Wednesday 20 March 2013

Puisi Iman & Perasaan



Dengan lafaz suci ana memulakan bingkisan ringkas untuk kali ini. Sebenarnya, hari ini ana dan teman-teman program diploma tahfiz baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir semester 4. Sebelum menduduki exam bagi maddah Bahasa Arab, ana menerima satu sms daripada Ukhti Aqilah. Kedengaran suara budak kecil melagukan…

            “Bismillahirahmanirahim, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi dan Maha Penyayang…” Isyarat bagi sms yang ana setkan di handphone ana, dari Voice of Ummi, melagukan Erti Al-Fatihah.

            “ Salam balqis, awak ada makanan untuk dikunyah tak? Saya lapar. Tak kisahlah apapun, kerepek ke…”

            Terukir senyuman di bibir ana membaca pesanan itu, lalu ana memperlawa dirinya ke kamar ana kerana kebetulan masih banyak bekalan makanan sepanjang menempuhi exam ini.

            Malamnya~ Usai menunaikan solat Isyak, ana tidak tahu mahu melakukan kerja apa. Esok tiada exam jadi ingat mahu rehatkan fikiran dulu. hehe. Tiba-tiba sahaja ana teringatkan Ukhti Aqilah, dan ana ternampak sebekas biskut di atas meja.

            “ Elok juga berikan kepada Aqilah sebab tadi katanya kawan-kawan di blok bawah hampir kesemuanya sudah kehabisan bekalan makanan.” Bisik hati ana. Lalu dicapai tudung bidang 60 berwarna coklat dan dipeluk bekas berisi biskut itu. Ana terus melangkah keluar dari kamar dan menuju ke bilik Aqilah. Namun dia tiada.

            “Aqilah kat mana? Saya mahu berikan biskut.:)” Sms dihantar kepadanya.

            Ana teringat akan seorang lagi kawan ana. Aqilah selalu berada dibiliknya. Tetapi dia tiada juga disitu, jadi ana tinggalkan sahaja biskut itu kepada Hanisah, nanti bolehlah mereka makan bersama.

            “ Saya tengah siapkan KKD di bilik kak wa, tapi dah nak siap dah.” Balasnya. Oh, baru ana teringat. Kertas kerja Dasar bagi program fakulti kami ke perkampungan orang asli di Gua Musang bulan April nanti. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar.

            Mulanya mahu hantarkan biskut sahaja, tetapi tuan bilik jemput minum teh panas sekali, kebetulan juga terdapat dua lagi kawan sefakulti di bilik itu. Jadi, ana joinlah minum teh panas dan makan biskut itu. hehe.

            Hampir sejam di situ, salah seorang kawan, ana gelarkan dia, Lia sahaja ya ( bukan nama sebenar ), berkongsi cerita berkaitan istikharahnya untuk mencari petunjuk akan kehadiran seorang lelaki. Dia merasakan betapa Allah swt Maha Berkuasa melalui jawapan istikharahnya itu. Jawapan Istikharah itu membuatnya sedar, kita tidak boleh TERUS menilai seseorang itu baik setelah melihat satu  kebaikannya, sebaiknya selidiklah lebih lanjut lagi.

            Panjang lebar juga ceritanya. Sehinggalah ke titik perpisahan pada malam tadi, kami saling berpesan agar menasihati dan mendoakan antara satu sama lain moga sentiasa dikurniakan yang terbaik dalam kehidupan, apatah lagi dalam menuju alam rumahtangga. Ops! mentang-mentang sudah mencapai 20-an ya. hehe. Lumrah tu kalau sudah dihadiri sang kumbang. Senjatanya, buat istikharah dulu ya dik. kemudian istisyarah ( berbincang ) pula dengan keluarga kita. Barulah boleh ke step seterusnya. Bacalah buku Sebelum aku bernikah, by Hilal Asyraf. (Promote pula ana ni )J

            Baiklah, kembali ke tujuan asal penulisan kali ini. Terdengar pagar mula ditutup, Lia terus menjerit kecil.

            “ Akak! Sekejap, kawan saya nak naik dulu!” Katanya kepada kakak guard yang bertugas untuk mengunci pintu pagar di tangga dari tingkat satu ke tingkat dua pada jam 12 malam. Bilik ana di tingkat dua. Nasib baik kakak guard tak marah, terus ana berlari bagai anak kecil, menaiki anak-anak tangga.

            Kembali ke kamar. “ Ai, nak menulis pula ke? Ingat nak tutup lampu dah.” Tegur teman sebilik ana, Huda, pelajar dari Singapura.

