Sunday 17 March 2013

YA RASULULLAH, merinduimu!


  Perlahan-lahan mutiara-mutiara jernihnya mengalir lembut di pipi... Esakan kecil memecah kesunyian.
Sepasang mata indah menatap sang bintang berkelipan di angkasa... Fikirannya jauh melayang, membayangkan penderitaan Nabi Muhammad saw sepanjang menyebarkan Islam...

  Dia menutup jendela kamar bujang... Ilham tercipta. Alatan canggih segi empat itu sedang menatap wajahnya yang dibasahi airmata kerinduan kepada Nabi Muhammad saw... Lalu dia tidak mahu melepaskan kesetiaan alatan itu untuk digunakan sebagai menyebarkan dakwah baginda. Pantas jari jemarinya membuka blog tempat dirinya berdakwah semampu dayanya...

  " Ya Rasul... aku merinduimu! Aku tidak akan melepaskan peluang untuk terus menyebarkan sunnah dan perjuangan mu demi agama kesayangan ku ini, Islam! Ya Rasul, semua ini untuk Mu." Bisik hati kecilnya. Dia menyeka saki baki mutiara-mutiara jernihnya.

 Dengan lafaz suci, dia mula memuntahkan sesuatu di laman blognya.

   Allah... Allah... Allah...
 
   Rasulullah... Rasulullah ... Rasulullah ...

Sesungguhnya detik ini ku merasa teramat sedih...
kesedihan ku kian hebat tatkala aku mengenangkan umat-umat Mu yang masih dalam kelalaian, kejahilan dan kemungkaran...
mereka hidup dengan hiburan disko, dahaga dengan arak, lapar dengan makanan haram, akhlak runtuh tiada mengenal agama, dan jauh dari petunjuk dari Allah swt...
Ya Rasulullah, bagaimana lah pula perasaan mu tika melihat kehidupan ini...
aku malu pada mu...


Ya Rasulullah...
sesungguhnya,
teramat ingin diri ini memegang dan memimpin tangan mereka,
untuk berada disampingku sentiasa,
untuk ku bawakan mengenal agama dengan lebih sempurna,
agar hidup mereka akan lebih bahagia,
malah lebih bahagia dari kehidupan yang tersasar dari landasan agama...

Ya Rasulullah,
sesungguhnya,
andai terdaya kudrat jasad kecil ini,
mahu saja aku mengasihi mereka sentiasa,
di setiap genap hati kecilku ini,
sebagaimana kasihnya dirimu kepada kami,
hingga kami bisa nikmati manisnya iman dan Islam hari ini...

Ya Rasulullah,
sesungguhnya,
mahu saja aku katakan kepada mereka,
andai ujian menghempap diri ,
belajarlah dengan mencontohi,
sikap SABAR yang terbias di balik nur akhlakmu,
sentiasa sabar...
walau sekeliling kediamanmu pernah dikotori sampah jijik,
angkara kafir Quraisy,
Engkau tetap sabar memyucikannya sendiri...
Itulah antara indahnya sikap sabar mu...

Ya Rasulullah,
sesungguhnya,
ingin saja aku ceritakan kepada mereka,
betapa sayangnya dirimu kepada kami,
umat-umat Mu zaman ini...
walau tidak pernah kita bersua muka,
Engkau pernah berbicara tentang kami...
dan tatkala...
hari pembalasan kelak...
ketika kami berlari-lari bagai hilang arah tujuan,
kerna mengharap sebuah pertolongan...
hanya Engkaulah yang sudi memberi syafaat kepada kami...
sedangkan nabi selain mu tiada berdaya membantu kami...
hanya dirimu SEDIA untuk kami...
Allah....

Ya Rasulullah,
sesungguhnya,
andai bisa diri ini,
mahu saja aku bawakan dua warisanmu,
Al-Quran dan sunnah...
bacakan buat mereka,
ajarkan mereka,
biar mereka terasa indah pabila mendengarnya,
agar cinta mereka kepada mu,
kian bercambah dan mulai mekar,
serta harum baunya...
sehingga kaki kami menjejak ke syurga...
Allah~

Ya Rasulullah,
maafkan aku...
maafkan sekalian umat Mu...
andai engkau terasa amat amat amat SEDIH,KECEWA,
melihatkan kejahilan kami ini,
tersasar jauh dari harapanmu,
untuk tegakkan kembali Islam di muka Bumi...
doakan kami...
untuk terus bangkit dari timbusan kejahilan ini.
doakan kami YA RASULULLAH...
DOAKAN KAMI...


p/s : Teman-teman terutama yang beragama Islam, ayuh renungkan sebentar. Ibu ayah kita bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan kita dan memberikan kehidupan yang sempurna untuk kita, maka sudah tentu kita tidak mahu menghampakan mereka, bukan? Lalu, kita menanam impian mahu berjaya dalam pelajaran seterusnya membuat ibu ayah tersenyum bahagia.

Allah... sedarlah teman... begitu jualah ayahanda teragung kita, Nabi Muhammad saw. Baginda lebih banyak menanggung derita untuk memberi kebahagiaan kepada kita, para umatnya yang tidak mengenang budi ini. Baginda sering dicaci, dikeji, dilontarkan dengan batu sehingga berdarah, dihalau, diletakkan hati unta di atas kepala ketika bersujud, dan pelbagai lagi ujian hebat ditimpakan kepada baginda. Namun baginda tetap SABAR ! ! Baginda tetap TENANG. Dan lihatlah kesannya hari ini, kita dilahirkan dalam agama Islam. Tetapi sejauh manakah kita telah menghargai dan memasang niat untuk memberi bahagia kepada baginda? Yang sebagaimana kita menyimpan impian mahu membahagiakan ibu ayah kita...

Ingatlah teman... bahagia kita yang sebenar adalah di akhirat sana, bukan di dunia ini saja. Ayuh tanamkan rasa cinta dan kasih kepada baginda, perbanyakkan selawat kepadanya. Bacalah kisah sirah baginda pasti teman akan merasakan seolah-olah baginda masih hidup dan berada di sisi kita. Ana pernah merasainya...
Ana sangat sedih saat membayangkan semua peristiwa yang diceritakan dalam buku Biografi Muhammad saw...

Ayuh basahkan lidah kita dengan berzikir serta selawat kepada baginda usai sahaja solat lima waktu. Ana juga baru berhijrah, sebagai permulaan dulu untuk menanam rasa cinta kepada baginda, ana membaca kisah perjalanan hidup baginda dan lazimkan diri selawat sebanyak tujuh atau 11 kali selepas solat. Jika mahu tingkatkan bilangan selawat, ana akan tingkatkan.Kita WAJIB mengenali baginda terlebih dahulu, barulah rasa CINTA itu akan hadir dalam jiwa kita terhadap baginda. Insya-Allah. sollu a'lan Nabiy !

( sedang menghayati nasyid Kasih padamu by Hfiz Hamidun , sangat menyentuh jiwa lembut ini )

::: Salam melabuhkan cinta kepada baginda :::

Luahan hati : Permata Alwalidaini.
Ditaip : 17/3/2013
Jam : 1.52 am



No comments:

Post a Comment