      ~ ~ ~ ~ ~

Detik demi detik. Hari yang dinantikan akhirnya tiba juga. Sara disolek indah, wajahnya yang begitu molep menjadikannya persis permaisuri. Apatah lagi itulah kali pertama dirinya disolek sebegitu.

 " Alhamdulilllah, akhirnya tiba jua hari ini. Moga dirimu akan sentiasa bahagia bersamanya, anakku." Bisik mama tika dirinya duduk dibirai katil setelah siap didandan. Mama menggenggam tangannya.

" Ma, mohon doakan Sara ya. Sara juga mohon halalkan segala makan minum Sara, segala kesilapan Sara selama ini..." Matanya mulai berkaca-kaca sejurus menghabiskan bicara.

" Ya sayang. Mama mendoakan yang terbaik untukmu hingga syurga Nya. Mama sangat bersyukur dengan kurniaan anak solehah ini dalam kehidupan mama dan ayah. Nanti, jadilah isteri solehah buat suami tercinta ya. moga Sara bisa membina peribadi sebagai isteri solehah, ibu solehah, wanita solehah dan bidadari dunia yang dicemburui oleh para bidadari syurga." Doa tulus seorang ibu dihari bahagia anaknya.

" Allahumma amin... sayang mama!" Pantas Sara memeluk Mama sepenuh kasih sayang yang tiada bandingnya.

 Keriuhan suara saudara mara di ruang tamu mengejutkan dua beranak itu. Mengapa? Hanya persoalan itu terus menyapa difikiran Sara. Mama memintanya menunggu sahaja dikamar itu, namun belum pun sempat Mama meninggalkannya. Ibu Syam terlebih dahulu meluru masuk.

" Sara... Syam, sara... Syam..." Airmata jernih Ibu mengalir laju tanpa henti saat Ibu berada di sisi Sara. Gadis itu sangat terkejut melihatkan keadaan bakal ibu mertuanya. Ya Allah, mengapakah ini?

" Ibu, kenapa? Tolong katakan sesuatu kepada Sara... Jangan buat Sara tertanya-tanya seperti ini. Kenapa dengan Syam?" Tidak semena-mena airmatanya turut keluar tanpa diminta walau belum mengetahui apakah sebabnya. Namun dirinya seolah-olah sudah dapat merasa, inilah jawapan atas rasa kesedihannya tempoh hari.

                                                                ~ ~ ~ ~ ~
Dia membuka sebuah kitab cintanya. Ya! Buku itu masih disimpan baik meskipun sudah tiga tahun Syam meninggalkan dirinya di hari bahagian. Setiap kali dia merasa rindu, pasti ada sesuatu yang akan diluahkan disitu.

Engkau cinta pertama ku, wahai Muhammad Qushairi Hisyam...
Bagaimana bisa aku melupakan mu sekelip mata cuma...

Penguasa alam, tolonglah pegangi aku...
Biar ku tak jatuh,
pada sumur dosa yang terkutuk,
dan menyesalkan cintaku...


                                                                    ~ ~ ~ ~ ~

Petang itu, dia pulang dari tempat kerja jam enam petang. Sedikit kelam kabut kerana dia telah terlewat untuk menjemput mama di rumah saudaranya.

" Ya Allah, kasihan mama. Apa lah aku sudah buat ni.Bila dah borak dengan Nia, memang tak pandai nak berhenti." Dia membebel sendirian di tempatnya sambil mengemaskan meja sebelum meninggalkan office itu.
Mengingatkan kembali perbualannya dengan Nia, membuatnya tersenyum kerana pelbagai kisah lucu dikongsikan Nia sepanjang dia berada di luar negara bersama suaminya.

" Suami?"

" Eish! kau ni Sara! Kau dah lewat ni." Dia menampar-tampar lembut pipinya, mahu menyedarkan diri sendiri.

Laju sekali dia berjalan meninggalkan bangunan bertingkat itu sejurus keluar dari lif. Berkali-kali dia melihat jam tangan. Risaukan mama kerana dia berjanji untuk menjemput Mama pada pukul 5.30 petang!

Ketika berhenti ditepi jalan sebelum melintas, tiba-tiba sahaja hujan turun dengan lebatnya.

" Adoi! Hujan pulak! Basah kuyuplah aku jawabnya nanti." Kedua tangan kurniaan Ilahi dimanfaatkan sebaiknya untuk melindungi sekujur tubuhnya dari dibasahi hujan petang Jumaat itu.

Sesekali dia menoleh ke kanan dan kiri. Mencari tempat untuk berteduh sebelum melintas. Dia rela berhenti seketika atau berpatah balik sahaja ke office untuk mengambil payung. Terus dia membuat keputusan di saat getir itu. Berpatah ke office.

Tiba-tiba~

" Cik, ambillah payung ini." Seseorang telah menghulurkan sekaki payung kepadanya. Kepala diangkat untuk melihat pemilik suara itu. Rintik-rintik hujan lebat yang mengenai wajah, sedikit menyukarkan matanya untuk melihat dengan jelas insan itu.

" Errr... tidak mengapa ke?" Tergagap-gagap Sara menuturkan tiga patah perkataan itu. Malu kot! Mahu menolak, tidak mungkin kerana sememangnya dia mahukan payung. Tetapi bila sudah terima, malu pula.

" Huh! Mengadalah kau ni Sara. Terima sajalah." Hatinya berbisik.

" Ya, tidak mengapa." Lelaki itu tersenyum...

~ bersambung ~

ngee~ Mohon kemaafan atas segala kesilapan dan kesederhanaan dalam cerpen ini kerana cerpen ini ditulis pun sekadar suka-suka sahaja. InsyaAllah, jika tercipta ilham baru, akan disambung lagi. Doakan untuk diri ini.

: hatiku tertanya-tanya,
cinta dari kemboja,
Siapakah pembawanya? :









No comments:

Post a Comment