            Ana menoleh ke belakang sambil tersengih. “ Ya, ingat nak buat puisi untuk seorang teman. Jangan bercakap dengan saya tau buat sementara ni. Hehe.” Ana kembali menghadap kertas pink yang tersedia di meja. Earphone diletakkan ditelinga dan ana mainkan sentimental music, macam ketika cinta bertasbih versi gitar dan beberapa music lain.

            Langsir merah disingkap, ingat mahu melihat bintang-bintang sebentar, tetapi tiada… Lalu,

~ ~ ~ mulai hanyut di alam puisi ~ ~ ~

            (PUISI IMAN & PERASAAN  )

Tirai jendela ku singkap,
Mengharap sang bintang bergemerlap,
di langit malam,
namun takdir Tuhan,
tiada ia bergemerlapan,
ku tetap ukirkan senyuman,
kerna yakin segala takdir Tuhan,
punyai hikmah di setiap suratan=)

Duhai teman,
kekadang,
pelangi hadir tanpa diundang,
membuat kita bagai keanak-anakan,
teruja akan kecantikannya,
namun…
sedih bertandang,
tatkala ia tidak lagi kelihatan,
lenyaplah sebuah senyuman…

Duhai teman,
tersangat indah takdir Tuhan,
jika jiwa kita benar-benar beriman,
setiap kejadian,
dipandang dengan kaca mata iman,
malah bukan terhanyut dengan perasaan,
yang pastinya dipandu syaitan,
mohon Allah swt lindungkan.


Allahurobbi,
Berilah kami keampunan…

Duhai Tuhan,
kami hanya hamba penuh kedaifan,
di sepanjang jalan raya kehidupan,
mengharap belas kasihan-Mu Tuhan,
dorongkan kami sentiasa dalam iman,
walau tika ditimpa sekecil zarah ujian.

Lindungi kami dari beRAJAkan perasaan,
yang hanya mencampakkan kami ke neraka jahanam,
Allah… tolong lindungi kami Ya Tuhan…

Duhai Tuhan,
Tatkala Engkau beri kesedaran,
akan kesilapan yang dilakukan,
maka pinjamkanlah kami segunung kekuatan,
tuk meninggalkan perkara kemungkaran.

Ya Tuhan,
usah bolak-balikkan,
hati kami yang sering ‘kesakitan’,
dalam menepis segala hasutan,
izinkan kami kembali ke pangkal jalan,
dalam pimpinan menuju keredhaan,
demi mendiami raudhah ( taman ) impian,
bersama insan-insan tersayang.

Duhai Tuhan Yang Maha Penyayang,
jagakanlah kami,
moga sanubari sentiasa dihiasi wangian iman.
allahumma amin.


Notacomel : Sebenarnya puisi ni nak buat pasal jawapan istikharah Lia, dan mahu selitkan kekuatan untuk Lia, tetapi di part Allahurobbi itu, tetiba masuk bahagian iman, jadi ana teruskan sahaja. Lagipun benarlah, jika kuatnya iman di jiwa kita, pasti kita dapat menghadapi ujian itu dalam ketenangan, meskipun dilanda sekecil zarah ujian.

Dengan adanya iman juga, kita pasti akan banyak bersangka baik dengan Allah swt jika mendapat ujian. Lagipun memang AMAT  wajar kita bersangka baik dengan-Nya yang terlalu sayangkan kesemua hambaNya. Ingatlah teman, jika kita telah diberi kesedaran akan kesilapan kita, maka bangkitlah untuk meninggalkan kesilapan itu. Kembalilah ke pangkal jalan. Itulah salah satu tanda Allah swt sayang kita. DIA tidak mahu kita terus hanyut dalam kemungkaran itu, lantas dicuit hati kita lalu tersedarlah dalam mabuk kemungkaran.


“ Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan muslim ( berserah diri kepada-Mu )” Surah Al-A’raf ayat 126.

So… jom kita kembali ke pangkal jalan sebelum ajal datang, memanggil ‘pulang’ bertemu Tuhan. Ingatlah, di dunia ini kita hanya di tempat persinggahan. Ana mendoakan moga kita sentiasa subur dalam iman. Allahumma amin.

: Sekadar perkongsian tanda sayang ana kepada teman-teman. J
Ditaip pada : 8 MAC 2013
Jam : 2 Pagi ( lebih-lebih sikit, hehe. )
Nukilan : Permata Alwalidaini

Semoga bermanfaat dan salam upgradekan iman! wassalam wrm wbt.



No comments:

Post a Comment