Saturday 23 March 2013

Terbang Ke Brunei!=)



Assalamualaikum wrm wbt...
Dengan lafaz suci. Sekarang ini ana sedang menikmati 'honeymoon' selama dua bulan bersama keluarga tersayang. hehe. InsyaAllah hari ini ana mahu kongsikan sedikit sahaja. Berkaitan universiti yang akan ana jejaki selepas tamat belajar di Darul Quran.

Jujur, semenjak menghitung hari bulan Februari 2014, ana merasakan cepat sekali masa berlalu. Kian genap tiga tahun ana mendiami bumi barakah DQ ini. Allah, terasa sayang sangat dengan kampus ini kerana disinilah ana memahami agama dengan lebih mendalam, disinilah hijrah ana mula bergerak pantas dan disinilah yang banyak membimbing ana untuk jadi solehah serta bangkit dari sebuah kegagalan. Iaitu, disinilah ana mula membina peribadi baru, menjadi muslimah yang berani berucap di khalayak ramai. Kenangan paling tidak dapat dilupakan, pada bulan Julai 2012, Ekspo Konvokesyen Darul Quran.

Ana telah diperlawa oleh Kak Hajar untuk membuat persembahan pada Malam Kesenian Islam time ekspo itu. Takut, tak yakin, segan , malu dan sebagai perasaan lagi menghimpit diri tatkala menerima tawaran itu.

Namun, akhirnya, berkat kesungguhan mahu bangkit dari sebuah kegagalan time semester satu dulu, ana memohon doa ibu ayah, semua rakan-rakan dan guru, dan pensyarah.

Malam itu, sebelum membuat persembahan, pensyarah yang ana segani hadir memberi sokongan, Ustaz Dasuki.

Menanti detik-detik dipanggil ke pentas amat menggelisahkan. hanya istighfar yang mampu dilakukan berulang kali. Sementara menanti dua orang pengerusi majlis menjemput ana ke pentas, mata ana merenung dalam melihatkan pentas itu dari jauh...

Hati berdoa. " Ya Allah, berikan aku kekuatan. Aku menganggap pentas itu adalah medan tempat untukku meyambung perjuangan Nabi Muhammad saw."

Doa inilah menjadi peransang buat diri ana. Ana anggap pentas itu tempat ana MENERUSKAN PERJUANGAN Nabi Muhammad saw. Ana jadi bersemangat. Inilah kali pertama ana tampil di hadapan masyarakat mempersembahkan Cerpen Tawajuh Cinta.

: Inilah gambar kenangan Malam Kesenian itu. Dalam tidak disedari, seorang pensyarah selaku fotographer telah menangkap gambar ana dan memasukkannya dalam Fb Darul Quran. Ada juga satu gambar kenangan.

Okay, jika mahu bercerita lebih detail, agak panjang jadinya post ini. hehe. Tujuan sebenarnya mahu ceritakan perkara lain. Berpatah balik, jom! he

Sebelum ini, ana bercadang mahu sambung UIA saja.
Jujur, teringin juga mahu further luar negara seperti negara anbiya' tetapi ana sedar, keluarga tidak mampu menanggung ana di sana nanti. Jadi ana padamkan mimpi mahu ke Jordan atau lainnya seperti sahabat rapat ana. Cemburu peernah hadir tatkala dia selalu cerita mahu ke Jordan, tetapi ana berbicara dalam hati:

" Ya Allah, aku teringin juga mahu sambung ke tempat baik seperti itu, tetapi Biarlah. aku hanya mampu berdoa pada Mu Ya Rabb, tempatkanlah aku ditempat yang terbaik selepas ini. Sebaik kampus DQ. Aku yakin dengan segala ketentuan Mu."

Hm, disebabkan itu ana pun tambatlah impian sambung dalam negara saja.


tetapi...


Semenjak pulang bercuti semester empat ini...

Tiba-tiba sahaja, ana berubah fikiran.

Tiba-tiba sahaja Allah swt gerakkan hati ana untuk sambung pengajian ke universiti di Brunei.

Ana sendiri tidak tahu mengapa tiba2 begini.

Jujur juga, impian ana untuk kampus baru... Mahukan kampus itu nanti adalah sebuah kampus yang melimpah dan padat dengan tarbiah serta kampus yang menghidupkan suasana menghafal kalam Allah swt. Dua ini ciri-ciri sahaja yang ana gariskan untuk pemilihan tempat belajar nanti.

Sebab ana sedar, besar tanggungjawab apabila kita telah menghafal Kalam Nya, jadi jika boleh ana mahukan kampus itu bisa memndidik ana agar lebih menjaga dan memelihara hafalan ana sebagaimana di DQ.

Mudah-mudahan Allah swt izinkan. allahumma amin.

Dan kini, ana mulai survey dan mencari info tentang Universiti Brunei Darsussalam serta Universiti Islam Sultan Sharif Ali di Brunei. ana juga sedang dalam proses berhubung dengan pelajar dan bekas pensyarah di sana.

Paling mengejutkan apabila sudah mendapat sedikit maklumat. Rupanya di kampus ini juga menyediakan Fakulti Sastera.

SubhanaAllah, kini ana temui hikmah mengapa Allah swt gerakkan hati ana mahu ke sana. Rupanya ada juga fakulti yang menjadi minat ana, iaitu sastera. Alhamdulillah. Allah swt Maha Besar.

Doakan ana ya. moga tercapai impian mahu further ke negara yang amat Islamik ini. Ana mengagumi negara ini kerana bekas roomate ana dulu juga Brunei, mereka amat masyi Al-Quran. Boleh dikatakan, Al-Quran sudah tersemat di hati. Setiap tahun, mereka akan pulang ke Brunei untuk menduduki ujian Al-Quran, semuanya adalah usaha agar pelajar2nya lebih menjaga Al-Quran. Inilah juga salah satu ana mahu sambung ke sana. Mohon sahabat-sahabat yg membaca post ini mendoakan ana, walaupun kita tidak saling mengenali ya.

Ummi ana sudah ana maklumkan impian mahu further ke sana. ummi tanya," kenapa jauh sangat?"

Ana hanya memberi jawapan dua ciri yang di atas tadi. Tarbiah dan Al-Quran. itu paling utama.

Mohon doakan ya. mohon sangat.

Baiklah, rasanya sampqi di sini sahaja perkongsian kali ini.

" Ya Allah, seandainya kampus ini adalah kampus terbaik untuk ku sebagai tempatku mengumpul bekalan dunia akhirat,maka izinkanlah aku untuk meneguk ilmu Mu di sana."

Allahumma amin. ( teringat doa semasa ana mendoakan untuk masuk DQ. lebih kurang begini jualah bait-bait doa lalu. )

Ana akhiri dengan lafaz suci bismillah...
moga rakan-rakan semua disayangi dan dirahmati Ilahi selalu.

Assalamualaikum wrm wbt. =)

:: BRUNEI ! aku akan berpijak di bumi mu ! Insya ALLAH. ::



1 comment: